Perancangan mula mengorak langkah. Sentiasa dikemaskini. Kerana seperti janjiNya, kita hanya mampu merancang, tetapi perlaksanaannya di atas hak Sang Esa.
Perancangan membuat aku termenung. Berfikir panjang. Membatu. Membuatkan aku sedar bahawa aku bukan kanak-kanak yang berlari atas padang, bermain-main di tepi sungai.
Persoalannya.
Bersediakah aku, melangkah jurang seorang diri tanpa pimpinan di sisi?
Mampukah aku, berlari melepasi pagar halangan tatkala serpihan kaca bertaburan di hadapan?
Sanggupkah aku, meredahi hujan petir tanpa henti?
Dewasa. Membuatkan aku berfikir bahawa perancangan itu perlu, persediaan itu perlu. Kerana masa itu suatu yang pasti, tidak akan berhenti. Jarum masa mula berdetik, kemudian bergerak, kemudian mengubah arah, mengubah minit, jam, malah hari.
Aku mula menghitung hari, tatkala matahari dan bulan bersilih ganti. Sempatkah aku, merancang sebelum waktunya tiba? Sempatkah aku bersedia melangkah jurang yang tiba-tiba muncul di hadapan? Mampukah aku dengan sendirinya melepasi pagar halangan walaupun luka sana dan sini? Sanggupkah aku, meredahi hujan yang tidak pasti waktu tibanya?
Aku dengan soalan kurang matang aku. Dengan sendiri aku menyelesaikan teka teki tersirat. Mohon diri ini sentiasa dalan jagaan tuhan.
![]() |
| Masa iu mungkin berlalu sejauh ini atau sedekat ini. |
Tersirat,
Langit Biru.


.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)




