13 May 2014

Random #7

Being upside down, especially when you are alone are most difficult part. Including to gain the spirit, to be enthusiasm in what you are doing, strive for upcoming challenges, and even being grateful or courageous for what Allah gave to you when you are really down. Those make you cry, scream silently in your heart, being isolated and powerless.

And at that moment, you are waiting for someone. Someone who inspired you, make you to be provocative, and make you smile in crying. Someone who lend his/her shoulder, touch your chin and tilt your head, wipe your tears. Someone who rub your back, said "everything going to be okay" and give a hug.

And at that moment too, you will know that your soul is actually empty.
"ask Allah for what you need to get through it."  -Nouman Ali Khan

Yes, I am the one who currently have unstable emotions. And unfortunately, it's not about hormone anymore.

19 April 2014

Mr Balloney

Agak basi sebenarnya alkisah disini. Tapi aku dah bertekad. Ya! Cerita ini harus disisipkan kerana ia adalah antara momen yang rare sekali dalam hidup. Aku terkejar dengan kelajuan masa, sampai aku terlupa. Uhuu. Ampun-ampun. Dah siap dah edit-edit gambar nak masuk dekat sini. Ada yang dah masuk flickr dah pun. :')

Ci
Yes, i'm with her that day. The most incredible experience i guess. Dengan motif  "Kami nak naik belon panas!" telah menyebabkan terpanculnya idea ini, sekaligus sempena Hot Air Ballon Fiesta 2014 di Putrajaya. Maybe orang selangor dengan kl akan kata, "Eh poyoss beno dedua orang ni". Tapi aku peduli apa? Meh ak campak hampa kat Butterworth tengok, pastu naik feri sendiri dengan rapid pi pesta penang. Tau la rasanya macamana. Haha. K. Ini contoh semata.

Disebabkan memilih pengangkutan awam, maka terpaksa bertolak awal. Bangun 5.00am untuk ke Putrajaya? Ini pun sudah cukup gila bunyinya. Alang-alang pilih cara gila, biar gila semua sekali. Acah-acah backpacker. Elok aku dengan beg galas di belakang. Start from UKM> Bandar Tasik Selatan> Putrajaya. Yes, orang cakap dekat ja. Naik kereta 15 minit boleh sampai. Tapi kami gigih. Biar merasa semua. Tercengang-cengang naik KTM, KLIA transit, bas nadiputra. Allah, gila bila aku fikir balik. Haha. But starting from here actually i think that travelling is something awesome! :')

Putrajaya, sampai dengan jayanya pukul 8.30am (kalau tak salah). So, memang dah terlepas peluang nak naik belon panas. Huu. Tapi, still ok la juga. Sebab boleh tengok dengan sendirinya belon panas tu macamana dan sebesar mana. Memang besar, dan panas.

Akhirnya kekecewaan tersebut dipulihkan dengan game-game lain yang ada di situ. Sempat main KMX bike, Cold Inflation, Giant Bubble. Mostly game agak mahal. Tak boleh cuba semua. Karang tak balik pulak. Hoho.

Cold Inflation. Tak dapat naik, kita duduk terus dalam belon panas tu!

KMX bike. Bebaringlah anda ketika mengayuh. 

Sememeh. Giant Ballon. Saja letak gambar ni, nampak hidup ceria sikit. Haha
Alang-alang sampai Putrajaya, sempat juga singgah Masjid Besi, Alamanda. Rasa macam nak letak satu album dalam blog ni (ok, ini namanya poyos jama'). Banyak lagi gambar, photoshoot dekat Masjid Besi, Tasik Putrajaya, Alamanda. Putrjaya cantik. Landskap kemas, bangunan gah dan cantik, kawasan bersih. Kalau kaya, memang nak beli rumah dekat situ. :3

Oh, lupa satu lagi. This.


and this.

"You are looking beautiful on the sky."
Aku dengan pendapat aku sendiri. Setiap benda adalah travel, walaupun dekat, selagi mana kita tak pernah jejak tempat tu dengan sendirinya. Apatah lagi dengan usaha sendiri naik pengangkutan awam. Bukan satu usaha yang senang aku kira. Meng-google, bertanya orang sana sini, tengok review blog-blog, membuat perancangan. Satu usaha yang sangat gigih, tapi berbaloi bila anda merasainya dengan sendiri. Pengalaman, terasa berharga sekali bila dah dicurahkan kepulunan tak berbelah bahagi.

alhamdulillah. We are happy, we gained experiences. We always miss you. Bye Hot Air Ballon Fiesta 2014. Till we meet again. 
:)

27 March 2014

Tanya

Berat mulut apatah lagi untuk bertanya. Penyakit yang sejak azalinya menghuni di dalam jiwa. Mulanya aku fikir penyakit ni tak membawa masalah. Sampai aku hidup di bumi UKM. Ya, di negeri yang  terkenal dengan kepadatan manusia selain Pulau Pinang.

