27 February 2013

Perancangan

Hampir 2 minggu dalam menyelesaikan tanggungjawab terakhir. Aku rasa hambar. Mungkin sem terakhir yang semakin kurang bebanan. Terasa waktu berlalu sepi. Menyelesaikan projek tahun akhir yang tertangguh, menghabiskan subjek-subjek yang perlu diambil, tidak kurang juga mula memikirkan masa depan. Ya, perancangan.

Perancangan mula mengorak langkah. Sentiasa dikemaskini. Kerana seperti janjiNya, kita hanya mampu merancang, tetapi perlaksanaannya di atas hak Sang Esa. 

Perancangan membuat aku termenung. Berfikir panjang. Membatu. Membuatkan aku sedar bahawa aku bukan kanak-kanak yang berlari atas padang, bermain-main di tepi sungai. 

Persoalannya.

Bersediakah aku, melangkah jurang seorang diri tanpa pimpinan di sisi?
Mampukah aku, berlari melepasi pagar halangan tatkala serpihan kaca bertaburan di hadapan? 
Sanggupkah aku, meredahi hujan petir tanpa henti?

Dewasa. Membuatkan aku berfikir bahawa perancangan itu perlu, persediaan itu perlu. Kerana masa itu suatu yang pasti, tidak akan berhenti. Jarum masa mula berdetik, kemudian bergerak, kemudian mengubah arah, mengubah minit, jam, malah hari. 

Aku mula menghitung hari, tatkala matahari dan bulan bersilih ganti. Sempatkah aku, merancang sebelum waktunya tiba? Sempatkah aku bersedia melangkah jurang yang tiba-tiba muncul di hadapan? Mampukah aku dengan sendirinya melepasi pagar halangan walaupun luka sana dan sini? Sanggupkah aku, meredahi hujan yang tidak pasti waktu tibanya?

Aku dengan soalan kurang matang aku. Dengan sendiri aku menyelesaikan teka teki tersirat. Mohon diri ini sentiasa dalan jagaan tuhan.

Masa iu mungkin berlalu sejauh ini atau sedekat ini.

Tersirat,
Langit Biru. 




23 February 2013

Selamat hari lahir saudaraku.

Aku ingat lagi, ketika itu aku sedang bermain batu seremban, tiba-tiba kau muncul.
" Ni nama dia Siti. Kira sepupu hang jugak la ni. "
Mak lang tiba-tiba kenalkan kau. Aku senyum. Biasa la, budak-budak pun tau malu. Eheh. Aku main sekali dengan kau, lari-lari satu kampung, tangkap pepatung tepi rumah tok wan, mandi sungai, naik basikal sampai jatuh tepi pokok nenas dan tak lupa juga tengok kau main guli. Tapi entah macam mana kita boleh rapat, aku tak pasti. Masa terlalu cepat. Aku rasa umur aku masa tu baru budak tadika. Ya, ya, aku tau aku comel masa tu. :P

Dulu masa kecil-kecil kau suka nyanyi. Dan aku lah jadi tukang dengar. Tapi aku tak pernah la pula bebel bila kau nyanyi. Tengok, dengar, diam. Kadang-kadang aku gelak bila fikir balik. Innocent sungguh aku!

Aku selalu bayang kita sekolah sekali. Tapi memang mustahil. Kau Perak, aku Pulau Pinang. Memang bayangan gurauan.

Aku selalu teruja bila pulang kampung Tok Wan. Bukan semangat nak jumpa  Tok Wan, tapi nak jumpa kau. Tok sampai siap kunci pintu malam-malam, takut aku lari tidur rumah kau sebelah rumah Tok Wan. Haha. Tapi, aku selalunya dapat lari juga. :3

Aku suka cerita dengan kau, kau pendengar yang baik. Aku senang dengan cara kau, dengan fikiran kau yang searus dengan aku. Dari sekolah sampai sekarang, kau masih mampu mendengar kisah-kisah aku yang tak berhenti. Aku terharu. Terima kasih. :'(

Cepat masa berlalu. Aku berangan juga kau dapat satu universiti dengan aku. Itu pun tak dapat. Mungkin perancangan tuhan lebih erti. Aku tak kisah. Janji kau masih yang sama aku kenal.

