13 July 2015

Diari Ramadan 1436

Genap 26 hari ber-ramadan di UKM. Buat kali ke keduanya aku menyambut Ramadan di UKM. Pelajar kebanyakkannya sudah pulang ke kampung masing-masing sejak awal Ramadan lalu bersempena dengan cuti sem. Walaupun UKM sepi tanpa pelajar, aku masih dengan rutin yang sama. Pergi lab di waktu pagi, dan pulang pada waktu petang. Tapi memandangkan sekarang adalah bulan puasa, aku lebih memilih untuk balik awal untuk persiapan berbuka dan terawih. 

Awal Ramadan di UKM pada mulanya agak meriah. Kebetulan pelajar degree masih dalam musim exam dan masih lagi yang tinggal di UKM. Suasana Ramadan di sini hidup. Makanan percuma di mana-mana. Masjid, Pusanika, di kolej-kolej dan lain2. Seperti tahun-tahun sebelumnya, masjid UKM akan mengadakan makan percuma untuk berbuka, dan makan secara berjemaah dengan dulang. Aku sempat juga berbuka di masjid untuk beberapa hari dengan Fiza di masjid, tapi memandangkan Fiza sibuk dengan exam dan aku sibuk dengan lab membuatkan kami hanya berbuka di masjid hanya pada hujung minggu pertama.

Terawih
Terawih juga diadakan di kolej dan dikendalikan oleh pelajar degree sehingga hari terakhir pelajar degree di kolej sebelum masing-masing pulang ke kampung sempena cuti sem. Pertama kali aku berterawih di kolej, memandangkan Ramadan lepas tiada terawih diadakan di kolej atas sebab Ramadan jatuh pada waktu cuti sem. Kebanyakan semua kawan sibuk dengan hal thesis dan exam, akhirnya aku dengan sendirinya turun ke foyer seorang diri, (sambil memandang bintang-bintang dan bulan di langit) untuk menunaikan terawih secara jemaah. Dan bila cuti sem bermula, aku hanya terawih sendirian di bilik, nak ke masjid pun seorang diri bahaya. 

Iftar/berbuka puasa
Berbuka puasa seorang diri dalam bilik memang kadang-kala mengundang sendu. Memikirkan apa yang mak masak di rumah, semua adik beradik yang sudah pulang ke rumah buat aku terasa sangat nak balik rumah. Syukur kafe UO masih buka, dan aku hanya beli nasi dengan apa-apa lauk, ataupun masakan panas lepas pulang dari lab. Tipulah tak jemu kalau setiap hari berbuka dengan nasi. Pernah sekali aku teringin nak makan kek coklat kukus, dan akhirnya aku buat sendiri di bilik dan bagi pada jiran-jiran. Sampai kawan aku hairan boleh pula buat kek dalam bilik. Nasib baik dia cakap sedap. Lol. 

Sahur
Sahurlah yang paling syahdu sekali. Sudah la makan seorang, makanan pun ringkas. Roti, air vico. Setiap hari menu yang sama. Dan disebabkan aku perlukan banyak tenaga untuk kerja-kerja di lab, aku makan juga kurma beberapa biji. Alhamdulillah, memang bagi tenaga. Kadang-kadang pernah juga bersahur hanya dengan kurma (sebab roti dan habis). Tapi kurma ada keajaiban dia sendiri, Makan 5 atau 7 biji kurma insyaAllah boleh buat tahan lapar sampai ke petang, dan aku tak cepat rasa lembik atau letih kalau sahur dengan kurma. 

Lab
Disebabkan prof dah reject overall first batch result experiment hari tu, makanya aku terpaksa ulang balik dan ditambah dengan beberapa experiment menjadikan aku lagi banyak kerja. Tuhan sahaja yang tahu bertapa penatnya setiap hari buat benda yang sama sampai rasa bosan. Pernah sekali aku sangat penat, sampai nak cakap pun tak mampu. Bila lab partner tanya "macamana result?" aku terus bagi jawapan "abang afiq, penat. Tak larat cakap ". Spontan terus bagi jawapan tu. Nusrat sampai cakap "i wondering how you do your labworks during Ramadan. You're fasting.". Memang penat, sehingga aku rasa hampir setiap hari aku akan tertidur sekejap selepas asar. Tapi alhamdulillah, masih mampu, berterawih untuk malamnya. Aku berpegang pada satu, Ramadan bulan keberkatan, dan ada berkat dia tersendiri. Yakin, and keep go on with labworks. Alhamdulillah, sempat la jugak habis batch pertama. Sedu sedan la juga nak habiskan semua. Lab juga sangat sunyi pada bulan Ramadan, Nusrat yang memang sangat-sangat jarang datang ke lab, dan Khitam juga, sibuk menghabiskan masa dengan anak perempuan dia yang baru sampai dari Iraq. Aku, Afiq dan Zainab antara manusia yang kerap ke lab. Yang lain sunyi sepi tanpa cerita.

Ramadan yang makin ke penghujung.
Moga Ramadan membawa seribu makna berserta magfirah, dan mendekatkan diri kita padaNya. Amin ya Rabb.

Tak sabar balik rumah.

Dari pusat pengajian sains kimia, ukm. 








No comments:

Post a Comment