Ini membuatkan penyakit itu terpaksa diatasi, walau dengan apa cara sekali. Malu bertanya sesat jalan. Pepatah yang amat feyyymesss dari zaman kanak-kanak. Kalau tak kenal makanya mohon anda masuk balik kelas bahasa melayu tingkatan satu. Eh, bukan. Darjah satu. 

Aku mula merasakan penyakit ini merupakan satu disease yang bahaya. Sampai ke satu tahap jika tidak dirawat, ia akan menjadi satu wabak yang tak dapat diubati. Makanya, untuk mengubati penyakit ini, aku melihat sahabat aku sendiri. Julia. (oh, mohon la dia tak tahu aku kreditkan dia disini). Kononnya untuk belajar. *sila muntah di longkak.

Kerap sekali dia bertanya. Malah keramahan dia tidak perlu disangkal. Pernah sekali kami keluar makan di simpang (lupa nama simpang tu) yang memang terkenal dengan laksa dan cendol di sekitar UKM. Tapi, mahu aku nyatakan awal-awal, bahawasanya laksa dan cendol di simpang UKM ini masih tak dapat menandingi cendol Simpang Empat dan laksa janggus Kak Timah di Balik Pulau. Disebabkan tempat terlalu penuh, maka kami tumpang sekali dengan meja yang ada orang, tapi masih ada kerusi kekosongan. Sekali bila dah dapat duduk, terus dia membuka mulut, bertanya soalan bertubi-tubi. Yang 3 orang lagi hanya menjawab (tipikal budak zaman sekarang, selagi tak kenal, selagi tu tak tegur. Layan hanset lebih). Aku yang ditepi menyampuk sekali sekala. Memang tak la aku nak cakap banyak, dengan lapar lagi. Ok. motif benar.

Cumanya aku terkesima, cara julia menegur. Selalu pakcik makcik sahaja yang rajin begitu. Mohon jangan salah faham. Aku bukan nak kata dia macam makcik, walaupun cara dia pakai tudung bawal tu memang dah macam makcik. Lol.

Seorang lagi. Akak phd maths. Akak ni lagi kuat bertanya. Dia pun student baru UKM. So, fair and square, sama-sama baru. Pernah sekali keluar dengan dia, dan kami masing-masing tak tahu jalan, kakak ni terus tanya orang situ, sekejap tanya orang sini. Kadang-kadang, aku rasa boleh cari guna sign board (walaupun tak dinafikan memang sukar sedikit) tapi kakak ni dia prefer untuk bertanya, walaupun jawapannya sama dengan orang yang ditanya sebelumnya. Belum masuk bab berkenalan. Entah berapa orang yang dia dah berkenalan gara-gara asyik bertanya. 

Jadi sejak itu aku jadi terpengaruh dengan penyakit suka bertanya ini. Semalam, aku cuba praktikan secara total memandangkan aku bergerak ke UKM secara berseorangan. Pertama kalinya sampai di KL Sentral, dan aku tak ubah seperti kijang masuk bandar (ubah, sebab KL sentral kan bandar gitu). Apatah lagi nak beli tiket komuter, nak naik komuter. Jadi buat muka seposen tanya orang di situ. Dan tadaaaa. Sampai jugak UKM. Sembang dengan salah seorang makcik dalam komuter, dia siap tanya lagi "laa, baru first time naik, tahu plak cara nak naik?". "Tanya orang makcik. *renyih macam kerang*". Haa, gitu. 

Mungkin kerana kehidupan sebagai pelajar master ini lebih kepada forever alone, makanya penyakit berat mulut ini harus disingkirkan. Yes, this is my second target, after the first target is reading books a lot. Bertanya dan ramah semampu boleh. Dan moga tidak terlebih, sampai dicap annoyed. 

Alone macamana sekali pun, jangan lupa Allah ada. :)




8 March 2014

Bukit Tinggi and Sungai Chamang.

