Showing posts with label ukhwah. Show all posts
Showing posts with label ukhwah. Show all posts

13 February 2013

A week to remember

Akhirnya. Aku di rumah. Menyambut minggu terakhir bercuti di rumah. Eheh.

Sempat lagi aku berkira-kira melawat sahabat handai yang lama tak ketemu. Gara-gara semua hendak kembali meneruskan perjuangan masing-masing. Aiseh, skema ayat!

Alang-alang pergi ke rumah salah seorang dari kawan, atas jemputan perkahwinan abangnya, maka sempat juga akhirnya kami berkumpul bersama-sama. Dan bila dah berjumpa, tak sah kalau tak ada gelak tawa yang "mengekek" tak berhenti-henti. Fuh. :D

Selepas menikmati makanan nasi beriani (aku rasa), ayam goreng rempah, sambal sotong dan lain-lain makanan, malah sempat lagi bergosipan kosong dengan membina angan-angan kononya nak mengakhiri zaman tua di  rumah orang tua bersama-sama nanti,  mereka yang hampir putus fius boleh lagi mereka-reka idea untuk ke taman bunga kononya untuk bergambar, tak lain dan tak bukan di Botanical Garden.

Aku seperti selalunya, mesti tertinggal Cik Dan pada saat genting. Rasa rugi, kawan ramai-ramai berkumpul, tempat cantik, tapi sayang kamera tak bawak. Aish! *belek kamera handphone yg bermegapixel 2.0. Sadis*

Ini antara moment yang sopan aku kira boleh letak di sini. Kalau letak yang lain, ya Robbi. Nganga mulut nanti. Tak ada orang yang berkenan mereka nanti, maka aku nanti dipersalahkan. *batuk*




Aku syukur. Allah ketemukan mereka dan aku. Berkongsi kenangan yang sama bersama mereka. Menjadi sebahagian daripada mereka. Senyum terukir tatkala gelagat masing-masing diingat. *senyum*

Yeay!

Done,
Langit Biru

*offtopic: Why I put a "week" not a "day" to remember? Because you gave me a whole week with a smile. :)



25 January 2013

Burger-mbira

Recently, and spontaneously actually. Hang out with the mashorians, at Zul Burger. Pernah dengar? Famous dengan burger gergasi, sampai masuk TV. Tu pun kawan yang cerita. Aku memang tak pasti, sebab lama dah tak tengok TV sejak teperangkap dengan final year project yang baru nak mula tu. -.-'

With "instant planning", lastly jadi juga la makan dekat situ. Since it open at 6.00 pm, so we plan to meet all of us after maghrib. Tapi kawan aku ni kaki shooting. Suka nau nak shooting. So, singgah la dulu kat pantai, around Queensbay, shooting there and enjoying the breeze of the beach. Waaaah. *tutup mulut*


Then, after performed maghrib prayer at one of the mosque around USM, maka bergeraklah kami ke tempat tersebut. Ok, ni tak best. Ramai orang, sampai nak tunggu next 10 burger gergasi tu, baru sampai order kami. Aiyoo. Waiting there about half and hour. Lapar kot. Dengan perut hanya beralas nasi yang pukul 12.30 tengahari, memang tak dapat la nak bertahan sampai malam. 

Dan akhirnya,sampai la giant burger tu. Ohh, kami order 2 jenis, satu ayam dan satu daging. Lebih prefer daging kot, rasa sedap sikit banding ayam. Ayam rasa macam kebab je. 

All of them are super-power-in-laughing.
Giant burger
Dah macam potong kek dah. -.-"
Bila orang lapar disorong makanan. Kebuluran semuanya.



At the end, selesai semuanya. Makan, ketawa, beramah mesra. Yang lama tak jumpa kembali terubat rindu. *tetiba rasa nak muntah hijau*. But seriously, always having a great moment with them. Style, perangai kuat gelak sorang-sorang tak berubah. Proud being part of them, walaupun aku malu gak bila tiba-tiba depa gelak kuat gelak tempat awam. Haha. Ahh, mengaku gak la, aku pun tumpang sekaki gelak kuat. :D
But I think that is versatile. Apakah? -.-"
As usual, make around us as positive as we can. Grateful with everything, Alhamdulillah. :)

#like the story of Pitch Perfect, all of them are having fat hearts. ^^

Done, 
Langit Biru

28 December 2012

Kerna Yassin Itu

Aku terharu. Sungguh. *Nanges dalam hati.

