Bismillahirahmanirrahim.
Untuk pertama kalinya, seorang siti aminah yang sangat tak suka berjogging, mahupun berlari merasakan jogging itu sesuatu yg best. Hang membuatkan aku memandang bahawa jogging tu sesuatu yang best, awesome, walaupun actually memenatkan. Aku ingat lagi, hang suka lari untuk hilang stress, dan aku mula terikut-terikut sebab hang selalu sokong aku untuk jogging. Sangat pelik, sebab berapa ramai dah kawan yang ajak jogging, berlari, dan aku ignored, tapi hang dah ubah segala perspektif aku.
Untuk pertemuan kita kali pertama, lepas aku dan cici hanya bermensi dengan hang di Twitter, akhirnya Gunung Jerai menjadi pilihan kita bersua secara realiti. Dan pertama kali juga, aku dan cici tak pernah hiking gunung, memilih untuk ikut hang, dan jat. Walaupun masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa aku dan cici sangat nervous nak naik gunung sekali, dengan stamina ala-ala ayam. But you have convinced us, that we can make it. Dengan support hang. Terngiang-ngiang bila hang jerit "sikit lagi, sikit lagi" bila aku dan cici mula bebel penat. Dengan kitkat hang, ayaq kelapa, we really made our time together. Ingat lagi bila kita gelak ketawa di sungai kaki gunung jerai? Antara moment happpy kita di gunung jerai. Even, dah habis hiking pun hang still motivate aku dan cici.
Gathering di jambatan Putrajaya. Dua minggu sebelum hang pergi untuk selamanya. Sebenarnya kehadiran hang pelengkap. Kalau hang tak datang, mungkin tak wujud bulatan bahagia. Maybe sarah dekat sebalah sana, jat sebelah sini, then aku, cici dan mao gelakkan bio bila bio acah-acah nak ambil gambar macam dia tengah makan hot air ballon. bila hang datang, kita semua duduk bersembang, keluar segala macam topik as how we used to talk each other in twitter, but on that day, we are in reality version.
Di saat hang pergi sekali pun, hang yang menjadi kawan pertama yang aku sedekahkan seusai yassin masa hang sendiri bertarung dengan payahnya untuk terus bertahan. Malah hang kawan pertama yang aku tunaikan solat jenazah, melihat hang kali terakhir sebelum dikapankan. Hang membuatkan kita semua kembali bertemu, seperti mana pertemuan kita di jambatan Putrajaya. Tapi emosinya kali ni berbeza. Berapa air mata terus mengalir, melihat keadaan hang yang paling menyayatkan hati, senyuman hang yang selalu terukir tiba-tiba hilang, hang yang sepatutnya lincah menjadi kaku di atas katil. ALLAH, betapa hang sebenarnya telah meruntunkan berapa banyak jiwa.
Hang seolahnya macam dah tahu hang akan pergi untuk selamanya, dan hang seolah macam dah tahu betapa banyak hati-hati yang akan sedih kecewa dengan pemergian hang, maka hang letakkan pelbagai kata semangat di twitter, ibarat seperti pesanan terakhir buat kami. Sungguh, sebenarnya aku baca segala ayat yang hang letak dalam twitter masa tu, tapi sekali pun aku tak favourite, apatah lagi retweet. Dan sekarang aku lah manusia yang kembali membelek segala ayat hang, dengan penuh penyesalan.
Allah lebih menyayangi hang. Dan kami redha. Kami tak pernah lupa. Dan insyaAllah al-fatihah tidak berputus dari kami yang masih bernafas, dan berjuang dalam kehidupan yang belum tentu pengakhirannya. Selagi mana jasad dan nyawa masih bersatu. Moga tenang rohmu di sana. Kita akan jumpa nanti di syurga, dengan izin Tuhan.
Betapa aku, dan kami merindui kehadiran hang.
Moga dicucuri rahmatNya, Khairol Azahar Ramli. Al-fatihah.
Ikhlas.
24 March 2015. Tujuh menjadi Enam.
Kafeteria Ungku Omar, 7.15 malam, 10 April 2015.

.jpg)




