Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

3 October 2016

Pahang dan Cerita

Awal oktober telah dimulakan dengan satu pelarian. Okay, pelarian macam teruk sangat bunyinya. Mungkin lebih elok tukar kepada short escape. Short escape ke kenduri Firah, kawan masa USM dekat Kg Mela, Jerantut. Pergi kenduri, tapi entah la, aku dah rasa macam short vacay pun ada. Minggu yang paling banyak cuba benda baru, walaupun benda yang dicuba hanyalah sesuatu kecil-- seperti jejakkan kaki ke lrt gombak dan stesen lrt sentul timur (stesen lrt paling hujung). Dulu selalu tertanya-tanya, kalau di hujung stesen, lrt akan buat pusing atau reverse, atau ambil laluan lain untuk patah balik? Sebab tak pernah sampai stesesn hujung sekali Pertanyaan aminah yang sesimple itu. Curious. Jadi weekend ni memang terjawab segala soalan. Lol.

Makanan, seperti ikan patin, buah berangan, daging kerbau. Benda yang tak pernah makan, sampai orang pelik betul ke aminah tak pernah makan? Haah, memang tak pernah makan pun. Buah berangan tu tengok tepi jalan orang jual, tapi tak pernah rasa nak beli. Tempat di Pahang macam Temerloh dengan Jerantut. Memang tak pernah pergi, jadi ambil kesempatan untuk tengok sekitar. Sungai Pahang yang besar, tengok ikan talapia dengan ikan patin sangkar. Time cari dan beli ikan patin baru tau ikan patin ada ikan sangkar, ikan kolam ikan sungai. 

Time kenduri cakap pun macam tak banyak sangat, seolah-olah macam wordless on that day. Tapi kampung di Pahang ni sangat unik. Aku ingat kampung mak dekat Jelai tu habis kampung dah, ni lagi power. Dengan jalan gelap, berliku, pastu berbukit-bukit. Bukit style curam jugak aku kira untuk sebuah jalan. Fehh, kombinasi struktur jalan paling rare aku rasa. Seram sungguh malam-malam, sampai member suruh buka zikir time perjalanan. Lol. Pastu perasan rumah dekat situ jauh-jauh jarak, dah setiap rumah macam tenggelam dengan hutan. 

Ada juga tradisi Pahang sempat tengok, macam guna gendang "tetawak" untuk sambut pengantin instead of kompang. Selain tu, suka tengok orang kampung situ, boleh nampak sangat rapat, sampai ada sporting buat silat (padahal dia hentam ja silat tu, dia tak tahu pun). Dah macam menari dah aku tengok. Hahaha. Mungkin sebab kampung situ sangat kecil, jadi masing-masing macam rapat. 

Tapi ada satu perkara yang paling menarik aku kira. Ayah Firah sebelum ni accident (dalam bulan 5 atau 4 tak silap). Langgar lari, ada lori langgar ayah dia sampai kena otak, dan tengkorak bahagian kepala ayah dia pecah (sebab aku nampak lengkuk besar, macam tenggelam di bahagian depan kepala). Dan accident tu dah menyebabkan ayah dia lupa. Tak kenal anak-anak, tak mampu uruskan diri sendiri, macam bayi. Kena bagi makan, uruskan berak kencing. Perangai macam budak-budak. 

Tapi orang kampung layan saja ayah dia. Ada kawan ayah dia sorang ni siap pujuk dia masuk rumah lagi masa dia nak keluar pergi tengah jalanraya, Entah kenapa ayah dia suka sangat nak pergi dekat jalan tu. Ada sesekali tu ayah dia mengamuk time kenduri, sebab semua pegang dia tak bagi pergi jalanraya. Memang takut tengok time tu. Kalau tak tau dia sakit, memang kita tengok macam orang dewasa marah. Abang dia dan kawan ayah dia yang pujuk suruh masuk rumah. Moment tu macam penuh keterharuan sebenarnya, sbb kawan ayah dia tu yang sporting gila buat persembahan silat tadi, dia yang pujuk ayah dia dengan slowly and sabar tarik masuk rumah. Padahal ayah dia dah marah teruk dah. Aku terfikir satu perkara, kalau aku sakit lupa ingatan macam tu, ada orang nak kawan lagi tak? Nak layan aku lagi tak? Sebab dah macam budak-budak, siapa yang nak kawan? 

