3 February 2013

Rumah

Beberapa "adegan" yang terngiang-ngiang masa cuti di rumah baru-baru ni:

#1 Watching action movie, which is True Lies. Macam biasa, kalau action movie, mesti la ada adegan tembak menembak. Tiba-tiba mak cakap:
" Laa. Kenapa dia tembak laju-laju macam tu. jahat betoi. Kesian kawan tu tak sempat nak lari. Ish ish ish.. "
sambil buat muka serius. Aku senyum sorang-sorang."Action movie mak, memang la lgu tuh...". Aku pun pelik juga la, selalu tengok cerita action, tak ada pun mak aku cakap macam tu. Malam tu tiba-tiba boleh keluar ayat tu. -.-'

#2 Memandang kena pindah ke bakti permai. Jadi malam-malam kena cari makan kat luar (sebab bakti permai tak buka kafe malam-malam). Dah la area kat luar tu macam bahaya sikit. So, bila cerita kat mak, mak cakap:
"Bahaya tu. Nanti bawak la Ridsect yang kecik tu dalam beg. Nanti orang jahat mai semboq ja dengan benda tu". 
Aku tergumam dengan idea mak aku. Siap tambah lagi:
"Boleh bawak sekali pisau lipat dalam beg, selamat sikit". 
Gumam aku bertambah. Mak?

There are a lot actually, but since I have "short term memory", I already forgot all of 'em. *cough*. Tersenyum. Kinda miss her. And also my cool dad, my super-awesome sisters and also my overload-crazy cousin.  Ohh fyp. Cepat la masa berlalu. Aku demam-rumah. *cough again*

May Allah shower His blessings to all the people I loved. :)

Done,
Langit Biru

#offtopic: rabbi yassir, walatua'ssir, untuk esok. :)

29 January 2013

Talkative #2

Actually I don't have any idea on what to write on, but I feel like to update something. Err, kinda want to express something, maybe? *awkward moment. 

Sometimes we feel like we want to express something, throw out something from the heart, to release  things that tighten in our heart. Unspoken feeling. Try to tell to someone, he/she looks like doesn't 'suitable' to listen on what we are saying, trying to tell to another one, maybe he/she  just like does not truly feel on what we are feeling. Everything was going wrong, even though we are doing on the right manners. Even we have spoke out the word that we want to say, it also doesn't relieve your heart. It's not about the people, but ourselves. Something empty. Something need to fill in.

I don't know why I feel like this lately. I'm just feel like want to share my happiness, my story, and also want to face anything together, through thick and thin. Every time  I feel happy, I like err, want to share to someone. Story from A to Z. So that, she/he also feel happy as I'm happy. And I rather to choose feel sad alone, so that she/he doesn't feel on what I'm having now. 

Since there are a lot happiness moment happened recently, (meet old-skool-friends, had a great time with family, spending each second with blessings, etc) the feel of "share-ness" (ahh, ignoring the vocab) keep burning. I don't know how does 'it' came, but surely it keep me to think at almost time. 
Always listen to my story, my laugh, and also my babbling. Can you?
Allah, the right place to seek His blessing and serenity, as the most rightful medicine for keep the heart comfort with calmness and happiness. 

Take the Holy Quran, digesting each of verses fill with love from Him. 

Done, 
Langit Biru

#footnote: enjoyed with last weekend, the movies from TV2,  'True Lie's and 'Listen to Your Heart'. The second one was ended with sad ending. T_T

25 January 2013

Burger-mbira

Recently, and spontaneously actually. Hang out with the mashorians, at Zul Burger. Pernah dengar? Famous dengan burger gergasi, sampai masuk TV. Tu pun kawan yang cerita. Aku memang tak pasti, sebab lama dah tak tengok TV sejak teperangkap dengan final year project yang baru nak mula tu. -.-'

With "instant planning", lastly jadi juga la makan dekat situ. Since it open at 6.00 pm, so we plan to meet all of us after maghrib. Tapi kawan aku ni kaki shooting. Suka nau nak shooting. So, singgah la dulu kat pantai, around Queensbay, shooting there and enjoying the breeze of the beach. Waaaah. *tutup mulut*


Then, after performed maghrib prayer at one of the mosque around USM, maka bergeraklah kami ke tempat tersebut. Ok, ni tak best. Ramai orang, sampai nak tunggu next 10 burger gergasi tu, baru sampai order kami. Aiyoo. Waiting there about half and hour. Lapar kot. Dengan perut hanya beralas nasi yang pukul 12.30 tengahari, memang tak dapat la nak bertahan sampai malam. 