Alhamdulillah, tadi selesai bacaan yassin ramai-ramai dengan coursemate satu desa (desasiswa tekun) sempena final exam. Bukan senang nak kumpul ajak mereka kumpul ramai-ramai turun buat bacaan yassin ramai-ramai. Ni semua rancangan kawan aku sorang ni ajak ramai-ramai turun surau buat bacaan yassin. Alhamdulillah lagi sekali, kali ni ajak semua, hampir semua yang turun. Cuma ada seorang dua yang tak dapat turun.

Bila buat bacaan yassin macam ni, memang teringat sangat zaman sekolah dulu. Buat bulatan, letak botol air banyak-banyak kat tengah bulatan tu, baca yassin ramai-ramai. Serius, aku rasa dah lama tak buat macam ni. Sekarang, kalau pergi majlis bacaan yassin, mesti sebab ada anjuran program atau persatuan apa-apa. Tapi kali ni, kawan aku sendiri yang ajak buat sama-sama kawan turun surau buat bacaan yassin. 


Ucapan mabrook buat kawan sorang ni. Gigih dia rancang buat majlis bacaan yassin ni. Siap sponsor makanan lagi lepas solat Isya'. Nasi tomato, agar-agar, tembikai, air bandung. Semoga Allah memberkati usaha dia. 

Bila benda-benda macam ni buat dengan kawan-kawan satu kos, barulah ukhwah tu nampak macam lebih ada makna. Siap dah bincang projek gathering semua student final year lagi. Sedih tadi, bila kawan  cakap "dah final year".  Yang minta maaf pun ada. Mata aku berair tiba-tiba. Sebak. 
"Dah nak habis, cepatnya.."
Masing-masing pun sebak. Tahu, lepas ni dah tak boleh jumpa. Semua tinggal di lain-lain negeri. Entah bila pula boleh jumpa nanti. Tapi, tak lupa juga, ada yang cakap pasal kahwin. "Kahwin jangan lupa jemput..". Ayat yang selalu disebut. Normal.

Satu perkara yang aku perasan. Api kemarahan antara satu sama lain terpadam. Aku tau dalam kalangan semua yang datang tadi, ada orang ni terasa dengan orang tu, orang tu terasa dengan orang ni. Tapi tadi, sementara tunggu waktu isya' masuk, semua ketawa macam bahagia. Masing-masing ceria sama-sama merancang untuk projek gathering nanti, macam tak ada terasa apa-apa. Ibarat bait2 yassin tu memadam semua perasaan sakit hati antara satu sama lain. Mungkin?



Moga Allah tanamkan kasih dan ikhlas dalam kalangan kami. Doakan yang terbaik untuk semua final exam nanti. InsyaAllah.

*offtopic:  Aku rindu suasana mashoor, kawan-kawan mashoor, hidup budak hostel mashoor. T_T

With loves,
Langit Biru.


21 December 2012

Jambatan

Firstly. Masuk ni dah 3 kali tukat theme blog. Sekarang baru boleh rasa aman dengan theme ni. Simple, plus vintage. :)

Continue to the topic. Jambatan Pulau Pinang. One of the attraction in Malaysia. Dan aku berbangga itu untuk negeri aku sendiri.

Berbumbungkan Jambatan Pulau Pinang, maka di situ tereratnya kembali ukhwah kami. Tercoretnya satu kenangan. Memang aku akui, pertama kali aku duduk di bawah jambatan itu, apatah lagi berbarbeque segala. Dan aku sebenarnya tak sangka pun, yang di bawah jambatan tu boleh buat macam-macam aktivti. Ada yang memancing, mengambil angin malam dan berbagai lagi. Tetapi, aktiviti yang paling banyak di situ aktiviti membakar. Barberque.

