6 September 2015

Random #13

Kalau masalah semalam aku ni pun hang tak mampu nak dengar sampai habis, macam mana hang nak dengar masalah aku hari ni?

I'm not looking a perfect one. I can stand, listen a whole day your problems, from day till night. But please. I'm telling just one of mine. Can you give me some time to listen it?

When too much give, but less take. Rasa pedih macam tak dihargai.

Bila hang rasa biasa dengan masalah aku. Bila hang pandang enteng semua masalah. Bila hang asyik fokus dengan cerita hang. Bila hang tak berminat langsung dengan cerita aku.

Kita dunia lain.

When you're always in your circle. I'm done. Totally done.
Last but not least. Sorry for blue-tick. 

13 July 2015

Diari Ramadan 1436

Genap 26 hari ber-ramadan di UKM. Buat kali ke keduanya aku menyambut Ramadan di UKM. Pelajar kebanyakkannya sudah pulang ke kampung masing-masing sejak awal Ramadan lalu bersempena dengan cuti sem. Walaupun UKM sepi tanpa pelajar, aku masih dengan rutin yang sama. Pergi lab di waktu pagi, dan pulang pada waktu petang. Tapi memandangkan sekarang adalah bulan puasa, aku lebih memilih untuk balik awal untuk persiapan berbuka dan terawih. 

Awal Ramadan di UKM pada mulanya agak meriah. Kebetulan pelajar degree masih dalam musim exam dan masih lagi yang tinggal di UKM. Suasana Ramadan di sini hidup. Makanan percuma di mana-mana. Masjid, Pusanika, di kolej-kolej dan lain2. Seperti tahun-tahun sebelumnya, masjid UKM akan mengadakan makan percuma untuk berbuka, dan makan secara berjemaah dengan dulang. Aku sempat juga berbuka di masjid untuk beberapa hari dengan Fiza di masjid, tapi memandangkan Fiza sibuk dengan exam dan aku sibuk dengan lab membuatkan kami hanya berbuka di masjid hanya pada hujung minggu pertama.

Terawih
Terawih juga diadakan di kolej dan dikendalikan oleh pelajar degree sehingga hari terakhir pelajar degree di kolej sebelum masing-masing pulang ke kampung sempena cuti sem. Pertama kali aku berterawih di kolej, memandangkan Ramadan lepas tiada terawih diadakan di kolej atas sebab Ramadan jatuh pada waktu cuti sem. Kebanyakan semua kawan sibuk dengan hal thesis dan exam, akhirnya aku dengan sendirinya turun ke foyer seorang diri, (sambil memandang bintang-bintang dan bulan di langit) untuk menunaikan terawih secara jemaah. Dan bila cuti sem bermula, aku hanya terawih sendirian di bilik, nak ke masjid pun seorang diri bahaya. 

Iftar/berbuka puasa
Berbuka puasa seorang diri dalam bilik memang kadang-kala mengundang sendu. Memikirkan apa yang mak masak di rumah, semua adik beradik yang sudah pulang ke rumah buat aku terasa sangat nak balik rumah. Syukur kafe UO masih buka, dan aku hanya beli nasi dengan apa-apa lauk, ataupun masakan panas lepas pulang dari lab. Tipulah tak jemu kalau setiap hari berbuka dengan nasi. Pernah sekali aku teringin nak makan kek coklat kukus, dan akhirnya aku buat sendiri di bilik dan bagi pada jiran-jiran. Sampai kawan aku hairan boleh pula buat kek dalam bilik. Nasib baik dia cakap sedap. Lol. 

Sahur
Sahurlah yang paling syahdu sekali. Sudah la makan seorang, makanan pun ringkas. Roti, air vico. Setiap hari menu yang sama. Dan disebabkan aku perlukan banyak tenaga untuk kerja-kerja di lab, aku makan juga kurma beberapa biji. Alhamdulillah, memang bagi tenaga. Kadang-kadang pernah juga bersahur hanya dengan kurma (sebab roti dan habis). Tapi kurma ada keajaiban dia sendiri, Makan 5 atau 7 biji kurma insyaAllah boleh buat tahan lapar sampai ke petang, dan aku tak cepat rasa lembik atau letih kalau sahur dengan kurma. 

