Setelah hampir berbulan-bulan seperti seorang pelajar yang tiada perancangan, akhirnya kehidupan sekarang lebih teratur, walaupun tidak dinafikan masa lebih pantas berlalu dek kesibukan segala reaction dan synthesis yang perlu diselesaikan. Menghabiskan sepenuh masa dari pagi hingga ke petang di lab membuatkan tenaga digunakan secara maksima dan penat lebih mudah menjengah.
Selama sebulan jugalah aku mula kenal seorang demi seorang lab partner, mungkin boleh dikira sebagai sebagai "rakan sekerja", yang terdiri dan dari pelbagai warganegara. Nusrat, dari pakistan, Zainab, Fuoad, Khitam dari Iraq dan hanya Afiq dari Malaysia. Jika dibandingkan, majoriti adalah warganegara asing dan hanya aku dan Afiq rakyat Malaysia. Dan agak menggerunkan sebenarnya, dalam ramai-ramai pelajar hanya aku terdiri dari pelajar Master, dan yang lainnya adalah terdiri dari pelajar PhD. Dengan kesemua lab partner yang terdiri dari pelajar PhD membuatkan diri kadang-kadang terasa amat kerdil membandingkan diri yang tak seberapa dengan mereka yang jauh lebih tinggi, apatah lagi melihat segala projek research mereka. Belum dibandingkan dari aspek usia, status perkahwinan, bilangan anak, yang sudah pasti membuatkan aku lebih jauh kebelakang.
Dengan lama tak bergaul, tiba-tiba masuk ke lab dan berkenalan dengan warga asing semestinya buat aku kekok pada mulanya. Aku tak pernah memulakan sesuatu bicara, melainkan mereka yang mulakan dahulu. Sudah terbiasa membuat lab bersendirian semasa zaman degree dahulu menambahkan lagi kekok apabila terpaksa berkerja dan berkongsi lab dengan orang lain, apatah lagi berkongsi dengan pelajar PhD dan warga asing yang memang tak pernah terfikir sekali pun oleh akal.
Iraqi tea, teh iraqi yang menjadi perantaraan aku kira. Teh yang selalu dipelawa oleh Khitam setiap kali sebelum berborak. Khitam mempunyai anak 3 orang, dan yang sulung sedang mengambil degree di Baghdad, Iraq. Jadi bayangkan sendiri berapa umur si Khitam, dengan ada anak yang turut sama sedang belajar. Umur Khitam yang agak jauh menyebabkan aku lebih memilih untuk mengunci mulut, kerana tiada idea dan topik yang sesuai untuk diajak bersembang. Dengan mukanya yang agak serius, dan kadang-kadang kelihatan seperti stress, membuatkan aku sentiasa melupakan niat untuk bertegur sapa.
![]() |
| Ihsan google. Teh iraqi akan dihidang dalam cawan yang kecil. Tak tahu kenapa, budaya mungkin. Khitam pun buat benda yang sama, hidangkan teh dalam cawan kecil. |
Salah satu "trick" yang aku perasan, Khitam akan ajak sesiapa dalam lab untuk minum teh. Kalau semua ada, semuanya dia akan jemput. Dan kemudiannya semua akan sama-sama berborak menceritakan tentang keluarga, negara masing-masing disamping menceritakan apa yang menarik bagi mereka di Malaysia. Untuk pelawaan kali pertama, aku mencuba teh iraq yang sudah disediakan oleh Khitam awal-awal dari rumah lagi. Hanya dibawa terus dengan termos, dan tuang dan ditambah gula jika hendak minum. Rasanya agak kelat, tapi sedikit pedas (kalau tak salah). Agak jauh beza dari teh Malaysia, namun rasanya tidak pelik dan masih boleh diterima oleh tekak.
Hanya dengan pelawaan teh iraq, tiba-tiba terdapat banyak topik untuk berbicara. Bertanya itu dan ini. Tentang projek PhD dan Master masing-masing. Membandingkan budaya negara mereka dan Malaysia. Semua rancak bersembang. Ibarat seperti teh. Pada mulanya masing-masing "kelat" di lab, dan akhirnya menjadi ramah mesra. Bergelak ketawa sampai bising satu lab. Manis bagai sudah ditambah gula. Kemudiannya aku mula berfikir. Mungkin ada teori, atau falsafah tertentu bahawa secawan teh boleh mengerat hubungan? Teringat ayat yang selalu Khitam guna, "My mother said, if you like sweet then you are beautiful". Aku hanya ketawa dengan teori Khitam.
Satu perasaan yang kagum sebenarnya, melihat mereka masing-masing berusaha dalam menghabiskan PhD terutamanya yang sudah berkeluarga, disamping berkongsi pengalaman dan budaya negara masing-masing.
Satu perasaan yang kagum sebenarnya, melihat mereka masing-masing berusaha dalam menghabiskan PhD terutamanya yang sudah berkeluarga, disamping berkongsi pengalaman dan budaya negara masing-masing.
Dan hari ini. Masih mendapat pelawaan yang sama. Menghirup teh iraqi yang panas dalam cawan kecil. Dengan kepingan biskut gula. :)






































.jpg)
.jpg)
.jpg)




