8 October 2011

ukhwah itu kerana Allah.

Pernah suatu ketika, saya merasakan kurang tenang. Sudah berhari-hari fikiran hanya risau akan sesuatu. Saya cuba melakukan pelbagai cara. Ya,memang berhasil,namun cuma untuk seketika. Walaubagaimanapun, perancangan Allah sangat bermakna, malah tanpa diduga. Pada suatu petang, saya menunaikan solat Asar di masjid, sebelum menghadiri kelas pada pukul 5. Seteleah saya selesai solat, dan bersiap-siap untuk ke dewan kuliah, tiba-tiba saya
terdengar ada orang yang memanggil-manggil nama saya. Apabila dikalih, terlihat sahabat lama saya ketika di sekolah agama dulu sedang memandang ke arah saya sambil tersenyum. Kami bersalaman, dan berpelukan memandangkan masing-masing lama sudah tidak berjumpa. Saat berpelukan itu, hati terasa sangat tersentuh, ibarat menjumpai sahabat yang boleh mendengar luahan hati. Padahal, saya tidak meluahkan apa-apa pun kepada dia. Air mata seperti hendak gugur,namun ditahan.  Pada waktu itu jugalah,saya merasakan betapa manisnya ukhwah yang Allah kurniakan,apatah lagi atas dasar lillahita'ala.

Sudah menjadi lumrah, manusia sering ditimpa pelbagai masalah, termasuklah sebagai seorang hamba Allah.Saat ditimpa masalah, fikiran kita mula menjadi tidak tenang,serabut serta gundah gulana. Acapkali kita cuba mencari ketenangan, namun hasilnya hanya seketika. Apatah lagi, dikelilingi oleh rakan-rakan yang hanya berseronok sepanjang masa,membuatkan kadang-kadang minda lebih bertambah kusut, bukan lagi menenangkan. Tidak tahu apa punca,hati hanya sedih, ibarat kesunyian. 
Pada masa ini lah, semua orang akan mencari sahabat, rakan untuk meluahkan rasa dan perasaan. Tetapi, pernahkah terjadi begini kepada diri kita? cuba meluahkan sesuatu, namun kita merasakan bahawa cara tersebut kurang berkesan. Seperti tidak puas. Tidak tahu apa yang sebenarnya kita mahukan. Ataupun, kita sebenarnya tidak tahu apa yang kita harus luahkan kepada rakan kita. 

Subhanallah,betapa hebatnya Allah menciptakan perasaan dalam hati manusia. Sehinggakan kita mampu berduka tanpa punca, terutamanya wanita. Allah menciptakan wanita itu dengan sifat lemah lembutnya, namun tidak kurang juga dengan sifat sensitifnya. 

Namun,sebenarnya dengan inilah Allah mengajar kita bersyukur kembali dengan nikmat yang pernah diberikan. Dengan ketenangan yang pernah dikurniakan. Seperti yang berlaku pada saya, benar-benar menyentuh hati.

Bersahabat dengan sahabat yang baik,seiring dengan melaksanakan amanat Allah sebenarnya memberikan banyak manfaat,yang kadang kala kita tidak sedar. Seperti yang dinyatakan dalam hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Seorang penjual minyak wangi tidak akan merugikanmu baik kamu membeli minyak wangi tersebut atau tidak, engkau pasti akan mencium darinya aroma yang semerbak. Sementara dekat dengan pandai besi hanya akan membuat bajumu gosong atau paling tidak engkau akan menghirup bau yang tidak sedap darinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)"
Cubalah menjadi sahabat yang terbaik, dengan itu moga-moga Allah mendekatkan kita dengan sahabat yang terbaik, yang sentiasa disisi walau ketika susah dan senang, ketika sedih dan riang. Walaubagaimanapun, kembalilah kepada Allah atas tiap-tiap apa yang berlaku dalam diri, insyaAllah dengan itulah kita memperoleh ketenangan. 
"Truly great friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget"
Ikhlaskan hati kerana Allah dalam persahabatan, terasa nikmat yang tiada tara. Kasih Allah tiada bertepi, kasih sahabat kerana Allah tiada penghujungnya. Wallahua'alam.. ^^,

p/s : idea lapuk yang lama disimpan di draft, hari nie baru ada rezeki nak edit, akibat sibuk.huhuu. :(
sempena untuk muhasabah diri kembali.




No comments:

Post a Comment