Lab
Disebabkan prof dah reject overall first batch result experiment hari tu, makanya aku terpaksa ulang balik dan ditambah dengan beberapa experiment menjadikan aku lagi banyak kerja. Tuhan sahaja yang tahu bertapa penatnya setiap hari buat benda yang sama sampai rasa bosan. Pernah sekali aku sangat penat, sampai nak cakap pun tak mampu. Bila lab partner tanya "macamana result?" aku terus bagi jawapan "abang afiq, penat. Tak larat cakap ". Spontan terus bagi jawapan tu. Nusrat sampai cakap "i wondering how you do your labworks during Ramadan. You're fasting.". Memang penat, sehingga aku rasa hampir setiap hari aku akan tertidur sekejap selepas asar. Tapi alhamdulillah, masih mampu, berterawih untuk malamnya. Aku berpegang pada satu, Ramadan bulan keberkatan, dan ada berkat dia tersendiri. Yakin, and keep go on with labworks. Alhamdulillah, sempat la jugak habis batch pertama. Sedu sedan la juga nak habiskan semua. Lab juga sangat sunyi pada bulan Ramadan, Nusrat yang memang sangat-sangat jarang datang ke lab, dan Khitam juga, sibuk menghabiskan masa dengan anak perempuan dia yang baru sampai dari Iraq. Aku, Afiq dan Zainab antara manusia yang kerap ke lab. Yang lain sunyi sepi tanpa cerita.

Ramadan yang makin ke penghujung.
Moga Ramadan membawa seribu makna berserta magfirah, dan mendekatkan diri kita padaNya. Amin ya Rabb.

Tak sabar balik rumah.

Dari pusat pengajian sains kimia, ukm. 








29 June 2015

Random #12

To be honest. It's really painful, even i couldn't handle with it. The truth is just killing from inside. Never expect the memories can going further into this. It softly torn apart into pieces. Knowing that such a ridiculous, but it uncontrollable. I keep on asking, why and why. Regardless on what happening, just choosing to keep quiet for a while. It's better to keep things remain in silent.  

Takdir Allah kadang-kadang pelik, tak disangka-sangka. Tiba-tiba jadi. Tapi, kena yakin Allah nak suruh belajar sesuatu. Mungkin sebagai langkah mula praktis untuk hati lebih keras? 

Healing mode. Lets time recover all of these, with Allah's willing. Keep on striving, praying.

Pengajaran. Jangan senang percaya. 



5 June 2015

24 Tahun

Pertama dan terutamanya, 

Alhamdulillahirabbi a'lamin. Untuk nafas yang tuhan masih pinjamkan tahun yang 24. Aku kira satu nikmat besar yang Tuhan bagi, masih dalam keadaan beriman dalam agamaNya. 

Aku merasakan satu perasaan gembira yang sukar digambarkan, entah. Perasan gembira keterharuan. Hari lahir yang ke 24 yang biasa, tiada sambutan, melainkan aku yang masih sibuk dalam program UKM. Cuma ucapan dan doa yang masih aku terima, dan syukur, aku bisa berlagak biasa, ibarat 4 jun itu hari biasa. Aku terlalu sibuk, sehingga aku terlupa tarikh 4 Jun yang sudah tiba. Sedar bila mesej masuk, penuh dengan ucapan dari adik-beradik dan teman, dan aku baca satu-satu ucapan pada pukul 2 pagi, dalam Dewan Gemilang UKM dengan kerja-kerja persiapan program yang belum selesai. Duduk di sudut dewan sambil membalas satu persatu ucapan. 

Aku memandang hari lahir kali ini dengan penuh seribu satu makna, dan berfikir dengan dalamnya, betapa Allah menyusun sesuatu dengan cantik, dan kadang-kadang apabila aku berfikir balik, aku boleh mengalirkan air mata. Satu persatu, Tuhan menjadikan setiap momen penuh dengan makna yang sangat dalam. Setiap momen yang terjadi hingga ke saat 4 jun ini, Tuhan mengajar aku erti bersyukur. Dan aku akui, untuk umur yang ke 24 ini, aku sangat-sangat menghargai apa jua yang hadir di sisi, setiap perkara yang timbul membuatkan aku benar-benar belajar dalam menyakini kekuasan Tuhan. 