The idea came out from the crazy mind. Lol. Cuaca yang mebahang seperti oven tengah masak pizza yang penuh cheese (sound delicious enough) membuat seorang member meronta ingin keluar dari bumi UKM. Yes! finally after a short discussion with idea on the spot, we are agreed to have bagpacker travel yang tak berapa packer pun, to travel from UKM> Bukit Tinggi> Sg. Chamang.

Settle up with renting a car, packing some cloths, buy some food, bring some utensils (kuali, periuk, pinggan mangkuk, dapur gas kecik and other stuffs) we start our travel at 8.30 pm. Lambat sikit sebab melalut merata alam. 

Since kami sememangnya "cerdik pandai" dalam bab jalanraya, maka akhirnya kami disesatkan oleh jalan-jalan yang bercabang, dan sampai di kaki bukit tinggi at 10.30pm. Bila kami start nak naik, ada pulak halangan dari anjing jalanan yang menyalak ala-ala serigala jadian (serious story) sampai driver pun tak sanggup nak naik atas. Takut katanya. Naik bukit malam-malam ni bukan boleh sangat. And ada pulak polis peronda yang tak bagi kami naik. Guard pun tak bagi naik. Haish. At last, we stayed at pondok guard! Selamat yang amat. Plan untuk having some "lepak-lepak" atas bukit hancus begitu sahaja. 

We park on the side of the road (sure memang kiri kanan tu hutan ja penuh), nearby from pondok guard. Since memang semuanya hanya beralaskan cool blog dari econsave magrib tadi, at last una and fanie cook some delicious pasta. Daging hancur, mixed with some sausage, pasta sauce with mushroom, and of course cili padi! Sesuai untuk kesejukan pukul 12.00 tengah malam. Ohh seriously i can said, una and fanie should get married! Sedap.

And the guard are gentleman enough, bagi ubat nyamuk, kerusi, mancis, paper, papan pengahadang, air, toilet, and jaga masa kami tengah tidur dalam kereta, termasuk halau anjing yang suka datang tiba-tiba. Oo, too much. risau la jugak kan. Sebab nepal, HAHA. Ok, but the main point sebenarnya nak mention, when a guy holding a title of a GUY, they should be protective. Especially to unprotected women cam kami ni haaa. HAHA. 

Next. At last we sleep in the car (1st time seumor hidup buat kerja gila), we woke up at 5.00am, prepare some breakfast. Tapi aku tak makan pun. Too early to get some breakfast. Cuma tapau siap-siap. Akhirnya pukul 6 baru guard tu bagi naik atas. Siap provide peta dia lukis sendiri haaa. Terus cari masjid, solat subuh and clean up apa yang patut, and makan sarapan. 

There is another pondok gurad dekat atas. Sekali masuk RM12. Ok, terpaksa la, sebab alang-alang dah sampai. Tapi seriously, memang berbaloi! Cantik! Dah macam oversea dah. Dah la masuk waktu pagi. So feeling dia rasa macam nyaman gitu. 

Dekat atas tu ada Colmar Tropicale, The Chateau, Rabbit Park (kena bayar extra RM3 kalau masuk), House Trail, Golf Club, Japanese Village and Four Face Buddha. Sempat pergi 2 tempat ja, Colmar Tropicale and Four Face Buddha sebab tak sempat. Rushing nak pergi Sg Chamang lepas tu. 

Colmar Tropicale
Classic view of Colmar

At the etrance
Dari jauh
Next, ke Sg. Chamang. Dekat dengan Bukit Tinggi, dalam setengah jam. Jalan dia agak berliku sedikit dan agak dalam. Tapi, yeahh! Berbaloi, sebab air terjunnya, ya rabbi,. Cantik! Memandangkan kami datang pada hari isnin, so memang tak ada orang, dan boleh buat sesuka hati. :D

Sg. Chamang
Selesai mandi manda, we start our journey back to UKM. Masa tu la tayar pancit, at that was the unforgettable moment sebab tak pernah pergi berjalan sampai kena tukar tayar on the highway! Again, hero malaya mana entah stop tiba-tiba dan tolong tukarkan tayar tu. And at that time i was thinking, lelaki gentleman still wujud kat malaysia ni. Haha. Ok, over enough.

And that was the ending. Special credit to:
1. Julia as the driver.
2. Una, Fanie untuk ajk makanan. Lol.
3. 2 guard yang bagi macam-macam.
4. Hero malaya for changing our tyre.
5. Chinese pomen yang tolong diagnose kereta.
6. Makcik yang kutip ulam tepi jalan, yang tunjukkan jalan ke Sg Chamang.


