28 June 2014

A Ramadhan flashback

Get a throwback.
During the sem break of my second year, i was having an internship in Pusat Penyelidikan Dadah almost in 3 months. Eventhough my home is not far away to get there, but i was choosing too stay in hostel since easy to get there early (since i also have no transportation to commute from home to workplace). It is hard life i guessed because the most of the cafe were closed, just a few were open, and it only open during the day just because it was semester break during the time. 

It was getting harder when Ramadhan was coming. With NO cafe open, and need transportation make me with no decision. At last one of my friend and i got iftar at Masjid Khalid al-Walid (masjid USM) since they served free food for iftar and welcoming for anybody to get the food. 

Everyday, after finished my work, i need to walk from Pusat Penyelidikan Dadah, back to my hostel (unfortunately there is also NO buses during Ramadhan) and then walked back to masjid for iftar, continue with maghrib, and directly with isya' and tarawikh. Only about 10.15 pm my friend and i managed to get back to hostel and usually we arrived about 10.45 or even more. 

Since most of my friends have their own cars and motorcycles, this make me felt depressed, upset because i need to walk EVERYDAY and this make me physically and mentally tired. During middle of Ramadhan, unexpected, i got a call from a friend. Having a "borak-borak kosong":

"So hang tengah praktikal dekat pusat dadah tu la?"

"Haah. Aku penat weh. "

"Kenapa?"

"Setiap hari kena jalan. Dah la jauh, dari sini kena jalan .... bla.... bla.. sampai blik lambat...bla...bla...buka puasa dkt masjid, dengan jauhnya. tarawikh lagi.. bla bla.."

And i don't know why, i spitted everything what i had keep inside and  felt during the intern. Tiredness, upset down, discourages, loneliness. Everything. Maybe because i've keep them for so long, and yet nobody ever listen about these. And the caller keep on listening. At last, he remarked:

"Jangan sedih-sedih. Hang jalan jauh tu, pergi balik masjid dapat pahala tu. Sebab hang tengah galaih pahala banyak sangat, sebab tu penat. "

All of sudden my eyes got teary and i was trying hardly just to hold the tears of overwhelm from flow, and controlling my voice (so you don't know that actually i was crying!). I didn't expected those answer was coming out and that was really comforting me. So to cover up everything, i just replied with a laugh eventhough it is actually too deep. Only with those words, i got inspired and motivated during Ramadhan, and finished the internship. 

Alhamdulillah the Ramadhan is coming back again. I always remember these reminiscence in every Ramadhan, and the caller too. May you get a blissful life, and the best for Ramadhan. I miss to get motivated again. 

Moga-moga hang bahagia. Jaga diri. It's never get same as before.

27 June 2014

The climb



I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I, I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep goin',
And I, I gotta be strong
Just keep pushing on, 'cause

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Yeah

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Yeah, yeah yeah

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep the faith baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa, whoa, oh.

Miley Cyrus - The Climb



*Suddenly ter-play balik lagu ni. Inspired much. :)

17 June 2014

Kapal terbang kertas

Setelah berhari memerap di dalam bilik bagaikan jeruk menunggu waktu untuk dimakan, akhirnya keluar juga dari bilik. Membebaskan diri dari articles yang berselerak yang juga menunggu giliran untuk dibaca. Ahhh, biaq pi kat hang la articles! Aku kena keluar bilik jugak. Kajian mengatakan bahawa untuk mengelakkan diri dari terkena osteoporosis bukan sekadar ambil kasium, tetapi kena juga berjalan sekurang-kurangnya 15 minit sehari dibawah matahari.

Berjumpa dengan prof di pagi hari, menyerahkan quotation chemical yang juga bernasib sama. (Nasib lah kau quotation, terpaksa menjadi jeruk seperti aku.) Kemudian singgah sebentar di perpustakaan, meminjam buku-buku lusuh. Walaupun hakikatnya belum tentu sempat baca kesemua buku itu. Tapi semangat nak pinjam itu sentiasa ada.