Sehingga aku rasa tak tegar untuk meminta yang lebih, kerana apa yang jua Tuhan telah beri, Tuhan telah memberi dengan secukupnya dan Tuhan memberi apa yang aku perlu. Mak, abah, adik-beradik yang mengambil berat, dan kawan yang sentiasa di sisi di saat tawa dan tangis, antara rahmat yang Allah hadiahkan, dan aku benar-benar bersyukur. 

Dan untuk umur ke 24 ini. Terima kasih Tuhan, Engkau telah mengajar aku erti menghargai suatu kehidupan. 

5 jun. Hari pertama untuk 24 tahun. 

12 May 2015

Random #11

"I don't know why she is very excited today."
"She is very excited and crazy too. Hahaha"
"He is teasing me! He is also crazy."
"No, she is excited and crazy sometimes, but i'm always crazy. "

Laughing and smiling. Sweet.

The end. :)

6 May 2015

Angan Dongeng

Pernah sekali, ketika hujan turun merintik, aku termenung di kaca tingkap bas. Dengan jiwa kosong melihat deraian titis-titis hujan seakan-akan berlumba untuk turun menyentuh bumi. Pokok yang memenuhi di sepanjang jalan dalam ukm membuatkan perasaan sentimental lebih mudah muncul. 

Dan tak semena-mena fikiran aku melayang ke surah al-Mulk. Entah macamana aku boleh terfikir surah al-Mulk aku tak pasti. Bukan nak kaitkan dengan ayat terjemahan mahupun isi kandungan surah al-Mulk, tapi lebih kepada angan-angan. Angan-angan aku untuk bertemu dengan manusia (atau secara literalnya teman seumur hidup) yang menghafal, dan boleh membaca surah al-Mulk dengan lancar. Bonus kalau dia mampu baca dengan merdu.

Kemudian, aku mula letakkan syarat, dalam angan-angan. Si dia harus hafal surah al-Mulk. Kenapa mesti al-Mulk? Sebab surah kegemaran, dan aku suka rentak ayat surah tu. Bila dibaca, rasa menarik. Malah, surah al-Mulk memang terkenal dengan surah yang boleh mengelakkan diri dari azab seksaan kubur. Malah antara surah yang aku gemar hafal, adalah surah al-Mulk, walaupun aku akui, tak selancar mana.

Tiba-tiba aku rasakan syarat ini tidak adil. Berat sebelah. Macam mana kalau dia memang kosong tentang surah al-Mulk? Langsung tak pernah hafal? Surah yang jarang dibaca, apatah lagi mempunyai 30 ayat. Sah la terasa sangat berat. 

Akhirnya, dengan hujan yang masih turun, aku membuat satu kata putus (masih dalam angan). Jika dia sanggup menyahut untuk menghafal 30 ayatnya, maka aku, akan menghafal 30 ayat terjemahannya. 

Adil. 

#angankosong
#akutautakkanjadi
#bolehstartgelakhahahaha



10 April 2015

Tujuh Jadi Enam

Bismillahirahmanirrahim.

Untuk pertama kalinya, seorang siti aminah yang sangat tak suka berjogging, mahupun berlari merasakan jogging itu sesuatu yg best. Hang membuatkan aku memandang bahawa jogging tu sesuatu yang best, awesome, walaupun actually memenatkan. Aku ingat lagi, hang suka lari untuk hilang stress, dan aku mula terikut-terikut sebab hang selalu sokong aku untuk jogging. Sangat pelik, sebab berapa ramai dah kawan yang ajak jogging, berlari, dan aku ignored, tapi hang dah ubah segala perspektif aku. 

Untuk pertemuan kita kali pertama, lepas aku dan cici hanya bermensi dengan hang di Twitter, akhirnya Gunung Jerai menjadi pilihan kita bersua secara realiti. Dan pertama kali juga, aku dan cici tak pernah hiking gunung, memilih untuk ikut hang, dan jat. Walaupun masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa aku dan cici sangat nervous nak naik gunung sekali, dengan stamina ala-ala ayam. But you have convinced us, that we can make it. Dengan support hang. Terngiang-ngiang bila hang jerit "sikit lagi, sikit lagi" bila aku dan cici mula bebel penat. Dengan kitkat hang, ayaq kelapa, we really made our time together. Ingat lagi bila kita gelak ketawa di sungai kaki gunung jerai? Antara moment happpy kita di gunung jerai. Even, dah habis hiking pun hang still motivate aku dan cici.

