Assalamualaikum buat si Pengambil (buat kamu jika kamu ini islam)
Sesungguhnya aku tidak mengenali kamu, tidak mengetahui sama ada kamu lelaki atau wanita, islam atau selainnya. Cuma aku dengan seikhlas hati menyatakan bahawa aku halalkan setiap sen yang kamu guna dari dompetku. Aku mengandaikan bahawa itu adalah takdir Allah, menguji iman dan sabarku malah memberi pengajaran kepada diriku sendiri.
Bahkan aku memohon Allah yang Maha Kuasa memberikan hidayah kepada kamu, suatu hari nanti kamu yang akan memulangkan hak kepada yang berhak, atas kerana syariat islam sangat mementingkan hak saudara sesama saudara. Sungguhpun kamu tidak dapat menemui aku, maka sedekahkan hak ku kepada fakir miskin, tabung-tabung yang memerlukan sumbangan, niatkan atas namaku. Agar pahala juga mengalir kepadaku dan kepadamu, dan agar dosa khilaf kita di dunia diampunkan Allah.
Aku juga manusia dan hamba biasa, mudah jatuh hanya kerana ujian dunia. Maka, aku minta maaf andai hati ini tedetik fikiran yang tidak baik yang menyebabkan kurangnya iman dan sabar di dalam diri. Mungkin juga kamu mempunyai alasan kamu sendiri, dan aku memohon maaf andai terjatuh hukum yang sebaliknya kepada kamu.
Berpegang dari ayat dari kitab suciNya, " milik-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.. " (57:5). Moga apa yang baik, diredhai Allah. Aku berdoa memohon hidayah dan petunjuk dariNya setiap waktu..
Wassalam.
Si penghilang dompet.
-------------------------------------------------------------
*Beg duit hilang di padang kawad usm tu sendiri. Aku redha. Dengan sesungguhnya. :'(
No comments:
Post a Comment