Apabila selesai segala urusan pagi hari, ada akak ajak join buka puasa bersama. Iftar jamaie. Dia siap dah daftar nama aku (sebab under program). Mula-mula dalam hati "Demm. Takleh lari. Kena! " Tapi ikut juga last-last. Sebabnya dah lama  tak keluar dari bilik.

Pada mulanya aku seperti kurang tertarik dengan iftar jamaie. "Alah, aku penah pi program macam ni." Tapi ada satu aktiviti. Semua dapat sehelai kertas. Masa tu dah macam malas dah. Ni sah nak kena tulis-tulis ni. Telahan tepat. Memang kena menulis."Tuliskan satu bicara hati buat akhawat (saudara) lain, jika anda diberi peluang untuk mengatakan sesuatu buat akhawat tersebut."

Aaahh, sudah. Benda apa yang nak ditulis?

Dan akhirnya terpetik dari kata-kata yang memang dipegang dari dulu, dan ditulis dalam kertas tu. Dituliskan nama, universiti (sebab ada macam-macam universiti) dengan no hp. Tapi aku tulis email. Haha. Tak suka orang tak kenal nak contact dekat hp. Agak kecewa juga, kenapa kena tulis details? Lebih prefer secara anonymously. Kemudian kertas tu dilipat bentuk kapal terbang. Bilamana disuruh terbangkan beramai-ramai, aku terbangkan, sejauh mungkin.

Dan akhirnya kapal terbang kertas itu terbang. 
Dengan nota-notanya.

Dan sampai kepada aku satu kapal terbang. Beserta notanya. Dengan perasaan yang membuak, terus dibuka lipatan kapal terbang kertas itu. Tanpa mengenali siapa, walaupun namanya tertulis. Amat pendek sekali bicara dia:

"Bring me together to Allah's jannah.  :)  "

Perasaan ketika membaca nota itu agak terkesima+kecewa sedikit. Sebab mengharapkan sesuatu yang boleh memberi impact pada hati walaupun ayat dia sependek mana sekali pun. Namun tulisannya agak ringkas sekali. Berbanding dengan kawan yang lain. Panjang berjela, macam surat wasiat pun ada.

Lalu terkeluar luahan pada seorang akak ni."Alaah, akak. Dapat ayat pendek je. Tak best lah."

Masa tu akak tu pun tak puas hati juga, sebab ayat yang dia dapat pun biasa walaupun panjang berjela. Selamba sahaja akak tu membalas keluhan kami sama tu: "Apa yang Allah takdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Macam kapal terbang kertas ni. Kita rasa biasa, macam tak ada makna, tapi sebenarnya Allah tahu ini yang terbaik untuk kita. "

Allah, terdiam lepas mendengar kata-kata tu. Terkenang terus ayat al-Baqarah 216.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Permainan itu tak berakhir di situ sebenarnya. Apabila daripada details yang tertulis pada kertas tu, semua disuruh contact dan berkenal-kenalan. Aku sebenarnya tertunggu-tunggu email dari manusia yang terima kapal terbang aku dan teringin nak tahu siapa.

Permainan berakhir, berbuka puasa dengan kurma dari palestin dan makan berdulang. Oh, tak sangka sangatlah besar kurma dari palestin! Dan sedap.

*****

Dan aku, masih tertanya-tanya, siapa yang dapat kapal terbang kertas itu. Dengan nota-nota yang deep bertangkap pilu. Puih. 


Kapal terbang kertas

15 June 2014

Hero

Hero.
Satu dan selamanya.

Teringat pernah sekali pergelangan abah terseliuh,
Jari abah pernah berdarah bahagian dalam kuku,
Bilamana semua atas punca demi sesuap nasi.
Aku yang melihat, merasa jerih,
Betapa sukarnya demi keluarga.