Memandangkan dulu aku pernah join RKM (Rancangan Khidmat Masyarakat), jadi group aku sengaja mengadakan aktiviti ni, sebagai "keep in touch" untuk semua ahli. Pucuk dicita, ulam mendatang. Sesuai sangat dengan waktu, baru selesai semua test, aku ambil peluang ini untuk keluar dari usm, menghilang stress. Lagipun, dapat peluang shooting Jambatan Pulau Pinang pada waktu malam. Cantik. Lampu dengan lip lap lip lapnya.
Jambatan Pulau Pinang
Sesuai dengan angin malam ditiup pantai, melayan asap-asap arang untuk membakar ayam. Sekali dengan bunyian ombak. Bau ayam-ayam dibakar. Fuh. Terbaik. Boleh melayan perasaan kalau sorang-sorang. Ayam tu pun jadi bertambah-tambah sedap dek penangan pantai.

Akibat barberque start lambat disebabkan hujan, jadi habisnya pun agak lambat. Sampai bilik pukul 1.30 a.m. Roommate pun dah tidur time tu. =.="

Tapi, apa-pun best. Member semua berebut nak ambil gambar. Semua cakap lampu kat jalan tu menyebabkan gambar cantik, jadi dramatik dan fotogenik. Last-last, bagi kamera cakap "nah, pi amik kamera, shoot semua". Aku resign. Haha.

Stress pun terbang pergi ikut angin pantai. ^^

All around us can be a stressor or give a happiness. We decide. The key is how we thinking. Positively or negatively.
 :)

RKM Group 15

Ikhlas,
Langit Biru.

26 August 2012

Beraya-raya :)

6 Syawal 1433 bersamaan 24 Ogos 2012. Raya ke-6.

Rasanya lama tak jumpa. Sejak habis tingkatan 5 2009, memang payah nak jumpa semua. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.
Bermula dengan plan cik Hamnah, ajak beraya beramai-ramai. Kemudian, plan cik Cici yang ajak sekali. Cik Bulan pun bukan main semangat sekali ajak ikut sekali. Akhir sekali, walaupun tak semua ikut, dapat la kumpul dalam 7 orang. Oke la, jumpa jugak kan?  :)

pose depan umah cik enott. :)
Alhamdulillah, dengan izinNya. Akhirnya dapat juga bersama beraya sekali. Walaupun tak semua. Paling seronok, dapat jumpa Cik Jay Ho yg x berhenti-henti dengan mulut becoknya. haha :D


cik ju, cik cici ngn cik bulan. saya? the photographer. hoho :D
Sempat singgah dalam empat buah rumah. Alhamdulillah, kenyang sungguh. Makanan semua sedap-sedap. Starting with nasi tomato and satay, then mee goreng, then triffle and lastly mini pizza and the puding roti (sebut makanan yang spesial tiap-tiap rumah. kuih raya memang dah ada. hoho :D)

I'm just "fall in love" with this triffle. Sedap! dah rasa macam cheese cake pun ada. Dan resipi dia pun tak susah sangat. Basically cream cheese dan biskut merry. Hohoo. Just, bila guna cheese, memang nak kena cari merata la juga ni. @___@

Merry Cheese Trffle. Sedap ooo.
(oke, nie dah tinggal setengah, semua asyik sangat makan. =__=")
InsyaAllah, mugkin suatu hari kita akan jumpa lagi? Ameen ya Rabb. :)
Ukhwah kerana Allah. Lillahita'ala ^^

Terima kasih untuk:

Cik Cici the driver
Cik Bulan the photographer (extra)
Cik Jay Ho the Hingiaq one =__="
Cik Enott
Cik Hamnah
Cik Pau
Cik Dayah.

*perut sakit satu hari, sebab banyak gelak plus banyak makan. Gara-gara Cik Jay Ho. @___@


8 October 2011

ukhwah itu kerana Allah.

Pernah suatu ketika, saya merasakan kurang tenang. Sudah berhari-hari fikiran hanya risau akan sesuatu. Saya cuba melakukan pelbagai cara. Ya,memang berhasil,namun cuma untuk seketika. Walaubagaimanapun, perancangan Allah sangat bermakna, malah tanpa diduga. Pada suatu petang, saya menunaikan solat Asar di masjid, sebelum menghadiri kelas pada pukul 5. Seteleah saya selesai solat, dan bersiap-siap untuk ke dewan kuliah, tiba-tiba saya