Banyak benda lagi nak tulis, sepanjang perjalanan realise banyak perkara. Tapi tu lah, kena kemas bilik pulak, dengan laundary stuffs lagi, sebab seminggu lebih air tak ada, baju 2 minggu tak berbasuh, bilik sepah macam tongkang pecah. Hahaha. 

Short escape yang menarik, walaupun benda yang dicuba hanyalah sesuatu yang ringkas dan kecil. Dan short escape yang mengajar erti syukur atas rahmat Tuhan. Salam Maal Hijrah. :)

Selamat tinggal Pahang!

25 August 2014

A jumble gamble

Ya rabbi. Lamanya tak update. Last update june oih! Asyik sibuk dari before raya sampai ke lepas raya. Tak habis-habis berlari ke sana sini. Ada juga perasaan tak produktif sebab tak mencapai target bulan ni - writing 6000 words for thesis (early chapter). Memang tak la nak tercapai! Asyik terkejaq-terkejaq. Haha. Managed to achieve only about 3000++ words. Just a half.

Ogos. Bulan yang paling dapat kenalan baru. Bulan yang paling rush. Bulan yang buat aku terasa rindu Penang - family & friends (eh, bukan tiap-tiap hari kah rindu? Haha).

To be short and simple, aku banyak habiskan masa kat library (kononnya untuk dapat konsentrasi), joined jualan amal untuk Gaza (anjuran Rose2rose - Aqsa Sharif), teman mun buat visa (including pergi pejabat MARA 2 kali, LHDN, pejabat pos, bla bla bla..... dan jumpa kaum kerabat dia yang ramai) and lastly join program STEM under UKM. Oooh. Sungguh kaki rasa macam nak tercabut setiap kali sampai bilik. Sebab boleh kata sangat directly keluar. Lagi-lagi part teman mun tu. Fuh. Itu memang penat gila. Tapi entah kenapa seronok semacam taktau walaupun penat. Haha. 

K. Amal & K. Fizah. Jualan amal untuk Gaza. At bangi gateway. Ada macam-macam. Bags, mafla, badges, preloved items, even bendera palestine pun jual sekali. 
With mun n nad (kawan mun)
KLCC di kala malam. Tengok real life lagi cantik. First time sampai KLCC malam.
STEM team. 
Ohh. Lupa, one more thing. Program STEM tu paling akward. Because people keep calling me "min". Weh, tau dak akward yang amat! Selalu kawan sekolah ja panggil. Habeh2 pun kawan tuiter. Ini semua salah mun! Dia bagi nama min dekat ain. Pastu ain bagi tau semua member STEM nama aku min. Peliknyaaaaaaa perkenalkan diri nama min. Perkenalkan tu satu hal. Tetiba panggil aku min. Habis semua perempuan, lelaki panggil min. Aaaaaah! 

Aku selalu berharap dapat travel lagi. Even tak dak duit. K. Ini sedih. Hahaha. But the best part is when you choose the right partner for your travel. Ah. Tetiba rindu gamble dengan ci dulu. Haha. Style boleh gegila sanggup bangun awal pagi semata nak tengok belon. I just think that was awesome! And cute. Hahaha. (Nampak tak rindu tu? Haha)

And lastly, bye~ Tak sabar balik penang. By train tu. Haha. Sengaja ambil train. Sebab nak ambil feel classic and relaxing. Wishing to see sunset from window of the train. 

Done for August. Pray for September (:
May Allah bless. 

ME. 

Life is something great. You meet people, you learn something, you appreciate everything. Being a part of reminiscence of someone, create the happiness, even the sadness. (Btw, picture taken from window of nad's car. Otw to klcc)



8 March 2014

Bukit Tinggi and Sungai Chamang.

The idea came out from the crazy mind. Lol. Cuaca yang mebahang seperti oven tengah masak pizza yang penuh cheese (sound delicious enough) membuat seorang member meronta ingin keluar dari bumi UKM. Yes! finally after a short discussion with idea on the spot, we are agreed to have bagpacker travel yang tak berapa packer pun, to travel from UKM> Bukit Tinggi> Sg. Chamang.

Settle up with renting a car, packing some cloths, buy some food, bring some utensils (kuali, periuk, pinggan mangkuk, dapur gas kecik and other stuffs) we start our travel at 8.30 pm. Lambat sikit sebab melalut merata alam. 