Perihal duit abah tak pernah berkira.
Demi anak.
Allah, aku sendiri pun serba salah.

Allah.
Moga Allah balas segala usaha kerasmu.
Dalam mendidik kami. Dalam memberi kami sesuap nasi.

Moga Allah memberi aku kesempatan
Demi melunas hutang-hutang jasa
Walau hakikatnya sehingga nafas terakhir pun belum mampu aku langsai.

Dalam doa, sentiasa namamu. Moga di bawah lembayung rahmatNya.
Buat abah.


Selamat Hari Abah.

13 June 2014

Antara Terpilih dan Memilih





Pilih.
Suka terpilih dalam sesuatu peluang atau terpaksa memilih untuk mendapatkan peluang?
Ok, rasanya soalan ini agak psiko. Haha.
Senang cerita, mana-mana manusia pun suka terpilih dalam peluang tertentu, berbanding terpaksa memilih untuk mendapat peluang. 

Dalam konteks kehidupan, pemilihan adalah satu proses di mana kalau kita tidak pilih, kita akan terus statik disimpang jalan atau kita akan teruskan berjalan kehadapan sama ada terpilih atau memilih.

Antara terpilih dan memilih. Apa bezanya?

Seperti contoh:
#1 Anda diberi peluang untuk sambung belajar oleh seorang pensyarah untuk menjalankan kajian tertentu (terpilih) atau anda terpaksa struggle mencari tajuk kajian sendiri, mengisi borang dan membuat permohonan untuk sambung belajar sendiri (memilih).

#2 Anda dijodohkan dengan seseorang dengan akhlak yang baik yang dah ditentukan oleh orang tengah (dipilih) atau anda memilih sendiri calon yang sesuai, dan cuba untuk menjadi terbaik dan berusaha segala cara seperti menggunakan orang tengah untuk sesi taaruf dan seterusnya (memilih).

#3 Anda adalah seorang muslim atas dasar islam keturunan, yang mana mak ayah islam, jadi anda pun islam (terpilih), ataupun anda seorang mualaf dan memilih islam setelah memahami segala konsep islam dan kebenaran dalam agama islam (memilih).

Nahh. Banyak sekali perkara yang berlaku dalam kehidupan adalah berkaitan dengan pemilihan. Cuma apa yang aku ingin tekankan sebenarnya adalah apa beza golongan "terpilih" dan "memilih".

Aku tak pernah fikirkan side ini secara detailnya, sehingga semalam. Bila Kak Amal mula keluarkan pendapat:
"akak lebih percaya golongan memilih ni dari golongan yang diberi peluang (terpilih)."
"kenapa kak?"
"kerana orang yang memilih ini lebih menghargai sesuatu..."
Time tu aku dah start stuck. Wait a second. Bukan orang yang terpilih tu lebih menghargai? Selalu kita dengar macam tu kan? Sebab dia dapat peluang.
"Maksud akak macam mana?" 
"Ye la. Cuba kalau kita diberi peluang sambung belajar, usaha kita tak akan usaha sesungguh orang yang memilih untuk sambung belajar. Orang yang pilih untuk sambung, dia akan usaha segala cara untuk pastikan projek dia diterima, sebab tu projek dia, bukan lecturer yang suggest. Kalau prof yang suggest tak payah nak fikir banyak dah." 
"Ooo. Ok, point tu kami setuju sebab kami pun rasa benda tu. Haha." 
"Kan? Macam tu jugak kalau dalam bab jodoh. Orang yang dijodohkan sebab orang tengah yang pilihkan, dia tak usaha sesungguh mana macam orang yang nak jodoh tu. Kalau dia nak orang tu, mesti dia akan usaha sungguh, dan ambil port secara serius bila bincang bab perkahwinan."
"Ok, logik2."
"Sama juga dalam bab islam. Cuba bezakan antara kita dengan mualaf. Nampak bezakan siapa lagi bersungguh dalam mendalami islam?" 
Aku kerap terfikir balik perkara ini sebab aku rasa agak lain dari perspektif biasa. Sebab aku tak pernah fikir sampai ke tahap itu impak terpilih dengan memilih ni.