Dan akhirnya,sampai la giant burger tu. Ohh, kami order 2 jenis, satu ayam dan satu daging. Lebih prefer daging kot, rasa sedap sikit banding ayam. Ayam rasa macam kebab je. 

All of them are super-power-in-laughing.
Giant burger
Dah macam potong kek dah. -.-"
Bila orang lapar disorong makanan. Kebuluran semuanya.



At the end, selesai semuanya. Makan, ketawa, beramah mesra. Yang lama tak jumpa kembali terubat rindu. *tetiba rasa nak muntah hijau*. But seriously, always having a great moment with them. Style, perangai kuat gelak sorang-sorang tak berubah. Proud being part of them, walaupun aku malu gak bila tiba-tiba depa gelak kuat gelak tempat awam. Haha. Ahh, mengaku gak la, aku pun tumpang sekaki gelak kuat. :D
But I think that is versatile. Apakah? -.-"
As usual, make around us as positive as we can. Grateful with everything, Alhamdulillah. :)

#like the story of Pitch Perfect, all of them are having fat hearts. ^^

Done, 
Langit Biru

22 January 2013

Lepaskan

Lepaskan ia,
Biar mengikut angin masa,
Sungguh pun ia satu yang mendamaikan jiwa,
Yang membahagiakan hati,
Angin masa tetap belalu dan pergi,
Maka lepaskan ia.

Acapkali kerap bermain di minda,
Mungkin sukar untuk dilepaskan,
Terpesona dengan bahagia,
Mengusik jiwa mententeram hati,
Tetapi angin masa tetap belegar,
Menjemput agar ia pergi,
Maka lepaskan.

Apa guna seketika bahagia di jiwa,
Tetapi perasaan pilu lebih berkuasa,
Maka, lepaskan kenangan itu pergi,
Langkahlah kehadapan,
Dengan keyakinan tersisip kemas,
Agar banyak lagi bahagia tercipta,
Atas nikmat tuhan.

Bakti Permai, USM - 12.46 pm - 22012013




18 January 2013

Talkative #1

#1 Dah habis exam. Baru rasa dapat bernafas dengan sempurna. Langit membiru ceria, tanpa awan putih, bagai nak meraikan pembebasan dari linkungan peperiksaan yang hampir hilang separuh nyawa. #eh, tipu.

#2 Kena sakit jantung. Oh, tipu. Tapi serius, memang jantung sakit macam kena cengkam. Last-last, buat medical check up. Doktor cakap sebab stress. Serius lagi sekali, aku tak percaya. Celah mana stress sampai teruk sangat kena effect jantung. Aku sendiri pun tak rasa stress pun. And the doctor gave me: ubat penenang. Say what??

#3 Bakal merancang untuk perancangan tahun 2013 (orang dah plan macam-macam, kita baru nak mula). Start with "what I want to do next?". For sure. FYP. Final Year Project. Pufff.

#4 Including in the plan list. Continue my photography class, with Art of Digital Photography Editing. *mengaku, excited next sem sebab kelas ni sahaja. Sekian.

#5 Cuti sem sekali lagi dirampas. Nasib. FYP punya pasal, kena stay lagi kat USM. Siap kena halau dari tekun, pindah bakti permai. Ahh. Bior. Janji orang cakap bakti permai lawo. Kui3.

#6 Nak beli smart phone. Okay, kena buat belanjawan 2013.

#7 Member lama call. Excited bagai #1. (baca balik)

#8 Moga-moga result sem ni tak jatuh dalam gaung. Nak jatuh, jatuh atas tanah cukup. Kalau naik sampai langit lagi bagus. #mimpi

Moga Allah permudahkan segala. Dengan kasihNya. Ameen. :)

Sekian.
Langit Biru.

1 January 2013

Exam Mode and New Year


Ya, inilah jadinya hasil dari tekanan membaca buku yang melampau-lampau. Ditekan-tekan, dilenyek-lenyek terasa otak ini apabila menyumbat segala mak moyang formula dan teori-teori yang aku rasa macam tak ada logika langsung.

One of my shutter click (huh, berklik2 sebelum nak dapat sekeping gambo ni). Akibat stress, dan aku tak tahan dengan "penyumbatan" yang terlampau, maka aku telah memesongkan diri ke arah dunia yang lebih "nampak". Yes, the photography. (Padahal buku banyak lagi tak baca oohoi!)

SALAM PEPERIKSAAN buat semua teman yang tengah berperang dengan segala jenis peperiksaan, tak kira anda berada di celah mana sekali pun. Moga Allah mempermudahkan semua urusan.

