10 April 2015

Tujuh Jadi Enam

Bismillahirahmanirrahim.

Untuk pertama kalinya, seorang siti aminah yang sangat tak suka berjogging, mahupun berlari merasakan jogging itu sesuatu yg best. Hang membuatkan aku memandang bahawa jogging tu sesuatu yang best, awesome, walaupun actually memenatkan. Aku ingat lagi, hang suka lari untuk hilang stress, dan aku mula terikut-terikut sebab hang selalu sokong aku untuk jogging. Sangat pelik, sebab berapa ramai dah kawan yang ajak jogging, berlari, dan aku ignored, tapi hang dah ubah segala perspektif aku. 

Untuk pertemuan kita kali pertama, lepas aku dan cici hanya bermensi dengan hang di Twitter, akhirnya Gunung Jerai menjadi pilihan kita bersua secara realiti. Dan pertama kali juga, aku dan cici tak pernah hiking gunung, memilih untuk ikut hang, dan jat. Walaupun masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa aku dan cici sangat nervous nak naik gunung sekali, dengan stamina ala-ala ayam. But you have convinced us, that we can make it. Dengan support hang. Terngiang-ngiang bila hang jerit "sikit lagi, sikit lagi" bila aku dan cici mula bebel penat. Dengan kitkat hang, ayaq kelapa, we really made our time together. Ingat lagi bila kita gelak ketawa di sungai kaki gunung jerai? Antara moment happpy kita di gunung jerai. Even, dah habis hiking pun hang still motivate aku dan cici.

Gathering di jambatan Putrajaya. Dua minggu sebelum hang pergi untuk selamanya. Sebenarnya kehadiran hang pelengkap. Kalau hang tak datang, mungkin tak wujud bulatan bahagia. Maybe sarah dekat sebalah sana, jat sebelah sini, then aku, cici dan mao gelakkan bio bila bio acah-acah nak ambil gambar macam dia tengah makan hot air ballon. bila hang datang, kita semua duduk bersembang, keluar segala macam topik as how we used to talk each other in twitter, but on that day, we are in reality version. 

Di saat hang pergi sekali pun, hang yang menjadi kawan pertama yang aku sedekahkan seusai yassin masa hang sendiri bertarung dengan payahnya untuk terus bertahan. Malah hang kawan pertama yang aku tunaikan solat jenazah, melihat hang kali terakhir sebelum dikapankan. Hang membuatkan kita semua kembali bertemu, seperti mana pertemuan kita di jambatan Putrajaya. Tapi emosinya kali ni berbeza. Berapa air mata terus mengalir, melihat keadaan hang yang paling menyayatkan hati, senyuman hang yang selalu terukir tiba-tiba hilang, hang yang sepatutnya lincah menjadi kaku di atas katil. ALLAH, betapa hang sebenarnya telah meruntunkan berapa banyak jiwa. 

Hang seolahnya macam dah tahu hang akan pergi untuk selamanya, dan hang seolah macam dah tahu betapa banyak hati-hati yang akan sedih kecewa dengan pemergian hang, maka hang letakkan pelbagai kata semangat di twitter, ibarat seperti pesanan terakhir buat kami. Sungguh, sebenarnya aku baca segala ayat yang hang letak dalam twitter masa tu, tapi sekali pun aku tak favourite, apatah lagi retweet. Dan sekarang aku lah manusia yang kembali membelek segala ayat hang, dengan penuh penyesalan. 

Allah lebih menyayangi hang. Dan kami redha. Kami tak pernah lupa. Dan insyaAllah al-fatihah tidak berputus dari kami yang masih bernafas, dan berjuang dalam kehidupan yang belum tentu pengakhirannya. Selagi mana jasad dan nyawa masih bersatu. Moga tenang rohmu di sana. Kita akan jumpa nanti di syurga, dengan izin Tuhan. 

Betapa aku, dan kami merindui kehadiran hang.
Moga dicucuri rahmatNya, Khairol Azahar Ramli. Al-fatihah. 
Ikhlas. 

24 March 2015. Tujuh menjadi Enam. 

Kafeteria Ungku Omar, 7.15 malam, 10 April 2015.

20 March 2015

Mawar merah Putrajaya.

"Setiap kali pintu diketuk, aku berharap dua orang manusia yang sama muncul. Dalam keadaan yang sama. "
Hampir 3 minggu. Dan aku baru mula menulis kembali. Lama. Sepatutnya ceritera yang penuh kenangan dan emosi sebegini ditulis secepat mungkin. Selagi emosi masih ada. Tapi atas kesibukan menulis manuskrip kolokium dan lab, disamping dengan masalah baru yang muncul setiap hari, akhirnya ceritera terpaksa ditangguh. Sepatutnya terdiri dari 3 bahagian cerita, dan aku cuma memilih satu bahagian. 2 bahagian aku pilih untuk simpan, atas faktor tertentu. 

Lebih untuk apresiasi. Akhirnya hari ini, dengan sedikit sisa-sisa masa yang ada.  :)

*****
7 Mac 2014

Sebelum tidur, aku sempat lagi berkira-kira untuk bangun awal esoknya, untuk menyiapkan sampel terakhir pada minggu ini, walaupun esok adalah hari Sabtu. Aku dengan gigih merancang supaya aku tidak terlalu lama di lab untuk esoknya. Sebelum tidur sesekali sempat membelek timeline twitter, namun tiada sebarang yang pelik atau meragukan. 