Secara rawaknya, berapa banyak peluang telah menjadikan kita antara calon yang terpilih? Calon yang terpilih untuk peluang itu dan ini, rahmat itu dan ini. Dan kita biasanya akan lupa satu persatu apa yang kita dapat. Kerana manusia lebih cenderung untuk lupa bila ada, dan menghargai sesuatu bila dah tak ada. Dan selalunya manusia akan lebih menghargai sesuatu, bila dia dah rasa betapa payahnya nak dapat sesuatu.

Fikirkan kembali. Berapa banyak peluang yang kita sia-siakan? Berapa banyak rahmat yang kita lupa? Dan bandingkan berapa banyak kali dalam hidup kita, kita memilih, dan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu peluang?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(55:13)

Bersyukur, wahai golongan terpilih dan memilih!

5 June 2014

Hari yang ringkas


Aku meletakkan namamu di dalam hati,
Agar tiap kali aku berdoa kepada tuhan,
Tuhan akan memandang ke dalam hatiku,
Dengan namamu,
Doa-doa ku tertitip terus kepadamu.

*****

Untuk hari yang amat ringkas. Mencetak gambar-gambar kenang-kenangan. Cetak, dipotong dengan kemas dan ringkas, terus dilekat pada dinding. Agar mereka adalah antara inspirasi aku kehadapan. Supaya aku mampu melangkah tanpa menoleh belakang. Tanpa gusar dengan seteru.

Untuk hari yang amat ringkas. Menerima utusan doa ikhlas. Dengan juraian air mata hati tersentak. Moga tuhan terus limpahkan rahmat. Untuk aku dan kamu, dan kalian.

Untuk hari yang ringkas. Aku menunggumu. Dengan doa-doa tulusmu. Sepertimana sebelum-sebelumnya. Ternyata sepi itu sudah lama sedia di hadapan.

Untuk hari yang ringkas. Aku bersyukur atas nafas yang aku hela. Selama 23 tahun aku pinjam nyawa dariMu. Dan segala hak rahmat dariMu. Ampunkan dosaku yang tercela ya tuhan. Aku pohon apa yang perlu untuk setiap langkahku. Di sini dan sana. Mana mungkin aku mampu sekalipun berdiri tanpaMu?

Untuk hari yang ringkas. Aku mencari apa yang kurang. Tetapi aku terlupa apa yang aku ada? Ya tuhan, selit syukur dalam hati ini. Hati yang kian kalinya semakin lemah.

Untuk hari yang ringkas. Ya tuhan. Sampaikan rinduku yang tak berbelah bahagi. Kepada tempatnya.

Kepada yang sepatutnya.


25 May 2014

In love.

I just love all of them. Ya Allah, please take care of them. Shower them with happiness :')





13 May 2014

Random #7

Being upside down, especially when you are alone are most difficult part. Including to gain the spirit, to be enthusiasm in what you are doing, strive for upcoming challenges, and even being grateful or courageous for what Allah gave to you when you are really down. Those make you cry, scream silently in your heart, being isolated and powerless.

And at that moment, you are waiting for someone. Someone who inspired you, make you to be provocative, and make you smile in crying. Someone who lend his/her shoulder, touch your chin and tilt your head, wipe your tears. Someone who rub your back, said "everything going to be okay" and give a hug.

And at that moment too, you will know that your soul is actually empty.
"ask Allah for what you need to get through it."  -Nouman Ali Khan

Yes, I am the one who currently have unstable emotions. And unfortunately, it's not about hormone anymore.