Gathering di jambatan Putrajaya. Dua minggu sebelum hang pergi untuk selamanya. Sebenarnya kehadiran hang pelengkap. Kalau hang tak datang, mungkin tak wujud bulatan bahagia. Maybe sarah dekat sebalah sana, jat sebelah sini, then aku, cici dan mao gelakkan bio bila bio acah-acah nak ambil gambar macam dia tengah makan hot air ballon. bila hang datang, kita semua duduk bersembang, keluar segala macam topik as how we used to talk each other in twitter, but on that day, we are in reality version. 

Di saat hang pergi sekali pun, hang yang menjadi kawan pertama yang aku sedekahkan seusai yassin masa hang sendiri bertarung dengan payahnya untuk terus bertahan. Malah hang kawan pertama yang aku tunaikan solat jenazah, melihat hang kali terakhir sebelum dikapankan. Hang membuatkan kita semua kembali bertemu, seperti mana pertemuan kita di jambatan Putrajaya. Tapi emosinya kali ni berbeza. Berapa air mata terus mengalir, melihat keadaan hang yang paling menyayatkan hati, senyuman hang yang selalu terukir tiba-tiba hilang, hang yang sepatutnya lincah menjadi kaku di atas katil. ALLAH, betapa hang sebenarnya telah meruntunkan berapa banyak jiwa. 

Hang seolahnya macam dah tahu hang akan pergi untuk selamanya, dan hang seolah macam dah tahu betapa banyak hati-hati yang akan sedih kecewa dengan pemergian hang, maka hang letakkan pelbagai kata semangat di twitter, ibarat seperti pesanan terakhir buat kami. Sungguh, sebenarnya aku baca segala ayat yang hang letak dalam twitter masa tu, tapi sekali pun aku tak favourite, apatah lagi retweet. Dan sekarang aku lah manusia yang kembali membelek segala ayat hang, dengan penuh penyesalan. 

Allah lebih menyayangi hang. Dan kami redha. Kami tak pernah lupa. Dan insyaAllah al-fatihah tidak berputus dari kami yang masih bernafas, dan berjuang dalam kehidupan yang belum tentu pengakhirannya. Selagi mana jasad dan nyawa masih bersatu. Moga tenang rohmu di sana. Kita akan jumpa nanti di syurga, dengan izin Tuhan. 

Betapa aku, dan kami merindui kehadiran hang.
Moga dicucuri rahmatNya, Khairol Azahar Ramli. Al-fatihah. 
Ikhlas. 

24 March 2015. Tujuh menjadi Enam. 

Kafeteria Ungku Omar, 7.15 malam, 10 April 2015.

20 March 2015

Mawar merah Putrajaya.

"Setiap kali pintu diketuk, aku berharap dua orang manusia yang sama muncul. Dalam keadaan yang sama. "
Hampir 3 minggu. Dan aku baru mula menulis kembali. Lama. Sepatutnya ceritera yang penuh kenangan dan emosi sebegini ditulis secepat mungkin. Selagi emosi masih ada. Tapi atas kesibukan menulis manuskrip kolokium dan lab, disamping dengan masalah baru yang muncul setiap hari, akhirnya ceritera terpaksa ditangguh. Sepatutnya terdiri dari 3 bahagian cerita, dan aku cuma memilih satu bahagian. 2 bahagian aku pilih untuk simpan, atas faktor tertentu. 

Lebih untuk apresiasi. Akhirnya hari ini, dengan sedikit sisa-sisa masa yang ada.  :)

*****
7 Mac 2014

Sebelum tidur, aku sempat lagi berkira-kira untuk bangun awal esoknya, untuk menyiapkan sampel terakhir pada minggu ini, walaupun esok adalah hari Sabtu. Aku dengan gigih merancang supaya aku tidak terlalu lama di lab untuk esoknya. Sebelum tidur sesekali sempat membelek timeline twitter, namun tiada sebarang yang pelik atau meragukan. 

