Aku terharu. Sungguh. *Nanges dalam hati.
Alhamdulillah, tadi selesai bacaan yassin ramai-ramai dengan coursemate satu desa (desasiswa tekun) sempena final exam. Bukan senang nak kumpul ajak mereka kumpul ramai-ramai turun buat bacaan yassin ramai-ramai. Ni semua rancangan kawan aku sorang ni ajak ramai-ramai turun surau buat bacaan yassin. Alhamdulillah lagi sekali, kali ni ajak semua, hampir semua yang turun. Cuma ada seorang dua yang tak dapat turun.
Bila buat bacaan yassin macam ni, memang teringat sangat zaman sekolah dulu. Buat bulatan, letak botol air banyak-banyak kat tengah bulatan tu, baca yassin ramai-ramai. Serius, aku rasa dah lama tak buat macam ni. Sekarang, kalau pergi majlis bacaan yassin, mesti sebab ada anjuran program atau persatuan apa-apa. Tapi kali ni, kawan aku sendiri yang ajak buat sama-sama kawan turun surau buat bacaan yassin.
Ucapan mabrook buat kawan sorang ni. Gigih dia rancang buat majlis bacaan yassin ni. Siap sponsor makanan lagi lepas solat Isya'. Nasi tomato, agar-agar, tembikai, air bandung. Semoga Allah memberkati usaha dia.
Bila benda-benda macam ni buat dengan kawan-kawan satu kos, barulah ukhwah tu nampak macam lebih ada makna. Siap dah bincang projek gathering semua student final year lagi. Sedih tadi, bila kawan cakap "dah final year". Yang minta maaf pun ada. Mata aku berair tiba-tiba. Sebak.
"Dah nak habis, cepatnya.."
Masing-masing pun sebak. Tahu, lepas ni dah tak boleh jumpa. Semua tinggal di lain-lain negeri. Entah bila pula boleh jumpa nanti. Tapi, tak lupa juga, ada yang cakap pasal kahwin. "Kahwin jangan lupa jemput..". Ayat yang selalu disebut. Normal.
Satu perkara yang aku perasan. Api kemarahan antara satu sama lain terpadam. Aku tau dalam kalangan semua yang datang tadi, ada orang ni terasa dengan orang tu, orang tu terasa dengan orang ni. Tapi tadi, sementara tunggu waktu isya' masuk, semua ketawa macam bahagia. Masing-masing ceria sama-sama merancang untuk projek gathering nanti, macam tak ada terasa apa-apa. Ibarat bait2 yassin tu memadam semua perasaan sakit hati antara satu sama lain. Mungkin?
Moga Allah tanamkan kasih dan ikhlas dalam kalangan kami. Doakan yang terbaik untuk semua final exam nanti. InsyaAllah.
*offtopic: Aku rindu suasana mashoor, kawan-kawan mashoor, hidup budak hostel mashoor. T_T
With loves,
Langit Biru.


No comments:
Post a Comment