19 April 2014

Mr Balloney

Agak basi sebenarnya alkisah disini. Tapi aku dah bertekad. Ya! Cerita ini harus disisipkan kerana ia adalah antara momen yang rare sekali dalam hidup. Aku terkejar dengan kelajuan masa, sampai aku terlupa. Uhuu. Ampun-ampun. Dah siap dah edit-edit gambar nak masuk dekat sini. Ada yang dah masuk flickr dah pun. :')

Ci
Yes, i'm with her that day. The most incredible experience i guess. Dengan motif  "Kami nak naik belon panas!" telah menyebabkan terpanculnya idea ini, sekaligus sempena Hot Air Ballon Fiesta 2014 di Putrajaya. Maybe orang selangor dengan kl akan kata, "Eh poyoss beno dedua orang ni". Tapi aku peduli apa? Meh ak campak hampa kat Butterworth tengok, pastu naik feri sendiri dengan rapid pi pesta penang. Tau la rasanya macamana. Haha. K. Ini contoh semata.

Disebabkan memilih pengangkutan awam, maka terpaksa bertolak awal. Bangun 5.00am untuk ke Putrajaya? Ini pun sudah cukup gila bunyinya. Alang-alang pilih cara gila, biar gila semua sekali. Acah-acah backpacker. Elok aku dengan beg galas di belakang. Start from UKM> Bandar Tasik Selatan> Putrajaya. Yes, orang cakap dekat ja. Naik kereta 15 minit boleh sampai. Tapi kami gigih. Biar merasa semua. Tercengang-cengang naik KTM, KLIA transit, bas nadiputra. Allah, gila bila aku fikir balik. Haha. But starting from here actually i think that travelling is something awesome! :')

Putrajaya, sampai dengan jayanya pukul 8.30am (kalau tak salah). So, memang dah terlepas peluang nak naik belon panas. Huu. Tapi, still ok la juga. Sebab boleh tengok dengan sendirinya belon panas tu macamana dan sebesar mana. Memang besar, dan panas.

Akhirnya kekecewaan tersebut dipulihkan dengan game-game lain yang ada di situ. Sempat main KMX bike, Cold Inflation, Giant Bubble. Mostly game agak mahal. Tak boleh cuba semua. Karang tak balik pulak. Hoho.

Cold Inflation. Tak dapat naik, kita duduk terus dalam belon panas tu!

KMX bike. Bebaringlah anda ketika mengayuh. 

Sememeh. Giant Ballon. Saja letak gambar ni, nampak hidup ceria sikit. Haha
Alang-alang sampai Putrajaya, sempat juga singgah Masjid Besi, Alamanda. Rasa macam nak letak satu album dalam blog ni (ok, ini namanya poyos jama'). Banyak lagi gambar, photoshoot dekat Masjid Besi, Tasik Putrajaya, Alamanda. Putrjaya cantik. Landskap kemas, bangunan gah dan cantik, kawasan bersih. Kalau kaya, memang nak beli rumah dekat situ. :3

Oh, lupa satu lagi. This.


and this.

"You are looking beautiful on the sky."
Aku dengan pendapat aku sendiri. Setiap benda adalah travel, walaupun dekat, selagi mana kita tak pernah jejak tempat tu dengan sendirinya. Apatah lagi dengan usaha sendiri naik pengangkutan awam. Bukan satu usaha yang senang aku kira. Meng-google, bertanya orang sana sini, tengok review blog-blog, membuat perancangan. Satu usaha yang sangat gigih, tapi berbaloi bila anda merasainya dengan sendiri. Pengalaman, terasa berharga sekali bila dah dicurahkan kepulunan tak berbelah bahagi.

alhamdulillah. We are happy, we gained experiences. We always miss you. Bye Hot Air Ballon Fiesta 2014. Till we meet again. 
:)

27 March 2014

Tanya

Berat mulut apatah lagi untuk bertanya. Penyakit yang sejak azalinya menghuni di dalam jiwa. Mulanya aku fikir penyakit ni tak membawa masalah. Sampai aku hidup di bumi UKM. Ya, di negeri yang  terkenal dengan kepadatan manusia selain Pulau Pinang.