Try to enjoy every single things happen in our life, since not everything will come twice. :)

1 March 2014

#1 Review - UKM

Alhamdulillah. Perkataan pertama yang aku rasa wajib keluar dari mulut. Syukur kerana akhirnya terjejak jua kaki ke UKM. Disebabkan aku dah biasa belajar dekat dengan rumah, sampai dah sampai ukm pun aku rasa macam aku still kat penang. Apakah?  -_-"

What are the awesome things in UKM? yeah, the best thing to discuss. Memang tak dinafikan, UKM memang terkenal dalam bab mempolopori bahasa melayu. Kalau masuk dalam area UKM, most label bangunan ditulis dalam bahasa melayu, berserta jawi. Even untuk taklimat, disertakan dwibahasa (untuk foreingner). Tu memang best aku rasa. Xpayah nak digest banyak. Haha. But the way that they are trying to apply malay language is impressive too.

Selain tu, bangunan-bangunan dalam UKM ni, ya rabbi. Luar burok, siap dinding tu berkulat habis, tapi masuk dalam lawo, canggih plak tu. Setakat ni dah masuk bangunan kimia, bangunan fakulti sains, kolej ungku omar, pusanika, jabatan bendahari dan bangunan pengurusan siswazah. Semua macam tu. Luar buruk, dalam cantik. Tak tau la kalau bangunan lain buruk. 

Another things, makan murah. Yeah, ini yang kita mahu! *angkat tangan* . Nasi goreng kampung RM2.80. Kalau makanan berlauk pun mostly affordable. Rasa pun ok, tak ada beza dengan penang. Yang ni kalau kafe dekat kolej ungku omar. Kalau kat tempat lain mungkin lain sikit harganya. Tapi rasanya tak jauh beza. 

Disebabkan UKM ni besar sikit dari USM, aku selalu sesat. Paling common sesat nak balik blok. Pernah sekali nak balik blok sesat hampir setengah jam. Patutnya boleh sampai dalam 10 minit macam tu. Huh. But the scenery around UKM ni cantik. Ala-ala USM. Cuma hutan dengan monyet tu banyak sikit kot. So, kadang-kadang kalau nak jalan ke kelas tu rasa macam "nature" betul, dengan tepi-tepi ada pokok. 

Rasanya macam banyak lagi tak discover, and i'm excited to undergo every single day, with new experiences. Lol. Rasa teringin nak capture gambar around ukm and attach here, tapi ak rasa akward sebab orang suka tengok semacam. Nevermind. Maybe sempat untuk capture lain kali.

The journey still long. May Allah ease my way (:



28 January 2014

Catch the New Breath

Satu perkara yang semestinya aku belajar sepanjang 6 bulan pengangguran ini adalah ujian/cabaran sangat perlu dalam hidup. Aku rasa kosong, tak rasa apa-apa challenge selama 6 bulan. Cuma sikit-sikit, yang simple one.

Bunyi macam bagus, tapi it's so bored. Dia macam hang main game temple run, pastu tak dak challenge. Mula-mula best, pastu boring. Boring just lari-lari kutip duit syilling, point dengan power up. Tak ada tujuan. Macam buang masa yang amat. 

Even already late, but still, nak selit sikit the happiness of getting offer. Syukur atas nikmat Tuhan. Ada peluang untuk sambung belajar ke peringkat yang lagi tinggi. Moga terbuka lagi rezeki masa sambung nanti. Sungguh tak tipu, memang excited untuk dunia baru, walaupun realitinya not fully ready for new life.

Catch the new breath. I just feel that the next life is more challenging than before.

May Allah ease everything.


8 January 2014

Eshah's Birthday

Aishah.

Nama dia paling aku suka dalam banyak adik beradik. Entah aku rasa pengaruh dengan sirah nabi mungkin. Sebab sedap (huaa, alasan x munasabah!). Semua nama adik beradik berkaitan nabi. Ibu nabi, isteri nabi, anak nabi. Lengkap. Dari ibu, isteri dan anak. 

Setiap kali makcik-makcik tanya nama apa, adik nama apa, aku dengan konfidennya akan sebut satu demi satu. Dan akhirnya mesti keluar ayat ni:

" Wahh, semua kaitan dengan nabi! "

Aku sempat senyum. Respon yang dapat diteka. Aku dari dulunya pelik. Kenapa abah pilih nama-nama demikian untuk kami semua. Aku tak pernah tanya abah, kenapa abah pilih nama kak ibu nabi, nama aishah isteri nabi, nama kak chik anak nabi dan nama adik isteri nabi. 