Since kami sememangnya "cerdik pandai" dalam bab jalanraya, maka akhirnya kami disesatkan oleh jalan-jalan yang bercabang, dan sampai di kaki bukit tinggi at 10.30pm. Bila kami start nak naik, ada pulak halangan dari anjing jalanan yang menyalak ala-ala serigala jadian (serious story) sampai driver pun tak sanggup nak naik atas. Takut katanya. Naik bukit malam-malam ni bukan boleh sangat. And ada pulak polis peronda yang tak bagi kami naik. Guard pun tak bagi naik. Haish. At last, we stayed at pondok guard! Selamat yang amat. Plan untuk having some "lepak-lepak" atas bukit hancus begitu sahaja. 

We park on the side of the road (sure memang kiri kanan tu hutan ja penuh), nearby from pondok guard. Since memang semuanya hanya beralaskan cool blog dari econsave magrib tadi, at last una and fanie cook some delicious pasta. Daging hancur, mixed with some sausage, pasta sauce with mushroom, and of course cili padi! Sesuai untuk kesejukan pukul 12.00 tengah malam. Ohh seriously i can said, una and fanie should get married! Sedap.

And the guard are gentleman enough, bagi ubat nyamuk, kerusi, mancis, paper, papan pengahadang, air, toilet, and jaga masa kami tengah tidur dalam kereta, termasuk halau anjing yang suka datang tiba-tiba. Oo, too much. risau la jugak kan. Sebab nepal, HAHA. Ok, but the main point sebenarnya nak mention, when a guy holding a title of a GUY, they should be protective. Especially to unprotected women cam kami ni haaa. HAHA. 

Next. At last we sleep in the car (1st time seumor hidup buat kerja gila), we woke up at 5.00am, prepare some breakfast. Tapi aku tak makan pun. Too early to get some breakfast. Cuma tapau siap-siap. Akhirnya pukul 6 baru guard tu bagi naik atas. Siap provide peta dia lukis sendiri haaa. Terus cari masjid, solat subuh and clean up apa yang patut, and makan sarapan. 

There is another pondok gurad dekat atas. Sekali masuk RM12. Ok, terpaksa la, sebab alang-alang dah sampai. Tapi seriously, memang berbaloi! Cantik! Dah macam oversea dah. Dah la masuk waktu pagi. So feeling dia rasa macam nyaman gitu. 

Dekat atas tu ada Colmar Tropicale, The Chateau, Rabbit Park (kena bayar extra RM3 kalau masuk), House Trail, Golf Club, Japanese Village and Four Face Buddha. Sempat pergi 2 tempat ja, Colmar Tropicale and Four Face Buddha sebab tak sempat. Rushing nak pergi Sg Chamang lepas tu. 

Colmar Tropicale
Classic view of Colmar

At the etrance
Dari jauh
Next, ke Sg. Chamang. Dekat dengan Bukit Tinggi, dalam setengah jam. Jalan dia agak berliku sedikit dan agak dalam. Tapi, yeahh! Berbaloi, sebab air terjunnya, ya rabbi,. Cantik! Memandangkan kami datang pada hari isnin, so memang tak ada orang, dan boleh buat sesuka hati. :D

Sg. Chamang
Selesai mandi manda, we start our journey back to UKM. Masa tu la tayar pancit, at that was the unforgettable moment sebab tak pernah pergi berjalan sampai kena tukar tayar on the highway! Again, hero malaya mana entah stop tiba-tiba dan tolong tukarkan tayar tu. And at that time i was thinking, lelaki gentleman still wujud kat malaysia ni. Haha. Ok, over enough.

And that was the ending. Special credit to:
1. Julia as the driver.
2. Una, Fanie untuk ajk makanan. Lol.
3. 2 guard yang bagi macam-macam.
4. Hero malaya for changing our tyre.
5. Chinese pomen yang tolong diagnose kereta.
6. Makcik yang kutip ulam tepi jalan, yang tunjukkan jalan ke Sg Chamang.


Try to enjoy every single things happen in our life, since not everything will come twice. :)

24 October 2013

Terengganu Travel

Bismillah.

Alhamdulillah. Akhirnya terjejak jua kaki ke tanah singgahan si penyu alam belantara. Tak pernah terfikir bahawa begini langkahnya kaki menjejak. Tapi syukur tidak berputus. Atas pengalaman yang berharga, dan boleh juga dikira lain dari yang lainnya.

Bermula dari idea si sepupu yang luar dari kotak, berkalut kemas barang dan akhirnya mengikut dia ke UMT. Uhuk3. Cara aku berkemas baju segala tak ubah macam lipas putus kaki sebelah. Oh, ini memang gila. Buat macam dari penang ke terengganu tu macam dari penang ke rumah tokwan. Budget dekat.

