Ini membuatkan penyakit itu terpaksa diatasi, walau dengan apa cara sekali. Malu bertanya sesat jalan. Pepatah yang amat feyyymesss dari zaman kanak-kanak. Kalau tak kenal makanya mohon anda masuk balik kelas bahasa melayu tingkatan satu. Eh, bukan. Darjah satu.
Aku mula merasakan penyakit ini merupakan satu disease yang bahaya. Sampai ke satu tahap jika tidak dirawat, ia akan menjadi satu wabak yang tak dapat diubati. Makanya, untuk mengubati penyakit ini, aku melihat sahabat aku sendiri. Julia. (oh, mohon la dia tak tahu aku kreditkan dia disini). Kononnya untuk belajar. *sila muntah di longkak.
Kerap sekali dia bertanya. Malah keramahan dia tidak perlu disangkal. Pernah sekali kami keluar makan di simpang (lupa nama simpang tu) yang memang terkenal dengan laksa dan cendol di sekitar UKM. Tapi, mahu aku nyatakan awal-awal, bahawasanya laksa dan cendol di simpang UKM ini masih tak dapat menandingi cendol Simpang Empat dan laksa janggus Kak Timah di Balik Pulau. Disebabkan tempat terlalu penuh, maka kami tumpang sekali dengan meja yang ada orang, tapi masih ada kerusi kekosongan. Sekali bila dah dapat duduk, terus dia membuka mulut, bertanya soalan bertubi-tubi. Yang 3 orang lagi hanya menjawab (tipikal budak zaman sekarang, selagi tak kenal, selagi tu tak tegur. Layan hanset lebih). Aku yang ditepi menyampuk sekali sekala. Memang tak la aku nak cakap banyak, dengan lapar lagi. Ok. motif benar.
Cumanya aku terkesima, cara julia menegur. Selalu pakcik makcik sahaja yang rajin begitu. Mohon jangan salah faham. Aku bukan nak kata dia macam makcik, walaupun cara dia pakai tudung bawal tu memang dah macam makcik. Lol.
Seorang lagi. Akak phd maths. Akak ni lagi kuat bertanya. Dia pun student baru UKM. So, fair and square, sama-sama baru. Pernah sekali keluar dengan dia, dan kami masing-masing tak tahu jalan, kakak ni terus tanya orang situ, sekejap tanya orang sini. Kadang-kadang, aku rasa boleh cari guna sign board (walaupun tak dinafikan memang sukar sedikit) tapi kakak ni dia prefer untuk bertanya, walaupun jawapannya sama dengan orang yang ditanya sebelumnya. Belum masuk bab berkenalan. Entah berapa orang yang dia dah berkenalan gara-gara asyik bertanya.
Jadi sejak itu aku jadi terpengaruh dengan penyakit suka bertanya ini. Semalam, aku cuba praktikan secara total memandangkan aku bergerak ke UKM secara berseorangan. Pertama kalinya sampai di KL Sentral, dan aku tak ubah seperti kijang masuk bandar (ubah, sebab KL sentral kan bandar gitu). Apatah lagi nak beli tiket komuter, nak naik komuter. Jadi buat muka seposen tanya orang di situ. Dan tadaaaa. Sampai jugak UKM. Sembang dengan salah seorang makcik dalam komuter, dia siap tanya lagi "laa, baru first time naik, tahu plak cara nak naik?". "Tanya orang makcik. *renyih macam kerang*". Haa, gitu.
Mungkin kerana kehidupan sebagai pelajar master ini lebih kepada forever alone, makanya penyakit berat mulut ini harus disingkirkan. Yes, this is my second target, after the first target is reading books a lot. Bertanya dan ramah semampu boleh. Dan moga tidak terlebih, sampai dicap annoyed.
Alone macamana sekali pun, jangan lupa Allah ada. :)
