Masa berlalu lagi. Cepat, pantas bagai angin. Aku lihat kau, kau lihat aku. Kita yang makin dewasa. Masing-masing dengan arah tujunya. Moga sepantas mana pun angin masa berlalu, kita masih dahulu, seakrab butiran tasbih yang sentiasa bertemu.

Aku doakan kau dilindungi Allah, dimana kau berada, setiap langkah kau, malah setiap niat di hati kau. Moga kau sentiasa di bawah junjungan kasihNya tak bertepi.
" Aku harap kau antara yang gigih berlari dengan payung menuju kearahku tatkala aku dibasahi sang hujan. "

Selamat ulang tahun yang ke 21, moga sentiasa dalam redha dan kasihNya.

Ikhlas,
Langit Biru.

14 February 2013

Take a step to change


Here is some of my plan for this 2013. I know, may be it's sound like too late since now we're in Feb. (Ohh, actually I'm busy with exam and fyp in Jan. =.="). Even though it was already late to plan all kind of these, there is no late for us to take some changes to change. Take an easy step, but keep in istiqamah.

Health:
1. Drink plenty of water.
2. Don't skip lunch and breakfast. Even though in busy mode.
3. Take less fries and burger, and also fast food.
4. Do more exercise. Even just walking around.
5. Get enough sleep.
6. Don't overdo anything, until ignoring body and health.
7. Eat more vegetables and fruits. Also try to take some supplement which good for body.
8. Eat raisins or dates.

Religion:
1. Always remember Allah, wherever or whatever I did.
2. Don't skip read Quran. At least a page per day.
3. Memorize some common surah.
4. Zikr more especially after performed prayer.
5. Increase the knowledge about fiqh, and other topics regarding Islam.
6. Always sending salawat upon the Prophet. Sallawallahu a'laihi wassalam.
7. Try to finish reading a whole Quran (khatam) with the meaning in this year.
8. Mark some of the best verses in Quran with stick note.
9. Avoid lagha, or other things that can make I forgot to Allah, even for a while.
10. Perform prayer early in time.
11. Perform Dhuha in weekend. And other solat sunat.

Personality:
1. Talk less, act more.
2. Care the person who are caring about me. Don't ignore them.
3. Avoid such a non-benefit talk, like "gosipping"
4. Don't misunderstanding about people intentions.
5. Read more, gain some knowledge, generate some ideas. Practice to be creative.
6. Don't spend time with useless activities. And also avoid delay works to do.
7. Always keep in smile. :)
8. Keep praying for others. Don't be selfish.
9. Do anything with plans. Be confident with anything that I do.
10. Stay in humble and patient, do everything with intention: "I did because of Allah".
11. Less dreaming.

Hobby and study:
1. Will buy more books this year. And also will read more books this year.
2. Have some collections of book about religions.
3. Will gain more experience and be creative in photography.
4. Share and spread knowledge.
5. Study smart, be productive, not just busy.
6. Increase my social skills, English usage.

Double F (Friend and Family)
1. Appreciate all time that spent with friends and family.
2. Try to spend more time with family.
3. Always keep in touch to each others.
4. Always give a help when needed.
5. Use nice, correct words and intonations while talking with them.

Last but not least: Keep in mind,
"Live for dunya like you’re going to live forever , and live for akhirah like you’re going to die tomorrow.”
*will keep updating.

13 February 2013

A week to remember

Akhirnya. Aku di rumah. Menyambut minggu terakhir bercuti di rumah. Eheh.

Sempat lagi aku berkira-kira melawat sahabat handai yang lama tak ketemu. Gara-gara semua hendak kembali meneruskan perjuangan masing-masing. Aiseh, skema ayat!