Mata terpana buat pertama kalinya melihat laut sebegitu biru bila tiba di Terengganu. Lidah pula laju dengan subhanaAllah. Biru. Jauh beza dengan pulau pinang yang sememangnya hijau-hijau biru. Lain. Sempat juga aku berpusing-pusing sekitar UMT dan UNISZA yang sememangnya saling dekat. UMT walaupun kecil, tapi bagi aku agak cantik, di tambah dengan bayu angin laut yang berdekatan membuatkan suasana di sana agak nyaman.

Tempat lain yang sempat kaki singgah seperti Masjid Kristal, Muzium Terengganu, Pasar Payang, MBKT. Suka suasana di sekitar muzium dan juga masjid yang cantik dan aman. Memang Cik Dan benar-benar memainkan peranannya. Semerata alam aku ambil momen fotograf yang bersesuaian untuk dijadikan kenangan.

Sekitar Masjid Kristal.

Cousin and me
Masjid Kristal. Awan tu agak spoil sikit. -.-'

Dalam muzium. 
Terengganu sememangnya cantik, terutama sekali dari segi landskap lamannya. Kebayakan tempat ada landskap masing-masing, dan terselit juga sedikit ciri-ciri melayu yang unik. Bangunan-bangunan, tiang-tiang di jalanraya tidak tekecuali dari mempunyai bentuk dan ciri yang ala-ala ukiran kayu. Walaupun agak primitif, tapi bagi aku cukup cantik dan menunujukkan bahawa hidup melayu itu berseni. (Err, kenapa aku cerita macam buat dokumentari?) -.-"

Menghabiskan detik terakhir di terengganu dengan menyambut hari lahir housemate sepupu yang ke-20 di tepi pantai. Tika itu baru aku sedar, aku berkenalan dengan dengan "adik-adik". Tapi sikap selamba sporting membolehkan selesa itu dicapai. Kek coklat moist diiringi sotong goreng tepung dan keropok lekor Teluk Ketapang. Osem bersama angin bayu laut. 

Them.

Secara konklusinya, kagum dengan ciptaan Allah swt. Dunia Allah ni terlalu luas. Aku baru melangkah, tapi ciptaanNya sudah cukup membuatkan aku terkesima. Belum aku berlari keliling dunia. Allah Maha Besar. Mission accomplished. Apresiasi buat sepupu yang sedang sibuk kini dengan test yang bakal tiba, dan housemate dia yang sentiasa ceria. Moga Allah merahmati kalian. :)

Langit Biru




13 February 2013

A week to remember

Akhirnya. Aku di rumah. Menyambut minggu terakhir bercuti di rumah. Eheh.

Sempat lagi aku berkira-kira melawat sahabat handai yang lama tak ketemu. Gara-gara semua hendak kembali meneruskan perjuangan masing-masing. Aiseh, skema ayat!

Alang-alang pergi ke rumah salah seorang dari kawan, atas jemputan perkahwinan abangnya, maka sempat juga akhirnya kami berkumpul bersama-sama. Dan bila dah berjumpa, tak sah kalau tak ada gelak tawa yang "mengekek" tak berhenti-henti. Fuh. :D

Selepas menikmati makanan nasi beriani (aku rasa), ayam goreng rempah, sambal sotong dan lain-lain makanan, malah sempat lagi bergosipan kosong dengan membina angan-angan kononya nak mengakhiri zaman tua di  rumah orang tua bersama-sama nanti,  mereka yang hampir putus fius boleh lagi mereka-reka idea untuk ke taman bunga kononya untuk bergambar, tak lain dan tak bukan di Botanical Garden.

Aku seperti selalunya, mesti tertinggal Cik Dan pada saat genting. Rasa rugi, kawan ramai-ramai berkumpul, tempat cantik, tapi sayang kamera tak bawak. Aish! *belek kamera handphone yg bermegapixel 2.0. Sadis*

Ini antara moment yang sopan aku kira boleh letak di sini. Kalau letak yang lain, ya Robbi. Nganga mulut nanti. Tak ada orang yang berkenan mereka nanti, maka aku nanti dipersalahkan. *batuk*




Aku syukur. Allah ketemukan mereka dan aku. Berkongsi kenangan yang sama bersama mereka. Menjadi sebahagian daripada mereka. Senyum terukir tatkala gelagat masing-masing diingat. *senyum*

Yeay!

