Tak pernah-pernahnya post entry ada part-part, tapi kali ni terpaksa jugak. Sebab terlalu panjang nak dijadikan satu entry. Hua3.
28 November 2014
Gara-gara terpengaruh dengan tv, memandang skating tu macam something yang cool, so aku dengan zero skill acah-acah nak cuba, kononnya ice ni ibarat meluncur di lantai tesco menggunakan selipar yang haus. Begitulah.

IOI mall city. Memang besar, dan bila masuk dalam terasa macam masuk Queensbay. Design tak banyak beza pun. Kebanyakan kedai still penuh dengan fresh flowers, sebagai tanda perasmian kedai baru. And the awesome thing, the parking is free! Haha. Tapi maybe sebab baru dibuka, so sistem pembayaran parking semua still on process. And dalam tu ada macam-macam tempat game rupanya. Selain Icescape, ada District 21. Lebih kurang macam tempat game lasak-lasak, like wall climbing, apa ntah lagi contoh yang orang tu bagi aku dah tak ingat. Memang boleh dikatakan bukan semata-mata untuk shopping.
Aku, ci, bio, dan paksu bio. Dengan excitednya nak try meluncur atas ais tu. Konon macam, "alah, senang ja!". RM28 per entrance (not including glove, socks) and no limited time. So hang boleh main sampai pengsan kat situ. Haha. Selesai bayar tiket masuk, ukur panjang kaki, ambil kasut dan gloves, and done.
Okay, start pakai kasut skate tu dah start rasa macam tak berapa selesa. Maybe ketat sangat, macam menekan bahagian atas kaki. Kasut skate kan tak ada tapak, (cuma ada besi panjang sebagai tapak) jadi jalan atas lantai pun dah macam peguin. Apatah lagi, kalau jalan atas ice. First time pijak ice tu, ya rabbi. My legs were shaking! I couldn't stand properly. Terus pegang dinding. Bio dengan ci pun. Sama-sama unstable. Gelak ngekek kuat gila dalam ice court tu. Menjerit tak payah cakap, sampai kering anak tekak dengan jerit tak habis. Asyik nak menjerit, sebab terasa nak jatuh.
Manusia pertama yang jatuh, bio! Hahaha. Konon masing-masing nak buat rekod taknak jatuh. Puihh. Pakat jatuh semua, siap banyak kali pulak tu. Okay, jatuh atas ice sangat sakit. Dan bayangkan kami semua jatuh sangat banyak kali. Especially ci, sampai lebam kedua-dua belah tangan sebab jatuh. And sekali bila jatuh, memang sangat susah nak bangun. sebab licin dan tak boleh cangkung sebab kasut skate yang keras tu buat kaki payah untuk bengkong, apatah lagi cangkung. Kami semua pusing la satu court tu macam peguin. Oh, kecuali paksu bio! Dia agak expert banding kami 3 orang yang noob ni. So, dia yang ajar and guide sampai habis main.
Rasa macam nak rakam time tu, sebab masing-masing comel ala kanak-kanak baru belajar berjalan. And bio is the cutest one. HAHAHA. Time bestnya bila time nak gelakkan orang yang jatuh. Nak bergambar pun susah, sebab pakai glove, so tak boleh sentuh screen hp. Tak detect. So gambar macam tak banyak sangat. Lagi satu, terasa tercabar bila budak umur baru 5 6 tahun skate depan kami dengan laju dan selambanya, padahal kami still terkial-kial nak meluncur. Rasa terhenaa sangat. -.-"
We keep on playing, dari pukul 6 sampai 7.30. Sampai terlupa lapar, sebab asyik main. Dah la memang tengahari tak makan. Lepas tu boleh pulak main skate dalam keadaan perut berbunyi. Tapi memang bila dan ada atas court tu, lupa habis bab lapar. Haa, satu lagi. Walaupun court tu berais, tak semestinya kita akan sejuk bila meluncur atas ais tu. Berpeluh lagi ada la. Fuh.
Selesai main, kaki rasa ringan sangat, terasa macam nak meluncur sekali bila berjalan. Rasa macam tak pakai kasut, even dah pakai sneakers pun. Selepas tu, baru kalut cari makan selepas selesai solat maghrib. Perut lapar yang amat sampai rasa nak order semua.
Watak utama: Ci, Bio dan paksu Bio.
p/s: Efek selepas main: Kaki lenguh (normal la kan, kalau dah pusing dekat sejam setengah), tangan pun lenguh, sebab tangan asyik terkapal-kapal masa main. Tapak tangan lebam sebab jatuh. dan kaki lebam sebab kasut tu dah tekan kulit. Elok la pkai stoking panjang kalau nak selamat. Dan sakit pinggan sebab jatuh atas ais.
Balik kolej terus pengsan.
Ya, memang tak puas hati sama actually. Sebab expect akan expert la skate lepas main sekali. Main dekat sejam setengah, boleh la skate sikit-sikit. Nampak gayanya kena main lagi la nanti nak bagi expert. Hua.
So. Done for wishlist. Terima kasih bio, cici dan paksu bio. (:
Selesai main, kaki rasa ringan sangat, terasa macam nak meluncur sekali bila berjalan. Rasa macam tak pakai kasut, even dah pakai sneakers pun. Selepas tu, baru kalut cari makan selepas selesai solat maghrib. Perut lapar yang amat sampai rasa nak order semua.
![]() |
| Team penguin. Lol. |
![]() |
| Sebab 1st time pakai, so kena ambil gambar! |
![]() |
| The Noobs. Geng Asyik Jatuh. (Tq paksu bio tolong ambilkan gambar.) |
p/s: Efek selepas main: Kaki lenguh (normal la kan, kalau dah pusing dekat sejam setengah), tangan pun lenguh, sebab tangan asyik terkapal-kapal masa main. Tapak tangan lebam sebab jatuh. dan kaki lebam sebab kasut tu dah tekan kulit. Elok la pkai stoking panjang kalau nak selamat. Dan sakit pinggan sebab jatuh atas ais.
Balik kolej terus pengsan.
Ya, memang tak puas hati sama actually. Sebab expect akan expert la skate lepas main sekali. Main dekat sejam setengah, boleh la skate sikit-sikit. Nampak gayanya kena main lagi la nanti nak bagi expert. Hua.
So. Done for wishlist. Terima kasih bio, cici dan paksu bio. (:

No comments:
Post a Comment