Pukul 5 pagi. Pintu tiba-tiba diketuk. Dalam keadaan mamun, aku beranggapan mungkin Fiza nak minta tolong sesuatu.  

"Alah, esok pagi jumpa tanya dia kenapa datang pagi-pagi semalam."

Aku memilih untuk mengabaikan tetamu yang datang. Namun ketukan pintu tidak berhenti. Siap dengan nama dipanggil. Akhirnya, 

"Kejap, kejap."

Aku terus bangun dari katil. Lampu meja belajar ditekan dan cermin mata dicapai. Dalam hati sambil mengetus, "kenapalah Fizah ni datang pagi-pagi macamni. " 

Pintu dikuak. Ya tuhan. Terpacak dua manusia. Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru peluk mereka. Dengan keterharuan. Ya Allah, segigih ini mereka. Dari Pulau Pinang terus ke Bangi. 

"Nah weh, kami bawak bunga ros untuk hang."

Bunga ros merah 19 kuntum dihulur. Allahurabi. Aku terharu dan terus terharu. 

*****
Pascaskrip. 

Keterharuan. Sampai terasa, ini mimpi atau memang realiti? Sekali pun aku tak pernah fikir sejauh ini. Dalam keadaan hati yang keciwa ditambah dengan pelbagai masalah yang tanpa henti, tiba-tiba muncul kawan yang benar-benar kita harapkan ada disisi dan memberi sokongan. Aku rasa, Allah, aturanMu cukup indah dan Engkau benar-benar memberi apa yang aku perlu. 

Sehingga banyak kali aku terfikir, ya Tuhan, jika mereka mengalami masalah seperti aku, sejauh mana aku mampu untuk berkorban untuk berikan kembali semangat yang hilang? 

Seumur hidup tak pernah diberikan bunga ros merah sejambak sebegitu. Terlalu manis, sehingga aku sendiri tak mampu tampung. 

Sekali pun bunga mawar layu kekeringan, wallahi aku takkan lupa saat-saat manis ketika mawar itu mekar. Bagaimana saat pertama bunga mawar itu aku pegang. Dengan penuh kesyukuran, sesungguhnya aku memang mempunyai sesuatu yang berharga disisi. Iaitu kawan ketika susah dan senang. Yang sememangnya tak akan aku temui di mana-mana walau sejauh mana aku mencari.

Ya Allah, Andai suatu hari nanti mereka ditimpa sesuatu, jadikanlah aku orang yang pertama berlari ke hadapan untuk menghulurkan apa yang aku mampu. Kerna aku berhutang, berhutang kasih sayang dan aku kira sampai bila-bila pun belum tentu aku mampu lunaskan. 

Satu coretan, untuk pengertian, bahawa lillahi, betapa aku sangat sayang dan hargai setiap kenagan kita bersama. 

Nazirah Abd Rahim
Sarah Hazwani Adnan

Dan terima kasih untuk momen bahagia di Putrajaya:

Aizat Idris 
Azrul Syahmi
Mohd Maulidin Hisyam
Khairol Azahar

Dan untuk yang mendoakan, memberikan kata semangat tanpa putus, hanya Allah mampu balas, dan moga sentiasa dalam rahmatNya. 
Keluarga yang tersayang,
Sepupu yang memahami,
Lab partner yang sentiasa memberi nasihat,
Kawan-kawan sekolah dan coursemate

Allah, aku benar-benar dalam rahmatMu!

Dalam kenangan.
12 am, Putrajaya.

6 March 2015

Titisan wudhu selepas dinihari.

Kelihatan En Ihsan dari sinki makmal ALIR. Muka dan tangannya kebasahan, kaki seluar dan lengan bajunya berlipat. Aku terus meluru masuk ke makmal, memandangkan pintu makmal ALIR berkaca gelap. Sukar dilihat dari luar. 

"Damm. Hang masuk salah waktu!"

Aku monolog dalam hati. Sumpah aku tak perasan En Ihsan baru selesai berwudhu, dan mana aku sangka pada pukul 11.30 begini ada orang masih hendak berwudhu. Sudah subuh, belum zohor. Jadi tak mungkin ada orang nak berwudhu, apatah lagi dalam makmal yang serba besar dengan sinki yang kecil untuk membasuh alatan makmal. 