Done,
Langit Biru

*offtopic: Why I put a "week" not a "day" to remember? Because you gave me a whole week with a smile. :)



25 January 2013

Burger-mbira

Recently, and spontaneously actually. Hang out with the mashorians, at Zul Burger. Pernah dengar? Famous dengan burger gergasi, sampai masuk TV. Tu pun kawan yang cerita. Aku memang tak pasti, sebab lama dah tak tengok TV sejak teperangkap dengan final year project yang baru nak mula tu. -.-'

With "instant planning", lastly jadi juga la makan dekat situ. Since it open at 6.00 pm, so we plan to meet all of us after maghrib. Tapi kawan aku ni kaki shooting. Suka nau nak shooting. So, singgah la dulu kat pantai, around Queensbay, shooting there and enjoying the breeze of the beach. Waaaah. *tutup mulut*


Then, after performed maghrib prayer at one of the mosque around USM, maka bergeraklah kami ke tempat tersebut. Ok, ni tak best. Ramai orang, sampai nak tunggu next 10 burger gergasi tu, baru sampai order kami. Aiyoo. Waiting there about half and hour. Lapar kot. Dengan perut hanya beralas nasi yang pukul 12.30 tengahari, memang tak dapat la nak bertahan sampai malam. 

Dan akhirnya,sampai la giant burger tu. Ohh, kami order 2 jenis, satu ayam dan satu daging. Lebih prefer daging kot, rasa sedap sikit banding ayam. Ayam rasa macam kebab je. 

All of them are super-power-in-laughing.
Giant burger
Dah macam potong kek dah. -.-"
Bila orang lapar disorong makanan. Kebuluran semuanya.



At the end, selesai semuanya. Makan, ketawa, beramah mesra. Yang lama tak jumpa kembali terubat rindu. *tetiba rasa nak muntah hijau*. But seriously, always having a great moment with them. Style, perangai kuat gelak sorang-sorang tak berubah. Proud being part of them, walaupun aku malu gak bila tiba-tiba depa gelak kuat gelak tempat awam. Haha. Ahh, mengaku gak la, aku pun tumpang sekaki gelak kuat. :D
But I think that is versatile. Apakah? -.-"
As usual, make around us as positive as we can. Grateful with everything, Alhamdulillah. :)

#like the story of Pitch Perfect, all of them are having fat hearts. ^^

Done, 
Langit Biru

21 December 2012

Jambatan

Firstly. Masuk ni dah 3 kali tukat theme blog. Sekarang baru boleh rasa aman dengan theme ni. Simple, plus vintage. :)

Continue to the topic. Jambatan Pulau Pinang. One of the attraction in Malaysia. Dan aku berbangga itu untuk negeri aku sendiri.

Berbumbungkan Jambatan Pulau Pinang, maka di situ tereratnya kembali ukhwah kami. Tercoretnya satu kenangan. Memang aku akui, pertama kali aku duduk di bawah jambatan itu, apatah lagi berbarbeque segala. Dan aku sebenarnya tak sangka pun, yang di bawah jambatan tu boleh buat macam-macam aktivti. Ada yang memancing, mengambil angin malam dan berbagai lagi. Tetapi, aktiviti yang paling banyak di situ aktiviti membakar. Barberque.

Memandangkan dulu aku pernah join RKM (Rancangan Khidmat Masyarakat), jadi group aku sengaja mengadakan aktiviti ni, sebagai "keep in touch" untuk semua ahli. Pucuk dicita, ulam mendatang. Sesuai sangat dengan waktu, baru selesai semua test, aku ambil peluang ini untuk keluar dari usm, menghilang stress. Lagipun, dapat peluang shooting Jambatan Pulau Pinang pada waktu malam. Cantik. Lampu dengan lip lap lip lapnya.
Jambatan Pulau Pinang
Sesuai dengan angin malam ditiup pantai, melayan asap-asap arang untuk membakar ayam. Sekali dengan bunyian ombak. Bau ayam-ayam dibakar. Fuh. Terbaik. Boleh melayan perasaan kalau sorang-sorang. Ayam tu pun jadi bertambah-tambah sedap dek penangan pantai.

Akibat barberque start lambat disebabkan hujan, jadi habisnya pun agak lambat. Sampai bilik pukul 1.30 a.m. Roommate pun dah tidur time tu. =.="

Tapi, apa-pun best. Member semua berebut nak ambil gambar. Semua cakap lampu kat jalan tu menyebabkan gambar cantik, jadi dramatik dan fotogenik. Last-last, bagi kamera cakap "nah, pi amik kamera, shoot semua". Aku resign. Haha.