Alang-alang pergi ke rumah salah seorang dari kawan, atas jemputan perkahwinan abangnya, maka sempat juga akhirnya kami berkumpul bersama-sama. Dan bila dah berjumpa, tak sah kalau tak ada gelak tawa yang "mengekek" tak berhenti-henti. Fuh. :D

Selepas menikmati makanan nasi beriani (aku rasa), ayam goreng rempah, sambal sotong dan lain-lain makanan, malah sempat lagi bergosipan kosong dengan membina angan-angan kononya nak mengakhiri zaman tua di  rumah orang tua bersama-sama nanti,  mereka yang hampir putus fius boleh lagi mereka-reka idea untuk ke taman bunga kononya untuk bergambar, tak lain dan tak bukan di Botanical Garden.

Aku seperti selalunya, mesti tertinggal Cik Dan pada saat genting. Rasa rugi, kawan ramai-ramai berkumpul, tempat cantik, tapi sayang kamera tak bawak. Aish! *belek kamera handphone yg bermegapixel 2.0. Sadis*

Ini antara moment yang sopan aku kira boleh letak di sini. Kalau letak yang lain, ya Robbi. Nganga mulut nanti. Tak ada orang yang berkenan mereka nanti, maka aku nanti dipersalahkan. *batuk*




Aku syukur. Allah ketemukan mereka dan aku. Berkongsi kenangan yang sama bersama mereka. Menjadi sebahagian daripada mereka. Senyum terukir tatkala gelagat masing-masing diingat. *senyum*

Yeay!

Done,
Langit Biru

*offtopic: Why I put a "week" not a "day" to remember? Because you gave me a whole week with a smile. :)



8 February 2013

Try and Error

FYP membuatkan aku menarik nafas helah penat, mengalami kejutan jantung kecil dek barang-barang yang asyik mudah terjatuh (kalau pecah sapa nak bayaq ohooi~), mengeluh sendiri melihat keputusan analisis yang sentiasa membuatkan aku lebih senang untuk putus urat. Eh, silap. Putus asa.

Dulu. Dulu aku lah manusia yang beleha-leha bila masa yang lain-lain berlumba-lumba cuba nak habiskan projek masing-masing. Tapi, oh! Jangan letakkan ini salah aku, kerana semua ini salah mentor aku asyik melengahkan masa. (adoi, sempat lagi salahkan orang!) 

Sekarang. Sekarang aku lah manusia yang terkapai-kapai, gigih mencari punca kenapa keputusan analisis tak menjadi, menjadi ahli kimia yang tak bertauliah, sesuka hati gunakan bahan kimia itu dan ini dan mencampurkan segalanya menjadi sebatian sesuka hati. Oh, memang. Memang makmal itu aku yang punya. =.="

Berbalik kepada cerita. Analisis yang aku tengah run memang ada problem. Cyclic voltammogram patutnya ada peak untuk detection of vitamin C. Tapi, aku? Landai semacam aku tengok. Tak faham, memang, aku pun tak faham apa punca. Dan masuk ni, dah 6 7 kali aku prepare samples. Aku dah sedaya upaya ubah parameter yang menjadikan analisis lebih sensitive.  Tapi tuhan lebih sayangkan dia. Eh. (Ini ape kehai plak?)

Tapi, aku rasa ini sesuatu yang patut dihargai. Sebab? Aku betul-betul aplikasikan apa yang aku belajar di alam nyata. Aku betul-betul rasa akulah chemist dalam makmal prof aku. (hakikatnya tampar pipi, sedar diri belum tauliah). Walaupun dah enam tujuh kali gagal, aku tak rasa itu memang final destination gagal. Ok, tipu. Aku fed up juga mula-mula. But the words from my prof and supervisor
"Ini lah namanya research. Mesti ada gagal punya, Kalau tak orang tak panggil la research kalau dapat result terus"
"You must keep trying. Try and Error."
Seriously, the things here is not to gain best result or achievement, but actually what are we gaining from it. Sejauh mana kita betul mendalami apa yang kita buat. Di alam mimpi atau nyatakah minda kita terhadap benda tersebut. Kalau buat dapat result gempak, tapi orang tanya, terus blur, itu parah.

