Aku ibaratnya seperti sesak nafas. Tekejar-kejar, ke sana kemari, menyiapkan satu demi persatu. Meneruskan perancangan yang tebengkalai. Dalam minda. Ahh, harap semua boleh siap dengan berfikir di akal. Gamaknya. Lebih klise kepada mimpi.
Aku rasa dunia makin luas. Semakin perlu berdiri di atas kaki sendiri. Kadang-kadang rasa diri makin tua. Ramai makcik-makcik mula tegur aku dengan bicara kosong. Tak kira, masjid, foyer dewan kuliah mahupun di mana-mana tempat dalam kampus. Aku berfikir sendiri "selama aku lalu di sini, singgah disana, kenapa tiada yang tegur?". Ya, aku mula berfikir begini. Mungkin muka aku kelihatan makin tua, menjadikan mereka berasa lebih mesra untuk bertegur sapa. Adakah wujud logik di situ sebenarnya? Mungkin. Aku lebih selesa untuk diam, kerana takut salah bicara, gemar membalas teguran dengan mengiyakan, berulam senyuman, penyedap rasa hati si penegur.
Tidak kurang juga, merujuk kembali kepada dunia yang luas. Mula kenal dengan beberapa orang, yang aku kira macam mustahil untuk kenal. Dan ada yang berkait salah satu. Dan mempunyai cerita tersendiri. Itu belum termasuk orang yang lama hilang tiba-tiba muncul. Semak kepala bila fikir yang muncul tiba-tiba. Mungkin ujian untuk kali kedua? Aku lebih memilih untuk hilang terus, biar diterbang angin.Dan sesungguhnya aku tak faham kenapa waktu ini dipilih untuk muncul.
Maaf kepada sahabat yang lama tak berteguran. Aku sentiasa membaca tweets sengal, post di muka buku yang macam-macam. Tapi tiada masa untuk tegur. Penat dengan eksperimen setiap hari rasanya. Setiap hari masuk makmal, balik petang, malam mula letih. Memang penat. Ahh, cuma tinggal lagi sebulan lebih untuk hidup ala-ala researcher.Moga-moga semua sihat walau jauh di mata. *wah.
Kadang-kadang tak nafikan, aku sering merenung ke tingkap dengan pandangan kosong, mengingatkanya satu persatu. Mungkin kalau roomate perasan dia boleh kata aku gila bayang. Tapi syukur. Masih boleh senyum dengan keseorangan tanpa prasangka pelik.
Moga Allah bukakan jalan, permudahkan urusan, memberkati setiap langkah, merdhai segala perbuatan, dan tidak kurang membuatkan diri ini sentiasa menjadi khusyuk dalam ibadah.
Akhir kalam. Terima kasih cik blogger. Monolog dalaman siap. Mungkin terlalu banyak "aku".
Si kaki angan,
Langit Biru.