"En Ihsan, nak pinjam glassware boleh?"
"Glassware apa tu?"
"Em, round bottom flask, yang ada tiga lubang. Ada tak?"

Aku terus terjah dengan hajat aku. Tanpa fikir panjang. Tanpa fikir kenapa dia dalam masih kebasahan dan berwudhu pada waktu begitu. 

"Ohh, yang tu kita tak ada. Kita cuma ada yang satu lubang sahaja. "
"Rotary shaker ada tak kat sini?"
"Ohh, yang tu dah lama tu. Memang tak ada. Cuba awak cari dekat bla bla bla..."

Dia menjawab segala pertanyaan. Dengan penuh sopan dan senyum. "Such a really nice person." Nusrat dari dulu memuji-muji. Aku tak nafikan, memang dia sangat baik dan sentiasa memudahkan urusan. Tapi sungguh, jauh disudut hati aku, aku tak pernah terfikir yang dia sejauh ini. Mengambil wudhu pada waktu begini biasanya cuma satu tujuan, iaitu untuk solat dhuha. Dan mungkin aku sendiri terlalu menilai, hanya melalui riak wajahnya, "alahh, dia ni biasa ja ni".

Susah sekali hendak jumpa manusia yang masih berdhuha, apatah lagi staff. Kali terakhir terjumpa orang yang menjaga dhuha adalah supervisor semasa praktikal dahulu. Seorang prof madya. Dan kali ini aku terjumpa untuk sekali lagi. Dan itu sebenarnya cukup mengagumkan, kerana aku sendiri berjuang dengan payahnya untuk menjaga dhuha. Dan aku amat faham bagaimana sukarnya dengan waktu kerja, dan hendak menunaikan dhuha sekali.

Walaupun hanya sunat. Berkat dhuha itu ada rahsianya tersendiri. Bukan sekadar solat untuk dimurahkan rezeki, malahan ketenangan. Masa yang dahulunya terasa singkat, akan terasa lebih lama. Itu adalah keberkatan dhuha, dan aku sendiri pernah merasainya. Mencuba apabila secara tak sengaja aku tertonton satu video tazkirah, dalam bahasa indonesia, tentang kebaikan dhuha. Sangat telus, mudah difahami. Kemudian diikuti dengan satu artikel (aku sendiri lupa dari page mana), tentang dhuha. Dan kemudian jari terus tekan ke bahagian komen. Banyak yang berkomen tentang kebaikan dhuha, sehingga ada yang menceritakan pengalaman hidupnya berkaitan dhuha. Sangat mengagumkan.

Moga tuhan permudahkan. Dalam usaha kembali istiqamah menjaga dhuha.

Pada waktu tengahari, pada hari yang sama, tiba-tiba Nusrat nak ikut makan tengahari sekali. Sekaligus dia belanja makan tengahari. Sungguhlah, rezeki itu sesuatu yang tidak disangka-sangka. 

Senyum. Untuk makanan percuma. :)

3 March 2015

Coretan Kosong.

Sedikit coretan, buat yang bimbang, atau sekadar ingin tahu. 

Ya Allah, berikanlah kelembutan hati,
agar aku teleku, tunduk dan tersembam,
di telapak redha-Mu.

Antara ayat yang aku petik dari buku yang aku baca, Di Mana Dia Di Hatiku tulisan Ust. Pharol dan aku tuliskan di twitter dalam 4 5 hari sebelum aku membuat keputusan untuk ditutup buat sementara (atau mungkin untuk tempoh yang lama). Sengaja aku tulis ayat demikian, kerana kebelakangan ini hati terasa makin kosong dan ketenangan makin menghilang kian hari demi hari. Aku ketawa setiap hari, namun belum cukup menghilangkan hati yang gundah. Aku solat, tapi solat aku tidak membawa ketenangan bersama. Al-Quran dibaca setiap hari, tetapi roh al-Quran itu sendiri tidak meresap di jiwa. Kerisauan sentiasa bergelodak di jiwa. 