Keep trying. Yes! Jangan lupa juga minta doa dari Allah supaya permudahkan urusan. Tak lupa juga, selitkan sekali solat isthikharah, minta petunjuk , yang mana betul dan yang mana salah. (terima kasih yang tak terhingga buat sahabat jauh yang menasihat :). Moga Allah sentiasa memelihara kamu. Aku bersyukur. ) Tidak lupa juga jurnal yang beteraburan tak kira di laptop mahupun fail, kena baca sekali lagi. Membaca jambatan ilmu. Dush! Skema ayat. = ="
"Just because it is fail, it doesn't mean that being fail is fail. Fail is not fixed and forever. You can change it"

Done,
Langit Biru.

*offtopic 1: Stop fyp for a while, balik kampung, excited nak jumpa cousin. :D
*offtopic 2: Aku hanya manusia yang mampu panjatkan syukur tidak berputus. Engkaulah insan yang mencuci jiwaku tatkala aku masih dalam banyangan gelapku sendiri. Sekali lagi aku doa agar engkau antara golongan yang terpelihara iman olehNya. 
Ya Allah, peliharalah hati-hati kami, jangan Engkau bolak-balikkan hati ini. Amin. 

6 February 2013

Happy Birthday to You

Happy birthday to you, the most awesome and humorous friend that I ever had. May Allah give you the best and successful future in your life and ever after. I have no idea how I appreciated your smile and laugh, and the most important, every advice that you gave to me. I really loved it. May Allah always bless you wherever you're and what ever are you doing.

May you be granted with illustrious and blessed life, be conferred with wisdom, happiness and good health, and also be guided with His guidance in whatever you did. And may Allah bestow upon you courage, strength and confidence in yourself.

Happy Birthday :)
Here's is a warm and full of bucket with love and sincerity, wishing you happy birthday again and I wish you many happy returns.

May your wishes come true. Ameen.  :)

sincerely,
Langit Biru.

4 February 2013

Care first

With the blessing from drops of rains gave serenity to the earth. Take a deep breath. Yes, the calmness. I can feel it. Alhamdulillah :)
"If you want people care with you, you must willing to care the other people first." 
I just suddenly thinking about this sentences. Somehow, I said to myself, " I care about you, and I mean it. Do you care about me?"

Just with believe. I believed you also did. Why? I don't know. Maybe it some of human sense. :)

But, the most important is our relationship with Allah SWT. How love did you toward Allah? How care did you about your relationship with Allah?

Cup of love and care :)
Allah is the one who hold the heart of everyone. Care our relationship with The Most Merciful first than with the others. We don't loss anything, instead it will make our heart more peaceful and in His mercy. :)

Dear Allah, please always keep my heart in Your Deen and guide me in Your path, to the Jannah. Ameen.

Indeed,
"Care about your relationship with Allah first. Than Allah will always care your relationship with the others.  "

Done,
Langit Biru.

3 February 2013

Rumah

Beberapa "adegan" yang terngiang-ngiang masa cuti di rumah baru-baru ni:

#1 Watching action movie, which is True Lies. Macam biasa, kalau action movie, mesti la ada adegan tembak menembak. Tiba-tiba mak cakap:
" Laa. Kenapa dia tembak laju-laju macam tu. jahat betoi. Kesian kawan tu tak sempat nak lari. Ish ish ish.. "
sambil buat muka serius. Aku senyum sorang-sorang."Action movie mak, memang la lgu tuh...". Aku pun pelik juga la, selalu tengok cerita action, tak ada pun mak aku cakap macam tu. Malam tu tiba-tiba boleh keluar ayat tu. -.-'

#2 Memandang kena pindah ke bakti permai. Jadi malam-malam kena cari makan kat luar (sebab bakti permai tak buka kafe malam-malam). Dah la area kat luar tu macam bahaya sikit. So, bila cerita kat mak, mak cakap:
"Bahaya tu. Nanti bawak la Ridsect yang kecik tu dalam beg. Nanti orang jahat mai semboq ja dengan benda tu". 
Aku tergumam dengan idea mak aku. Siap tambah lagi:
"Boleh bawak sekali pisau lipat dalam beg, selamat sikit". 
Gumam aku bertambah. Mak?

