19 April 2014

Mr Balloney

Agak basi sebenarnya alkisah disini. Tapi aku dah bertekad. Ya! Cerita ini harus disisipkan kerana ia adalah antara momen yang rare sekali dalam hidup. Aku terkejar dengan kelajuan masa, sampai aku terlupa. Uhuu. Ampun-ampun. Dah siap dah edit-edit gambar nak masuk dekat sini. Ada yang dah masuk flickr dah pun. :')

Ci
Yes, i'm with her that day. The most incredible experience i guess. Dengan motif  "Kami nak naik belon panas!" telah menyebabkan terpanculnya idea ini, sekaligus sempena Hot Air Ballon Fiesta 2014 di Putrajaya. Maybe orang selangor dengan kl akan kata, "Eh poyoss beno dedua orang ni". Tapi aku peduli apa? Meh ak campak hampa kat Butterworth tengok, pastu naik feri sendiri dengan rapid pi pesta penang. Tau la rasanya macamana. Haha. K. Ini contoh semata.

Disebabkan memilih pengangkutan awam, maka terpaksa bertolak awal. Bangun 5.00am untuk ke Putrajaya? Ini pun sudah cukup gila bunyinya. Alang-alang pilih cara gila, biar gila semua sekali. Acah-acah backpacker. Elok aku dengan beg galas di belakang. Start from UKM> Bandar Tasik Selatan> Putrajaya. Yes, orang cakap dekat ja. Naik kereta 15 minit boleh sampai. Tapi kami gigih. Biar merasa semua. Tercengang-cengang naik KTM, KLIA transit, bas nadiputra. Allah, gila bila aku fikir balik. Haha. But starting from here actually i think that travelling is something awesome! :')

Putrajaya, sampai dengan jayanya pukul 8.30am (kalau tak salah). So, memang dah terlepas peluang nak naik belon panas. Huu. Tapi, still ok la juga. Sebab boleh tengok dengan sendirinya belon panas tu macamana dan sebesar mana. Memang besar, dan panas.

Akhirnya kekecewaan tersebut dipulihkan dengan game-game lain yang ada di situ. Sempat main KMX bike, Cold Inflation, Giant Bubble. Mostly game agak mahal. Tak boleh cuba semua. Karang tak balik pulak. Hoho.

Cold Inflation. Tak dapat naik, kita duduk terus dalam belon panas tu!

KMX bike. Bebaringlah anda ketika mengayuh. 

Sememeh. Giant Ballon. Saja letak gambar ni, nampak hidup ceria sikit. Haha
Alang-alang sampai Putrajaya, sempat juga singgah Masjid Besi, Alamanda. Rasa macam nak letak satu album dalam blog ni (ok, ini namanya poyos jama'). Banyak lagi gambar, photoshoot dekat Masjid Besi, Tasik Putrajaya, Alamanda. Putrjaya cantik. Landskap kemas, bangunan gah dan cantik, kawasan bersih. Kalau kaya, memang nak beli rumah dekat situ. :3

Oh, lupa satu lagi. This.


and this.

"You are looking beautiful on the sky."
Aku dengan pendapat aku sendiri. Setiap benda adalah travel, walaupun dekat, selagi mana kita tak pernah jejak tempat tu dengan sendirinya. Apatah lagi dengan usaha sendiri naik pengangkutan awam. Bukan satu usaha yang senang aku kira. Meng-google, bertanya orang sana sini, tengok review blog-blog, membuat perancangan. Satu usaha yang sangat gigih, tapi berbaloi bila anda merasainya dengan sendiri. Pengalaman, terasa berharga sekali bila dah dicurahkan kepulunan tak berbelah bahagi.

alhamdulillah. We are happy, we gained experiences. We always miss you. Bye Hot Air Ballon Fiesta 2014. Till we meet again. 
:)