Cuma akhirnya aku rasa aku dapat duga. Supaya tercerminnya akhlak ibu, anak serta isteri nabi dari muka kami adik-beradik. Sifat ketabahan ibu nabi, sifat kasih sayang isteri nabi dan juga lemah lembut anak nabi. 

Untuk kali ke 18, selamat hari lahir buat Eshah. Semoga terlakar masa depan yang terbaik untuk dunia dan akhirah. Moga terpelihara iman dan hati, dan sentiasa dirahmati Allah. Yang paling penting, akhlak si aishah sentiasa dibina dalam jiwa dan dijaga. Dan masih tercermin  :)

Ikhlas dari akak mu yang cute. Eh? :P


19 December 2013

Kak Long's Wedding

Post pertama aku kira untuk bulan ni. Sibuk? Haah, sibuk dengan tv. Haha. :P

Badge for bride's family. Cute kan? B)

A special post for my oldest cousin, kak long. The first grandchildren of arwah Tok Hassan. Kiranya dia dah start for first step, siapa yang patut kahwin dulu. Haha. Sesuai la. Dia dah paling tua, 24 tak silap. Second is me and her brother, 22 y/o. And everybody start to shoot me :

"Lepas ni dia la. "

Oh my. Aku memang nak lari dari statement ni.*sigh*. Ya, kembali ke topik asal. Kendurinya dalam hari Ahad lepas, 15 Dec 2013. So the solemnization was before the date, 14 Dec. With fully white dress (standard la kan, akad nikah ni putih warnanya. Haha) , akhirnya terijab wal qabul juga dua-dua malam tu dengan sekali lafaz. 

The solemnization.
Tok Kadi, Pak Ngah and the groom on the scene :O

Upacara batal air sembahyang 
Tok kadi tak lupa juga mengingatkan kembali hukum hakam dalam hubungan suami isteri, supaya kedua-duanya faham. Penting untuk tahu bagaimana jatuhnyanya talak, dan tanggungjawab seorang suami/isteri. 

Esoknya, seperti biasa, aku memang akan blur sekejap tak tahu nak buat apa bila saudara nak kahwin ni. Dan akhirnya aku menyelinap ke dapur tolong orang masak lauk pengantin. HAHA. Gila. Tak pernah-pernahnya tolong orang masak waktu kenduri (kerna daku hanyalah perempuan  melayu separuh terakhir. Eheh) , hari tu bosan tahap gaban sampai masuk terjah dengan makcik-makcik, mak-mak sedara bagai. And I was decorating the dishes. Udang goreng kunyit, daging masak hitam, ayam golek, and ikan masak tiga rasa. Serius rasa nyesal tak ambil gambar, sebab semua dishes memang lawa lepas decorate. Aaahhh. (to make it clear, i guess i have talent in decorating. haha)

Berbanding dengan kenduri sebelah perempuan yang aku pernah pergi, aku rasa yang ni lebih simple. Tengok pelamin sudah. Letak kerusi, bunga sakura sikit, tadaa! siap. Tak yah nak habiskan duit untuk kahwin sangat. Simpan duit untuk beli perabot rumah yang canggih-canggih lagi best. Huahua. First lesson that I have learned on the day. Kahwin jangan belanja bukan-bukan, especially untuk benda remeh. Bazir. Huhu.

Second lesson. Meraikan orang kahwin. Abah cukup pantang kalau nak ngelat pergi keduri. Dia cakap "pi nganga pun tak pa. janji bila orang minta tolong, kita dah siap sedia. Nanti kita kenduri, sapa nak tolong?". And i was agreed with his point. Memang lah, kerja kahwin bukan senang, kalau bukan sedara nak tolong, sapa lagi? 

Here, some pictures of the event. :)

Weedding of Atiqah and Anuar :)
 
Pak Ngah and Mak Ngah, Opah aka Pah, and Tok Lang.

Cousin lelaki. Yang baju kemeja hitam tu semua adik kak long. 

