13 June 2014

Antara Terpilih dan Memilih





Pilih.
Suka terpilih dalam sesuatu peluang atau terpaksa memilih untuk mendapatkan peluang?
Ok, rasanya soalan ini agak psiko. Haha.
Senang cerita, mana-mana manusia pun suka terpilih dalam peluang tertentu, berbanding terpaksa memilih untuk mendapat peluang. 

Dalam konteks kehidupan, pemilihan adalah satu proses di mana kalau kita tidak pilih, kita akan terus statik disimpang jalan atau kita akan teruskan berjalan kehadapan sama ada terpilih atau memilih.

Antara terpilih dan memilih. Apa bezanya?

Seperti contoh:
#1 Anda diberi peluang untuk sambung belajar oleh seorang pensyarah untuk menjalankan kajian tertentu (terpilih) atau anda terpaksa struggle mencari tajuk kajian sendiri, mengisi borang dan membuat permohonan untuk sambung belajar sendiri (memilih).

#2 Anda dijodohkan dengan seseorang dengan akhlak yang baik yang dah ditentukan oleh orang tengah (dipilih) atau anda memilih sendiri calon yang sesuai, dan cuba untuk menjadi terbaik dan berusaha segala cara seperti menggunakan orang tengah untuk sesi taaruf dan seterusnya (memilih).

#3 Anda adalah seorang muslim atas dasar islam keturunan, yang mana mak ayah islam, jadi anda pun islam (terpilih), ataupun anda seorang mualaf dan memilih islam setelah memahami segala konsep islam dan kebenaran dalam agama islam (memilih).

Nahh. Banyak sekali perkara yang berlaku dalam kehidupan adalah berkaitan dengan pemilihan. Cuma apa yang aku ingin tekankan sebenarnya adalah apa beza golongan "terpilih" dan "memilih".

Aku tak pernah fikirkan side ini secara detailnya, sehingga semalam. Bila Kak Amal mula keluarkan pendapat:
"akak lebih percaya golongan memilih ni dari golongan yang diberi peluang (terpilih)."
"kenapa kak?"
"kerana orang yang memilih ini lebih menghargai sesuatu..."
Time tu aku dah start stuck. Wait a second. Bukan orang yang terpilih tu lebih menghargai? Selalu kita dengar macam tu kan? Sebab dia dapat peluang.
"Maksud akak macam mana?" 
"Ye la. Cuba kalau kita diberi peluang sambung belajar, usaha kita tak akan usaha sesungguh orang yang memilih untuk sambung belajar. Orang yang pilih untuk sambung, dia akan usaha segala cara untuk pastikan projek dia diterima, sebab tu projek dia, bukan lecturer yang suggest. Kalau prof yang suggest tak payah nak fikir banyak dah." 
"Ooo. Ok, point tu kami setuju sebab kami pun rasa benda tu. Haha." 
"Kan? Macam tu jugak kalau dalam bab jodoh. Orang yang dijodohkan sebab orang tengah yang pilihkan, dia tak usaha sesungguh mana macam orang yang nak jodoh tu. Kalau dia nak orang tu, mesti dia akan usaha sungguh, dan ambil port secara serius bila bincang bab perkahwinan."
"Ok, logik2."
"Sama juga dalam bab islam. Cuba bezakan antara kita dengan mualaf. Nampak bezakan siapa lagi bersungguh dalam mendalami islam?" 
Aku kerap terfikir balik perkara ini sebab aku rasa agak lain dari perspektif biasa. Sebab aku tak pernah fikir sampai ke tahap itu impak terpilih dengan memilih ni.

Secara rawaknya, berapa banyak peluang telah menjadikan kita antara calon yang terpilih? Calon yang terpilih untuk peluang itu dan ini, rahmat itu dan ini. Dan kita biasanya akan lupa satu persatu apa yang kita dapat. Kerana manusia lebih cenderung untuk lupa bila ada, dan menghargai sesuatu bila dah tak ada. Dan selalunya manusia akan lebih menghargai sesuatu, bila dia dah rasa betapa payahnya nak dapat sesuatu.

Fikirkan kembali. Berapa banyak peluang yang kita sia-siakan? Berapa banyak rahmat yang kita lupa? Dan bandingkan berapa banyak kali dalam hidup kita, kita memilih, dan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu peluang?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(55:13)

Bersyukur, wahai golongan terpilih dan memilih!

No comments:

Post a Comment