Stress pun terbang pergi ikut angin pantai. ^^

All around us can be a stressor or give a happiness. We decide. The key is how we thinking. Positively or negatively.
 :)

RKM Group 15

Ikhlas,
Langit Biru.

19 October 2012

Outdoor Shooting

Yesterday, my classmate and I have outgoing for shooting at USM museum. Muzium USM?? Seriously, aku dah masuk tahun ke 3, sekali pun aku tak pernah jejakkan kaki ke kawasan tersebut. Sehinggalah, bila En Asyiek cakap;

"okee, kita akan buat sesi photography dekat muzium.."

Walaweh. Tercengang aku! Sampai kena buka peta USM nak cari kat mana muzium tu. Siap pergi tanya member-member "wehh, macamana nak pergi muzium?" Huhu. Sadiss. Memang patut jadi 'contoh' student usm yang 'sentiasa mengambil tahu tentang universitinya'. Sighh.

Since I was out of knowledge on how to get there, thanks to my roommate, Anisah! She accompany and guide me from the room, until there. Hahaa. She said that she worry if i might get lost! Yaa, what she said was absolutely right. Too far, and I might be lost if I don't know how to go there. =.="
( A special thanks to my roommate! whooyah. :D )

When I arrived, there only a few of my classmate were also recently arrived. Cess, I thought that I was already late. Aiyaaa. It was very exhausted, because I keep in rushing to go there. And the models for shooting also didn't arrived yet. What the... haishh. =.="

Finally, En Asyiek, dengan classmate yang lain semua sampai. Tapi, kami semua terpaksa pulak tunggu sampai setengah jam. Sebab? Model tu la, lambat! Agaknya dia tempek 5 inci bedak, 3 inci eye shadow, dengan 10 inci bulu mata kot. Haish. Memang dah boring dah tunggu lama-lama. Tangan pun dah gatal-gatal klik shutter kamera. Adehh.

At last, sampai la jugak model tu. Ada 3 orang semua. Nasib baik pakai baju kurung semua. Ada 1 tu pakai jubah. Sedap la mata sikit pandang. Tapi macam biasa la, kalau mai tang tudung, kompem fail! Tak tutup dada. =.=" (Eh, tapi ada sorang pass. Hehee)

Bila buat shooting kat area muzium tu, baru tau, tempat tu cantik! Serius habaq hang (err, terkuar jap penang. Theee) Sangat sesuai untuk shoot. Menyesal gila tak bawak membe aku pergi shoot kat situ dulu. Huhu.

Tapi, apa yang nak diceritakan sebenarnya bila time shooting tu. Sangat lahhhhh ohsem! Semua classmate sporting, lecturer (En Asyiek) pun style. Macam-macam adegan lawak yang keluar. Hahaa. Masa tu la, ter'interact' dengan semua classmate. Selama ni dalam kelas bukan tegur sangat pun. So, bila dah keluar macam nie, baru boleh nak tegur-tegur. (Err, apsal aku cerita nie macam hari orientasi? deyyhh..)

Sangat enjoy, keluar semua stress yang terkumpul macam lemak tepu, dan sangat sangat la macam-macam. Indescribable.  Ohyeahh..Ni ada la sikit gambar yang shoot semalam. (boleh klik kalau nak tengok gambar besar, timasih, terima kasih)


Area muzium. Sangat hijau! >.<


Salah seorang dari model.
 (Dia ni model majalah Dara. Tengok kat bahagian fashion tudung,
dia selalu reka gaya untuk tudung)
Kami lah "the nikonian!"
(ketua kelas kandid, kebetulan semua pegang nikon. Hahaha. )

Semua yang gigih belaka. (Baru setengah ni, yang lain entah merayap mana)

Some of classmates

What can I conclude from this, it was awesome. I'm felt proud when En Asyiek said:

"thanks kepada model2 tu jugak sebab sangat sporting...dan yg paling best...this batch rawk! kamu semua sangat bersemangat nak belajar...thumbs up! sronok nengok muke semua terkejar2 nak shoot..."

Memang pun! semua berebut nak shoot. Sampai terhimpit-himpit masa shooting. (Last-last, aku shoot photographer yang tengah shoot. Amek, pueh hati!)

Sangat excited untuk next session class. Lagi semangat dari aku nak pergi kelas kimia. Eh? :P



Dengan ikhlas,
Langit Biru.