There are a lot actually, but since I have "short term memory", I already forgot all of 'em. *cough*. Tersenyum. Kinda miss her. And also my cool dad, my super-awesome sisters and also my overload-crazy cousin.  Ohh fyp. Cepat la masa berlalu. Aku demam-rumah. *cough again*

May Allah shower His blessings to all the people I loved. :)

Done,
Langit Biru

#offtopic: rabbi yassir, walatua'ssir, untuk esok. :)

29 January 2013

Talkative #2

Actually I don't have any idea on what to write on, but I feel like to update something. Err, kinda want to express something, maybe? *awkward moment. 

Sometimes we feel like we want to express something, throw out something from the heart, to release  things that tighten in our heart. Unspoken feeling. Try to tell to someone, he/she looks like doesn't 'suitable' to listen on what we are saying, trying to tell to another one, maybe he/she  just like does not truly feel on what we are feeling. Everything was going wrong, even though we are doing on the right manners. Even we have spoke out the word that we want to say, it also doesn't relieve your heart. It's not about the people, but ourselves. Something empty. Something need to fill in.

I don't know why I feel like this lately. I'm just feel like want to share my happiness, my story, and also want to face anything together, through thick and thin. Every time  I feel happy, I like err, want to share to someone. Story from A to Z. So that, she/he also feel happy as I'm happy. And I rather to choose feel sad alone, so that she/he doesn't feel on what I'm having now. 

Since there are a lot happiness moment happened recently, (meet old-skool-friends, had a great time with family, spending each second with blessings, etc) the feel of "share-ness" (ahh, ignoring the vocab) keep burning. I don't know how does 'it' came, but surely it keep me to think at almost time. 
Always listen to my story, my laugh, and also my babbling. Can you?
Allah, the right place to seek His blessing and serenity, as the most rightful medicine for keep the heart comfort with calmness and happiness. 

Take the Holy Quran, digesting each of verses fill with love from Him. 

Done, 
Langit Biru

#footnote: enjoyed with last weekend, the movies from TV2,  'True Lie's and 'Listen to Your Heart'. The second one was ended with sad ending. T_T

25 January 2013

Burger-mbira

Recently, and spontaneously actually. Hang out with the mashorians, at Zul Burger. Pernah dengar? Famous dengan burger gergasi, sampai masuk TV. Tu pun kawan yang cerita. Aku memang tak pasti, sebab lama dah tak tengok TV sejak teperangkap dengan final year project yang baru nak mula tu. -.-'

With "instant planning", lastly jadi juga la makan dekat situ. Since it open at 6.00 pm, so we plan to meet all of us after maghrib. Tapi kawan aku ni kaki shooting. Suka nau nak shooting. So, singgah la dulu kat pantai, around Queensbay, shooting there and enjoying the breeze of the beach. Waaaah. *tutup mulut*


Then, after performed maghrib prayer at one of the mosque around USM, maka bergeraklah kami ke tempat tersebut. Ok, ni tak best. Ramai orang, sampai nak tunggu next 10 burger gergasi tu, baru sampai order kami. Aiyoo. Waiting there about half and hour. Lapar kot. Dengan perut hanya beralas nasi yang pukul 12.30 tengahari, memang tak dapat la nak bertahan sampai malam. 

Dan akhirnya,sampai la giant burger tu. Ohh, kami order 2 jenis, satu ayam dan satu daging. Lebih prefer daging kot, rasa sedap sikit banding ayam. Ayam rasa macam kebab je. 

All of them are super-power-in-laughing.
Giant burger
Dah macam potong kek dah. -.-"
Bila orang lapar disorong makanan. Kebuluran semuanya.



At the end, selesai semuanya. Makan, ketawa, beramah mesra. Yang lama tak jumpa kembali terubat rindu. *tetiba rasa nak muntah hijau*. But seriously, always having a great moment with them. Style, perangai kuat gelak sorang-sorang tak berubah. Proud being part of them, walaupun aku malu gak bila tiba-tiba depa gelak kuat gelak tempat awam. Haha. Ahh, mengaku gak la, aku pun tumpang sekaki gelak kuat. :D
But I think that is versatile. Apakah? -.-"
As usual, make around us as positive as we can. Grateful with everything, Alhamdulillah. :)

#like the story of Pitch Perfect, all of them are having fat hearts. ^^

Done, 
Langit Biru