Dan, tak lupa juga, SELAMAT TAHUN BARU 2013. Moga tahun baru ini membawa lebih makna kepada diri sendiri, dan moga tahun baru ini menjadikan anda bertambah osem, kachak bergaya, chantek tertarik, tapi bukan hanya dari fizikal, tapi juga dari hati nurani. Chantek atau kachak dalam akhlak, insyaAllah, anda juga akan dipandang cantik oleh mata manusia dan tidak lupa juga mata Tuhan.

Moga anda juga mempunyai perancangan, tak kiralah dari segi kehidupan dunia mahupun akhirat. Aku sendiri pun punya perancangan. Ingat nak tulis dalm blog nanti. Supaya aku engat semua yang telah dirancang untuk tahu baru ni. Biasalah, aku ni memang selalu dreaming and thinking at almost time. So, berangan selama setahun, masukkan  as perancangan dalam tahun baru. Ohh, lupa. Masukkan juga bab kawen dalam perancangan anda. Lol.

Best of luck! Untuk peperiksaan dan tahun baru 2013.

Tulus mulus,
Langit Biru.

30 December 2012

Hakikat

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dengan Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Allah ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Gerak laku bertambah kaku
Lantaran nafsu yang telah jemu
Namun diriku bertambah malu
PadaMu ya rabbi
Yang miliki sifat An-Nasru


(Durrani - Hakikat)


Allahurabbi, saya jatuh chenta dengan nasyid ni. Sekian. ^^

offtopic: love acapella. :)

28 December 2012

Kerna Yassin Itu

Aku terharu. Sungguh. *Nanges dalam hati.

Alhamdulillah, tadi selesai bacaan yassin ramai-ramai dengan coursemate satu desa (desasiswa tekun) sempena final exam. Bukan senang nak kumpul ajak mereka kumpul ramai-ramai turun buat bacaan yassin ramai-ramai. Ni semua rancangan kawan aku sorang ni ajak ramai-ramai turun surau buat bacaan yassin. Alhamdulillah lagi sekali, kali ni ajak semua, hampir semua yang turun. Cuma ada seorang dua yang tak dapat turun.

Bila buat bacaan yassin macam ni, memang teringat sangat zaman sekolah dulu. Buat bulatan, letak botol air banyak-banyak kat tengah bulatan tu, baca yassin ramai-ramai. Serius, aku rasa dah lama tak buat macam ni. Sekarang, kalau pergi majlis bacaan yassin, mesti sebab ada anjuran program atau persatuan apa-apa. Tapi kali ni, kawan aku sendiri yang ajak buat sama-sama kawan turun surau buat bacaan yassin. 


Ucapan mabrook buat kawan sorang ni. Gigih dia rancang buat majlis bacaan yassin ni. Siap sponsor makanan lagi lepas solat Isya'. Nasi tomato, agar-agar, tembikai, air bandung. Semoga Allah memberkati usaha dia. 

Bila benda-benda macam ni buat dengan kawan-kawan satu kos, barulah ukhwah tu nampak macam lebih ada makna. Siap dah bincang projek gathering semua student final year lagi. Sedih tadi, bila kawan  cakap "dah final year".  Yang minta maaf pun ada. Mata aku berair tiba-tiba. Sebak. 
"Dah nak habis, cepatnya.."
Masing-masing pun sebak. Tahu, lepas ni dah tak boleh jumpa. Semua tinggal di lain-lain negeri. Entah bila pula boleh jumpa nanti. Tapi, tak lupa juga, ada yang cakap pasal kahwin. "Kahwin jangan lupa jemput..". Ayat yang selalu disebut. Normal.

Satu perkara yang aku perasan. Api kemarahan antara satu sama lain terpadam. Aku tau dalam kalangan semua yang datang tadi, ada orang ni terasa dengan orang tu, orang tu terasa dengan orang ni. Tapi tadi, sementara tunggu waktu isya' masuk, semua ketawa macam bahagia. Masing-masing ceria sama-sama merancang untuk projek gathering nanti, macam tak ada terasa apa-apa. Ibarat bait2 yassin tu memadam semua perasaan sakit hati antara satu sama lain. Mungkin?



Moga Allah tanamkan kasih dan ikhlas dalam kalangan kami. Doakan yang terbaik untuk semua final exam nanti. InsyaAllah.

*offtopic:  Aku rindu suasana mashoor, kawan-kawan mashoor, hidup budak hostel mashoor. T_T

With loves,
Langit Biru.


23 December 2012

Felt v2.0

Already 2 days in home-super-sweet. Alhamdulillah for the chance. :)

Again, biasalah kalau dah balik rumah, ni la salah satu aktivitinya. Ber"felting". Sengaja nak try yang baru, boring jugak try template yang sama. Kali nie buat bekas, cake design. Simple, cuma ada strawberi kecil-kecil atas bekas tu, and some cream shape. 

