Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

8 January 2014

Eshah's Birthday

Aishah.

Nama dia paling aku suka dalam banyak adik beradik. Entah aku rasa pengaruh dengan sirah nabi mungkin. Sebab sedap (huaa, alasan x munasabah!). Semua nama adik beradik berkaitan nabi. Ibu nabi, isteri nabi, anak nabi. Lengkap. Dari ibu, isteri dan anak. 

Setiap kali makcik-makcik tanya nama apa, adik nama apa, aku dengan konfidennya akan sebut satu demi satu. Dan akhirnya mesti keluar ayat ni:

" Wahh, semua kaitan dengan nabi! "

Aku sempat senyum. Respon yang dapat diteka. Aku dari dulunya pelik. Kenapa abah pilih nama-nama demikian untuk kami semua. Aku tak pernah tanya abah, kenapa abah pilih nama kak ibu nabi, nama aishah isteri nabi, nama kak chik anak nabi dan nama adik isteri nabi. 

Cuma akhirnya aku rasa aku dapat duga. Supaya tercerminnya akhlak ibu, anak serta isteri nabi dari muka kami adik-beradik. Sifat ketabahan ibu nabi, sifat kasih sayang isteri nabi dan juga lemah lembut anak nabi. 

Untuk kali ke 18, selamat hari lahir buat Eshah. Semoga terlakar masa depan yang terbaik untuk dunia dan akhirah. Moga terpelihara iman dan hati, dan sentiasa dirahmati Allah. Yang paling penting, akhlak si aishah sentiasa dibina dalam jiwa dan dijaga. Dan masih tercermin  :)

Ikhlas dari akak mu yang cute. Eh? :P


24 May 2013

A Blessed Day

23 Mei 2013.

Buat insan yang tiada galang ganti, sentiasa disebut dalam bingkisan doa, kasih yang tiada berputus, sumber segala inspirasi. Moga Allah sentiasa merahmati, meredhai, setiap nafas yang dihembus, setiap saat jantung berdegup. Moga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Tidak mungkin terbalas segala jasa,
Doa hanya aku mampu minta pada si Dia,
Dengan penuh kehambaan dalam diri,
Moga Allah tempatkan engkau di syurga Firdausi, 

Selamat Hari Lahir ke 45 buat mak. 



23 February 2013

Selamat hari lahir saudaraku.

Aku ingat lagi, ketika itu aku sedang bermain batu seremban, tiba-tiba kau muncul.
" Ni nama dia Siti. Kira sepupu hang jugak la ni. "
Mak lang tiba-tiba kenalkan kau. Aku senyum. Biasa la, budak-budak pun tau malu. Eheh. Aku main sekali dengan kau, lari-lari satu kampung, tangkap pepatung tepi rumah tok wan, mandi sungai, naik basikal sampai jatuh tepi pokok nenas dan tak lupa juga tengok kau main guli. Tapi entah macam mana kita boleh rapat, aku tak pasti. Masa terlalu cepat. Aku rasa umur aku masa tu baru budak tadika. Ya, ya, aku tau aku comel masa tu. :P

Dulu masa kecil-kecil kau suka nyanyi. Dan aku lah jadi tukang dengar. Tapi aku tak pernah la pula bebel bila kau nyanyi. Tengok, dengar, diam. Kadang-kadang aku gelak bila fikir balik. Innocent sungguh aku!

Aku selalu bayang kita sekolah sekali. Tapi memang mustahil. Kau Perak, aku Pulau Pinang. Memang bayangan gurauan.

Aku selalu teruja bila pulang kampung Tok Wan. Bukan semangat nak jumpa  Tok Wan, tapi nak jumpa kau. Tok sampai siap kunci pintu malam-malam, takut aku lari tidur rumah kau sebelah rumah Tok Wan. Haha. Tapi, aku selalunya dapat lari juga. :3

Aku suka cerita dengan kau, kau pendengar yang baik. Aku senang dengan cara kau, dengan fikiran kau yang searus dengan aku. Dari sekolah sampai sekarang, kau masih mampu mendengar kisah-kisah aku yang tak berhenti. Aku terharu. Terima kasih. :'(

Cepat masa berlalu. Aku berangan juga kau dapat satu universiti dengan aku. Itu pun tak dapat. Mungkin perancangan tuhan lebih erti. Aku tak kisah. Janji kau masih yang sama aku kenal.