Ini membuatkan penyakit itu terpaksa diatasi, walau dengan apa cara sekali. Malu bertanya sesat jalan. Pepatah yang amat feyyymesss dari zaman kanak-kanak. Kalau tak kenal makanya mohon anda masuk balik kelas bahasa melayu tingkatan satu. Eh, bukan. Darjah satu. 

Aku mula merasakan penyakit ini merupakan satu disease yang bahaya. Sampai ke satu tahap jika tidak dirawat, ia akan menjadi satu wabak yang tak dapat diubati. Makanya, untuk mengubati penyakit ini, aku melihat sahabat aku sendiri. Julia. (oh, mohon la dia tak tahu aku kreditkan dia disini). Kononnya untuk belajar. *sila muntah di longkak.

Kerap sekali dia bertanya. Malah keramahan dia tidak perlu disangkal. Pernah sekali kami keluar makan di simpang (lupa nama simpang tu) yang memang terkenal dengan laksa dan cendol di sekitar UKM. Tapi, mahu aku nyatakan awal-awal, bahawasanya laksa dan cendol di simpang UKM ini masih tak dapat menandingi cendol Simpang Empat dan laksa janggus Kak Timah di Balik Pulau. Disebabkan tempat terlalu penuh, maka kami tumpang sekali dengan meja yang ada orang, tapi masih ada kerusi kekosongan. Sekali bila dah dapat duduk, terus dia membuka mulut, bertanya soalan bertubi-tubi. Yang 3 orang lagi hanya menjawab (tipikal budak zaman sekarang, selagi tak kenal, selagi tu tak tegur. Layan hanset lebih). Aku yang ditepi menyampuk sekali sekala. Memang tak la aku nak cakap banyak, dengan lapar lagi. Ok. motif benar.

Cumanya aku terkesima, cara julia menegur. Selalu pakcik makcik sahaja yang rajin begitu. Mohon jangan salah faham. Aku bukan nak kata dia macam makcik, walaupun cara dia pakai tudung bawal tu memang dah macam makcik. Lol.

Seorang lagi. Akak phd maths. Akak ni lagi kuat bertanya. Dia pun student baru UKM. So, fair and square, sama-sama baru. Pernah sekali keluar dengan dia, dan kami masing-masing tak tahu jalan, kakak ni terus tanya orang situ, sekejap tanya orang sini. Kadang-kadang, aku rasa boleh cari guna sign board (walaupun tak dinafikan memang sukar sedikit) tapi kakak ni dia prefer untuk bertanya, walaupun jawapannya sama dengan orang yang ditanya sebelumnya. Belum masuk bab berkenalan. Entah berapa orang yang dia dah berkenalan gara-gara asyik bertanya. 

Jadi sejak itu aku jadi terpengaruh dengan penyakit suka bertanya ini. Semalam, aku cuba praktikan secara total memandangkan aku bergerak ke UKM secara berseorangan. Pertama kalinya sampai di KL Sentral, dan aku tak ubah seperti kijang masuk bandar (ubah, sebab KL sentral kan bandar gitu). Apatah lagi nak beli tiket komuter, nak naik komuter. Jadi buat muka seposen tanya orang di situ. Dan tadaaaa. Sampai jugak UKM. Sembang dengan salah seorang makcik dalam komuter, dia siap tanya lagi "laa, baru first time naik, tahu plak cara nak naik?". "Tanya orang makcik. *renyih macam kerang*". Haa, gitu. 

Mungkin kerana kehidupan sebagai pelajar master ini lebih kepada forever alone, makanya penyakit berat mulut ini harus disingkirkan. Yes, this is my second target, after the first target is reading books a lot. Bertanya dan ramah semampu boleh. Dan moga tidak terlebih, sampai dicap annoyed. 

Alone macamana sekali pun, jangan lupa Allah ada. :)