Putrajaya is one of my favourite hotspot. Kalau ada kenderaan sendiri, rasanya mungkin setiap minggu pergi Putrajaya tu untuk melepas sendu.
Memandangkan mun baru sahaja selesai dengan interviewnya, maka kami tiada apa-apa perancangan melainkan terus terfikir untuk menghabiskan masa di dataran Putrajaya sambal melihat gelagat orang bermain roller blade, basikal elektronik dan giant bubble.
Sambil bersembang di tengah-tengah dataran Putrajaya, tiba-tiba mata aku terpandang seorang makcik yang berjalan kearah kami dengan penuh dikiri dan kanannya dengan bungkusan aneka kerepek dan keropok. Aku secara spontan terus bertanya jenis kerepek yang dijualnya, sambil niat dalam hati,
“Maybe boleh amik satu kot tolong makcik ni”.

Makcik kerepek tu memang peramah, Entah macam mana dari hanya nak menjual kerepek akhirnya dia duduk bersila di depan kami berdua sambil bercerita tentang anak-anaknya. Apatah lagi bila mengetahui dia juga berasal dari utara, perbualan kami menjadi lebih panjang dengan dialek utara.
Dan aku terus memulakan perbualan dahulu, memandangkan aku yang beriya nak beli kerepek makcik ni, Makcik ini hanya terus bercerita, mengenai anak lelaki yang sakit (umur anak dia dalam 30an), dan disusuli dengan beberapa soalan dari aku dan mun, menyebabkan perbualan menjadi lebih panjang. Oh ya, apabila aku berkata mengenai anak dia sakit, dia bukan sakit biasa. Penyakit berkenaan otak dan nerve problem, tapi bukan gila. Boleh kerja secara normal, tapi kalau skip ubat, nanti tantrum dia datang dan boleh jadi macam orang gila. Aku lupa scientific term untuk penyakit ni, mun ada explain panjang pasal penyakit ni (Nota: Btw, ini bukan autism. Ekeke).
Maka ceritanya terus bersambung. Dari cerita anak lelakinya yang sakit, kemudian disusuli anak perempuannya yang sudah menjadi janda. Aku juga pandai sangat pergi tanya "anak seorang je ke? ". K min k.
Okay janda. Janda. Dah kenapa mencabar sangat jalan cerita keluarga dia ni. Anak perempuan dia seorang cikgu, lulusan universiti malaya (kalau tak silap). Tidak pernah bercinta. Tidak pernah "berkawan"dengan mana-mana lelaki, dan kemudian menantunya (sekarang dah jadi bekas menantu) masuk meminang.
"Saya janji makcik, saya akan jaga anak makcik dengan baik. "
Dan menantunya mengungkapkan kata janji itu temateri di depan masjid. Tapi akhirnya 5 tahun kahwin, bekas menantu dia bawa perempuan lain, abaikan anak sendiri dan tinggalkan anak perempuannya hilang pergantungan. Oh tuhan, aku dengan mun masa dengar cerita ni memang berasap la juga. Dah la janji depan masjid!
"Anak makcik punya la baik, tak pernah bercinta dengan kawan dengan mana-mana lelaki, lepas tu terima lelaki tu sebagai suami, dia buat anak makcik macam ni. Makcik ingat lagi, bila dia janji dengan makcik, dia nak jaga anak makcik dengan baik, di depan masjid dia berjanji, "saya janji makcik, saya akan jaga anak makcik dengan baik", tapi akhirnya dia sendiri yang abaikan anak makcik, dia bawak balik betina mana, tinggaikan anak makcik dengan cucu makcik dekat rumah. Dia biaq anak dia, bila si anak sangat perlukan kasih sayang seorang ayah, setiap hari anak dia tanya, "papa mana papa?" yang dia, usung betina lain. Sampai demam anak dia sebab seminggu dua tak nampak ayah dia."
Aku dah tak berani sampuk banyak dah, Sekejap lagi makcik tu menangis situ, aku dengan mun pun menangis situ. Sudahlah aku dengan mun masa tu emosi tak stabil. Cuma ada sekali, aku cakap begini,
"Eishh, ni saya takut nak kahwin ni makcik."
"Makcik cerita bukan nak menakutkan, tapi sentiasa bersedia."
"Makcik nampak ampa orang baik-baik ni saja la pesan, supaya beringat. Supaya sentiasa bersedia.

Masa part "bersedia" tu, aku dah macam terkesima sekejap. Dan banyak kali betul ulangan pasal bersedia tu. Betul, benda macam-macam boleh jadi, maka sentiasa lah bersedia. Perbualan yang memang panjang lebar, hari itu kiranya aku dan mun dapat "free advice" dari stranger pasal perkahwinan. Dan lepas dia selesai bercerita, dia akhirkan perbualan tu dengan satu lagi "final advice",
Lagi satu, jagalah mak ayah sebelum depa mati. "
Dem. Aku rasa masa tu empangan air mata masa tu dah pecah. Aku dengan mun bersalam dengan makcik tu, dan makcik tu terus berlalu pergi. Aku mengalihkan pandangan ke mun, k. Mata mun dah berkaca dah. Aku rasa cerita pasal mak ayah ni memang akan "menang" sepanjang zaman. Sesiapa pun boleh tersentuh kalau sebut isu ibu ayah.
Aku terasa lagi nak bergenang bila dengar intonasi makcik tu yang slow dan lemah, seolah-olah penat, dengan cerita hidup dia yang sampai ke sudah tiada henti dengan ujian hidup, bila mana sepatutnya makcik tua sebegitu duduk sahaja di rumah, biar anak-anak ambil alih semua tanggungjawab. Dan dia, masih mengusung bakul dan beg yang penuh kerepek dan menjaja di dataran Putrajaya, masih menanggung anak dia yang dah dewasa, terpaksa tengokkan anak perempuan dia yang dah jadi janda.
Oh tuhan, sungguh nikmat kehidupan yang Engkau beri padaku benar-benar nikmat besar!