Masa berlalu lagi. Cepat, pantas bagai angin. Aku lihat kau, kau lihat aku. Kita yang makin dewasa. Masing-masing dengan arah tujunya. Moga sepantas mana pun angin masa berlalu, kita masih dahulu, seakrab butiran tasbih yang sentiasa bertemu.

Aku doakan kau dilindungi Allah, dimana kau berada, setiap langkah kau, malah setiap niat di hati kau. Moga kau sentiasa di bawah junjungan kasihNya tak bertepi.
" Aku harap kau antara yang gigih berlari dengan payung menuju kearahku tatkala aku dibasahi sang hujan. "

Selamat ulang tahun yang ke 21, moga sentiasa dalam redha dan kasihNya.

Ikhlas,
Langit Biru.

6 February 2013

Happy Birthday to You

Happy birthday to you, the most awesome and humorous friend that I ever had. May Allah give you the best and successful future in your life and ever after. I have no idea how I appreciated your smile and laugh, and the most important, every advice that you gave to me. I really loved it. May Allah always bless you wherever you're and what ever are you doing.

May you be granted with illustrious and blessed life, be conferred with wisdom, happiness and good health, and also be guided with His guidance in whatever you did. And may Allah bestow upon you courage, strength and confidence in yourself.

Happy Birthday :)
Here's is a warm and full of bucket with love and sincerity, wishing you happy birthday again and I wish you many happy returns.

May your wishes come true. Ameen.  :)

sincerely,
Langit Biru.

12 September 2012

12 September, Selamat Hari Lahir Dr. !

12 September 2012. Memandangkan 'kontrak' masih bersambung dengan pusat penyelidikan dadah (CDR) jadi, aku pun pergi CDR hari ini, sebab kononnya nak hantar report, dan siapkan kerja yang Dr. Nizam bagi sebelum ni. Lagipun kelas dah habis tadi, jadi, nak menunjukkan aku merupakan pekerja yang 'rajin' jadi pergi la terpacak kat situ. (ok, kononnya).

Sampai sahaja di CDR. tiba-tiba semua orang dalam pejabat tu macam kalut semacam. Aku memang malas nak ambil port. Dah nama pun pekerja sambilan sahaja. Fuhh. Sambil dengar-dengar, baru dapat catch up kenapa semua kalut sangat. Rupanya hari ni birthday dr. Nizam. Sungguh tak tahu. Huhu.

Memang bersalah, dan tersalah time la juga datang tadi. Sebab semua orang kat situ share duit, beli hadiah, kek. Lepas tu, dengan muka kering, ikan kering pun kalah, pulak boleh join sekaki. Adehh. Tapi nak buat macam mana. Dah semua jemput. Takkan nak menolak. @__@ (haaa, buat muka innocent!)

Bila semua dah berkumpul, 'majlis' pun bermula dengan bacaan doa. Ok, part ni yang paling semangat nak cerita. Sebab doa ni telah dibaca oleh salah seorang student Dr. ni,  nama dia Mohammad Oday, dari Iran (kalau tak salah). Dr sengaja minta dia baca, sebab dia kan orang arab. Jadi, time dia baca doa tu, tiba-tiba rasa terharu. Macam faham pulak maksud doa tu. Padahal bukan faham sangat pun. Tapi setiap kali dia habis baca doa, dia mesti terjemah balik kepada kami semua apa yang dia minta dalam doa dia baca (sebab sebelum ni pernah tengok dia baca doa). Seriously, sangat suka dengan budaya orang arab ni, lagi-lagi bab berdoa. Sebab mereka tak kan lupakan orang-orang sekeliling mereka bila berdoa. Kita yang tak faham apa-apa pun jadi terharu bila mendengar.

Dr. Nizam. I'm one of your staffs, one of your students, wish you a Happy Birthday and may Allah always shower you with His bless. Hopefully Allah will make your work become easier, day by day, make you a stronger and wiser person, and hope you're always in His Rahmah. InsyaAllah. With care, your unofficial student.

Err, birthday Dr. yg ke berapa ntah? theee....
*sesungguhnya hari sungguh bertuah sebab dapat hentam kek Secret Recipes Chocolate Indulgence. Hohoo. :D