Bekas tu actually ambil dari bekas kenduri-kenduri yang pernah pergi dulu. Then, balut dengan kain felt yang warna coklat (nampak la macam kek coklat sikit). Mak pun cakap yang ni nampak unik sikit banding dengan keychain buat sebelum ni. Adik pun cakap boleh buat jual. (Otak orang ambil kos perniagaan memang macam ni.) =="

Tadaa. Comel tak? Hee ^^.


Seriously, aku tak ada skill pun untuk benda-benda macam ni. But I keep learning all of those things from the internet. Senang, semua pun boleh buat sebenarnya. The key is just patient. Dan minat. Aku actually memang suka benda-benda merepek macam ni. Tapi memang menyesal sebab tak bawak balik Cik Dan aka the nikonian. Lastly, shoot guna compact camera rumah. Habis cerita. Adeh. =="

Yang ni simple design, so dalam setengah hari pun boleh siap. Ada yang dalam internet ak tengok lagi comel, lagi nampak macam kek betul pun ada. But, for first trial, oke la kan yang ni? Hehee

Ceritera rumah. Semalam buat tart telur. Tapi tak jadi pun. Aku, emak, eshah, timah, tijah asyik gelak tak berhenti-henti. Kami semua ambil resipi tu dari satu majalah ni. Macam-macam keluar dari mulut, "buku resipi salah la.." , "salah bancuh la.." , macam-macam lagi. Tapi yang pastinya, resipi tu dari salah sebuah hotel, so maybe masa majalah tu publish resipi dari hotel tu, aku rasa maybe la dia dah adjust sikit. Takkan dia nak resepi betul dia kan? Nanti bankrap la hotel tu. I guess la.  :D
Last-last guna bantuan Mr. Youtube. Hoho. Nanti kena buat lagi sekali. Bagi jadi jugak nanti!

Ambil mood dari rumah, final exam tak lama lagi. Mohon yang terbaik dariNya. ^^


Ikhlas dari hati,
Langit Biru

21 December 2012

Jambatan

Firstly. Masuk ni dah 3 kali tukat theme blog. Sekarang baru boleh rasa aman dengan theme ni. Simple, plus vintage. :)

Continue to the topic. Jambatan Pulau Pinang. One of the attraction in Malaysia. Dan aku berbangga itu untuk negeri aku sendiri.

Berbumbungkan Jambatan Pulau Pinang, maka di situ tereratnya kembali ukhwah kami. Tercoretnya satu kenangan. Memang aku akui, pertama kali aku duduk di bawah jambatan itu, apatah lagi berbarbeque segala. Dan aku sebenarnya tak sangka pun, yang di bawah jambatan tu boleh buat macam-macam aktivti. Ada yang memancing, mengambil angin malam dan berbagai lagi. Tetapi, aktiviti yang paling banyak di situ aktiviti membakar. Barberque.

Memandangkan dulu aku pernah join RKM (Rancangan Khidmat Masyarakat), jadi group aku sengaja mengadakan aktiviti ni, sebagai "keep in touch" untuk semua ahli. Pucuk dicita, ulam mendatang. Sesuai sangat dengan waktu, baru selesai semua test, aku ambil peluang ini untuk keluar dari usm, menghilang stress. Lagipun, dapat peluang shooting Jambatan Pulau Pinang pada waktu malam. Cantik. Lampu dengan lip lap lip lapnya.
Jambatan Pulau Pinang
Sesuai dengan angin malam ditiup pantai, melayan asap-asap arang untuk membakar ayam. Sekali dengan bunyian ombak. Bau ayam-ayam dibakar. Fuh. Terbaik. Boleh melayan perasaan kalau sorang-sorang. Ayam tu pun jadi bertambah-tambah sedap dek penangan pantai.

Akibat barberque start lambat disebabkan hujan, jadi habisnya pun agak lambat. Sampai bilik pukul 1.30 a.m. Roommate pun dah tidur time tu. =.="

Tapi, apa-pun best. Member semua berebut nak ambil gambar. Semua cakap lampu kat jalan tu menyebabkan gambar cantik, jadi dramatik dan fotogenik. Last-last, bagi kamera cakap "nah, pi amik kamera, shoot semua". Aku resign. Haha.

Stress pun terbang pergi ikut angin pantai. ^^

All around us can be a stressor or give a happiness. We decide. The key is how we thinking. Positively or negatively.
 :)

RKM Group 15

Ikhlas,
Langit Biru.