Barakallahumma both of you, and hope happy ever after :)















30 November 2013

Peluang di Jalanan

Link

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth
- Robert Frost


*****

Manusia ni terus terang boleh dikatakan kadang-kadang tu tamak. 
Yalah, ada dua peluang, mesti cuba nak bolot dua-dua peluang, kan?
Walaupun seharusnya mereka itu membuat pilihan. 
Atau mereka sebenarnya takut untuk membuat pilihan. 
Because they have their own believe. That the chance is sometimes comes only once. 
Ya, mereka percaya yang peluang itu hanya sekali. Tak sanggup untuk letak risiko.
Meletakkan harapan kepada peluang kedua.
"Kalau peluang kedua itu tak datang?" Monolog dalaman bermula.
Apabila terlepas peluang, they start to feel regret. On what they have decided.

Satu langkah yang mereka lupa.
Percaya kepada ketetapan Tuhan.
Mengapa Tuhan takdirkan akal mereka membuat pilihan jalan itu dan ini.
Mengapa?

" Allah SWT. berfirman: Jika kau tidak pernah merasakan kepedihan dan mengalami permasalahan, bagaimana kau tahu Aku Penyembuh? Jika kau tidak pernah berbuat kesalahan, bagaimana kau tahu Aku Pengampun? Jika kau tidak pernah terluka, bagaimana kau tahu aku Penghibur? Jika hidupmu sempurna, lalu mengapa kau perlukan Aku?” -Hadis Qudsi

Mengapa takut langkah kehadapan.
Kerana Allah itu sentiasa mengiringi hambaNya.
Langkah, dengan berani. 
Yakin dengan istikharah padaNya.
Jalan dipilih insyaAllah tidak akan pernah sia-sia.

Manusia ini, mengejar. 
Peluang dan cita-cita.
Mencuba dan merancang sesuatu.
Tapi mereka lupa yang mereka sepatutnya sedang "belajar" sesuatu.

*****

Random thought perhaps. Since too many people was asking about "choices". Me too, was asking to myself with same questions, what is my choice? What should i choose?

and the silent came forward first.

11 November 2013

Hujan

Link

Hujan. 

Ok. It is actually just randomly. Since jari ni terasa nak menaip dengan hujan renyai-renyai di luar rumah. And of course, me as pentegar bunyi hujan. Suka dengar bunyi hujan-hujan renyai. Walapun actually bunyi hujan tu tak la ada irama apa-apa pun. But, the feel of serenity and full of blessings that came out from the sound of the rain fall make me feel comfort. I can stop do anything and just staring out from the window, feel the splatter of water and  the cold wind blowing. 

" Dan Dia lah Tuhan yang menghantar angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami yang menurunkan dari langit; air yang bersih suci.. "
(25:48) 
Ayat ni terjumpa tadi masa maghrib, bila baca tafsir dari surah al-Furqan. Terasa indah, cukup bermakna. Kerana sememangnya hujan itu satu rahmah, bukan setakat menyuburkan bumi untuk rezeki untuk seumat manusia, tapi juga dalam hujan itu sendiri mempunyai perasaan yang menenangkan. Ya, kerana hujan itu dari Tuhan, tanda kasih sayangNya. 

Now, out from topic. Currently memang tak buat banyak sangat perkara yang berfaedah. Selain dari membuat pokok bunga dari bahan-bahan terpakai (dari pokok pinang and crepe paper. so siapa yang folow IG tahu la macamana rupanya. muahaha), bake cotton japanese cheesecake and make trifle, and belajar jahit cadar dengan bantal, finished reading 2nd novel by evelyn rose, and also terengganu travel, rasanya tak buat apa-apa dah, melainkan makan dan tengok tv. Oh, lupa. online sekali. >.<

Agak kurang aktif untuk media sosial, terutamanya twitter. Seminggu satu tweet. Facebook sebulan dua baru muncul satu status. Terasa macam makin lama makin semua benda tu tak perlu. Entah la, mungkin gen tua dah start muncul. Ergh. And a thousand of sorry for my schoolmate yang dalam whatsapp tu, memang tak pernah nak reply or join, tapi tiap-tiap hari mesti baca whatsapp anda. *senyum*

Ok, another more. Happy belated birthday for my friends which currently finishing her degree in Kelantan. May your dream come true and have illustration live. Semoga Allah sentiasa merahmati. Minta maaf, no cards, or even gifts. Tapi insyaAllah doa sentiasa kekal di bibir tulus dari hati. :)

Ya.. Hujan pun dah start slow. Ada tanda nak berhenti. Moga jiwa-jiwa sentiasa dalam kasih Allah. :)


Langit Biru