Kelihatan En Ihsan dari sinki makmal ALIR. Muka dan tangannya kebasahan, kaki seluar dan lengan bajunya berlipat. Aku terus meluru masuk ke makmal, memandangkan pintu makmal ALIR berkaca gelap. Sukar dilihat dari luar.
"Damm. Hang masuk salah waktu!"
Aku monolog dalam hati. Sumpah aku tak perasan En Ihsan baru selesai berwudhu, dan mana aku sangka pada pukul 11.30 begini ada orang masih hendak berwudhu. Sudah subuh, belum zohor. Jadi tak mungkin ada orang nak berwudhu, apatah lagi dalam makmal yang serba besar dengan sinki yang kecil untuk membasuh alatan makmal.
"En Ihsan, nak pinjam glassware boleh?"
"Glassware apa tu?"
"Em, round bottom flask, yang ada tiga lubang. Ada tak?"
Aku terus terjah dengan hajat aku. Tanpa fikir panjang. Tanpa fikir kenapa dia dalam masih kebasahan dan berwudhu pada waktu begitu.
"Ohh, yang tu kita tak ada. Kita cuma ada yang satu lubang sahaja. "
"Rotary shaker ada tak kat sini?"
"Ohh, yang tu dah lama tu. Memang tak ada. Cuba awak cari dekat bla bla bla..."
Dia menjawab segala pertanyaan. Dengan penuh sopan dan senyum. "Such a really nice person." Nusrat dari dulu memuji-muji. Aku tak nafikan, memang dia sangat baik dan sentiasa memudahkan urusan. Tapi sungguh, jauh disudut hati aku, aku tak pernah terfikir yang dia sejauh ini. Mengambil wudhu pada waktu begini biasanya cuma satu tujuan, iaitu untuk solat dhuha. Dan mungkin aku sendiri terlalu menilai, hanya melalui riak wajahnya, "alahh, dia ni biasa ja ni".
Susah sekali hendak jumpa manusia yang masih berdhuha, apatah lagi staff. Kali terakhir terjumpa orang yang menjaga dhuha adalah supervisor semasa praktikal dahulu. Seorang prof madya. Dan kali ini aku terjumpa untuk sekali lagi. Dan itu sebenarnya cukup mengagumkan, kerana aku sendiri berjuang dengan payahnya untuk menjaga dhuha. Dan aku amat faham bagaimana sukarnya dengan waktu kerja, dan hendak menunaikan dhuha sekali.
Walaupun hanya sunat. Berkat dhuha itu ada rahsianya tersendiri. Bukan sekadar solat untuk dimurahkan rezeki, malahan ketenangan. Masa yang dahulunya terasa singkat, akan terasa lebih lama. Itu adalah keberkatan dhuha, dan aku sendiri pernah merasainya. Mencuba apabila secara tak sengaja aku tertonton satu video tazkirah, dalam bahasa indonesia, tentang kebaikan dhuha. Sangat telus, mudah difahami. Kemudian diikuti dengan satu artikel (aku sendiri lupa dari page mana), tentang dhuha. Dan kemudian jari terus tekan ke bahagian komen. Banyak yang berkomen tentang kebaikan dhuha, sehingga ada yang menceritakan pengalaman hidupnya berkaitan dhuha. Sangat mengagumkan.
Moga tuhan permudahkan. Dalam usaha kembali istiqamah menjaga dhuha.
Pada waktu tengahari, pada hari yang sama, tiba-tiba Nusrat nak ikut makan tengahari sekali. Sekaligus dia belanja makan tengahari. Sungguhlah, rezeki itu sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Senyum. Untuk makanan percuma. :)
No comments:
Post a Comment