Entah bagaimana, aku terasa doa aku benar-benar terkabul, malah terkabul dengan begitu cepat sekali tanpa aku duga. Terduduk dan tunduk, sehingga air mata terlerai dengan sendirinya. Daun kering yang berguguran ketika berjalan pulang dari fakulti, dengan angin yang bertiup begitu kuat sekali seakan-akan mengikut irama hati. Kosong dan sepi, namun berkacauan. Semangat seakan-akan ikut pergi dengan tiupan angin. Tak disangka soalan yang ajukan sendiri menjadi detik untuk segala kebodohan ini. Research is not something easy, believe me. And those systems, terms and conditions for master student to graduate were really suck. Research should be something that you can do freely, not restricted by those due dates and timeline. Aku membincangkan isu ini dengan Nusrat secara panjang lebar. This was really painful than i thought. Membuat semester tambahan, menjadikan master sehingga 2 tahun setengah bukan benda yang cool. I need to consider about contract with jpa, scholarship with mara, and then all the payment that i need to pay for extra semester. This is not cool. Really not. Yuran pengajian bukan seringgit, tapi seribu.

Aku tak sedar sebenarnya kelalaian menghampiri pintu kecelakaan. Bukan secara tidak sengaja, tetapi kelalaian aku sendiri sejak dari langkah pertama perjuangan meneruskan pengajian itu sendiri. Terlalu leka, masa silih berganti, sehingga tidak sedar terlepas perkara-perkara penting. Perkara-perkara, yang bermaksud bukan satu, tapi banyak yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Sekalipun air mata mengalir seharian, mahupun hingga seminggu, masa yang lalu tak akan kembali. 

Tak. Aku tidak memilih untuk menyalahkan fakulti, mahupun pusat pengajian, mahupun orang yang berkaitan untuk isu berbangkit ini. Semua salah aku. Ya, aku sendiri memilih untuk leka, dan aku harus membayar untuk setiap kelekaan. Bidang penyelidikan bukan perkara yang boleh dijangka, dan kadang-kadang bergantung pada tuah. Mungkin tuah aku masih belum tiba, menyebabkan aku sentiasa tersangkut untuk banyak perkara. Mungkin juga ini sebenarnya ketentuan terbaik dalam mendekatkan diri pada tuhan, dengan penuh kerendahan diri bahawa diri ini lemah, dan apa-apa pun kembali padaNya. Seperti Nusrat pesankan, "zikr, it makes you calm and release tenses. My husband always told me that.". Ya tuhan, aku sebak ketika itu yang diucapkan Nusrat, dengan jerihnya aku menghalang air mata dari turun, sampai mata kemerahan, muka aku kepanasan. Nusrat, she helps me a lot. She keep on advising, giving support, and push me to eat. Walaupun aku sendiri memang dah tak mampu untuk telan apa-apa pun. 

Perkara yang paling melemahkan, mak. Bagaimana nak diceritakan kesemuaanya, pada orang yang sedang berharap penuh pada diri aku sendiri? Allah. Lagi aku tidak terdaya. 

Moga langkah terakhir yang dipilih ini merupakan langkah yang tepat, berserta tuah beriringan. Sebagai langkah terakhir untuk menyelamatkan semua keadaan. Doakan, bahawa seorang Siti Aminah ini mampu untuk menghabiskan master beliau dalam 2 semester terakhir ini, tanpa sebarang semester tambahan. Sebarang kata-kata semangat amat dialu-alukan, dan akan aku baca, dengan harap itu merupakan doa-doa ikhlas dari teman. 

Maaf untuk pertanyaan yang tak berbalas. Dan terima kasih yang penuh tulus kerana masih mengambil berat seorang kawan, yang mempunyai masalah mengawal emosinya. Sungguh kalau semuanya ada sini, akulah manusia yang berlari dengan lajunya, berteriakan, menangis dan berpelukan. Betapa tuhan tahu aku sangat perlukan semua di sisi. Striving and struggling alone is the most painful. Aku yang lemah memohon titipan doa. Doakan yang terbaik. 

Aku cuma ingin duduk di ruangan solat umum di Masjid Putrajaya, terus memandang Tasik Putrajaya yang luas, seakan-akan lautan yang tiada penghujung. Cantik.