Pukul 5 pagi. Pintu tiba-tiba diketuk. Dalam keadaan mamun, aku beranggapan mungkin Fiza nak minta tolong sesuatu.  

"Alah, esok pagi jumpa tanya dia kenapa datang pagi-pagi semalam."

Aku memilih untuk mengabaikan tetamu yang datang. Namun ketukan pintu tidak berhenti. Siap dengan nama dipanggil. Akhirnya, 

"Kejap, kejap."

Aku terus bangun dari katil. Lampu meja belajar ditekan dan cermin mata dicapai. Dalam hati sambil mengetus, "kenapalah Fizah ni datang pagi-pagi macamni. " 

Pintu dikuak. Ya tuhan. Terpacak dua manusia. Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru peluk mereka. Dengan keterharuan. Ya Allah, segigih ini mereka. Dari Pulau Pinang terus ke Bangi. 

"Nah weh, kami bawak bunga ros untuk hang."

Bunga ros merah 19 kuntum dihulur. Allahurabi. Aku terharu dan terus terharu. 

*****
Pascaskrip. 

Keterharuan. Sampai terasa, ini mimpi atau memang realiti? Sekali pun aku tak pernah fikir sejauh ini. Dalam keadaan hati yang keciwa ditambah dengan pelbagai masalah yang tanpa henti, tiba-tiba muncul kawan yang benar-benar kita harapkan ada disisi dan memberi sokongan. Aku rasa, Allah, aturanMu cukup indah dan Engkau benar-benar memberi apa yang aku perlu. 

Sehingga banyak kali aku terfikir, ya Tuhan, jika mereka mengalami masalah seperti aku, sejauh mana aku mampu untuk berkorban untuk berikan kembali semangat yang hilang? 

Seumur hidup tak pernah diberikan bunga ros merah sejambak sebegitu. Terlalu manis, sehingga aku sendiri tak mampu tampung. 

Sekali pun bunga mawar layu kekeringan, wallahi aku takkan lupa saat-saat manis ketika mawar itu mekar. Bagaimana saat pertama bunga mawar itu aku pegang. Dengan penuh kesyukuran, sesungguhnya aku memang mempunyai sesuatu yang berharga disisi. Iaitu kawan ketika susah dan senang. Yang sememangnya tak akan aku temui di mana-mana walau sejauh mana aku mencari.

Ya Allah, Andai suatu hari nanti mereka ditimpa sesuatu, jadikanlah aku orang yang pertama berlari ke hadapan untuk menghulurkan apa yang aku mampu. Kerna aku berhutang, berhutang kasih sayang dan aku kira sampai bila-bila pun belum tentu aku mampu lunaskan. 

Satu coretan, untuk pengertian, bahawa lillahi, betapa aku sangat sayang dan hargai setiap kenagan kita bersama. 

Nazirah Abd Rahim
Sarah Hazwani Adnan

Dan terima kasih untuk momen bahagia di Putrajaya:

Aizat Idris 
Azrul Syahmi
Mohd Maulidin Hisyam
Khairol Azahar

Dan untuk yang mendoakan, memberikan kata semangat tanpa putus, hanya Allah mampu balas, dan moga sentiasa dalam rahmatNya. 
Keluarga yang tersayang,
Sepupu yang memahami,
Lab partner yang sentiasa memberi nasihat,
Kawan-kawan sekolah dan coursemate

Allah, aku benar-benar dalam rahmatMu!

Dalam kenangan.
12 am, Putrajaya.

6 March 2015

Titisan wudhu selepas dinihari.

Kelihatan En Ihsan dari sinki makmal ALIR. Muka dan tangannya kebasahan, kaki seluar dan lengan bajunya berlipat. Aku terus meluru masuk ke makmal, memandangkan pintu makmal ALIR berkaca gelap. Sukar dilihat dari luar. 

"Damm. Hang masuk salah waktu!"

Aku monolog dalam hati. Sumpah aku tak perasan En Ihsan baru selesai berwudhu, dan mana aku sangka pada pukul 11.30 begini ada orang masih hendak berwudhu. Sudah subuh, belum zohor. Jadi tak mungkin ada orang nak berwudhu, apatah lagi dalam makmal yang serba besar dengan sinki yang kecil untuk membasuh alatan makmal. 

"En Ihsan, nak pinjam glassware boleh?"
"Glassware apa tu?"
"Em, round bottom flask, yang ada tiga lubang. Ada tak?"

Aku terus terjah dengan hajat aku. Tanpa fikir panjang. Tanpa fikir kenapa dia dalam masih kebasahan dan berwudhu pada waktu begitu. 

"Ohh, yang tu kita tak ada. Kita cuma ada yang satu lubang sahaja. "
"Rotary shaker ada tak kat sini?"
"Ohh, yang tu dah lama tu. Memang tak ada. Cuba awak cari dekat bla bla bla..."

Dia menjawab segala pertanyaan. Dengan penuh sopan dan senyum. "Such a really nice person." Nusrat dari dulu memuji-muji. Aku tak nafikan, memang dia sangat baik dan sentiasa memudahkan urusan. Tapi sungguh, jauh disudut hati aku, aku tak pernah terfikir yang dia sejauh ini. Mengambil wudhu pada waktu begini biasanya cuma satu tujuan, iaitu untuk solat dhuha. Dan mungkin aku sendiri terlalu menilai, hanya melalui riak wajahnya, "alahh, dia ni biasa ja ni".

Susah sekali hendak jumpa manusia yang masih berdhuha, apatah lagi staff. Kali terakhir terjumpa orang yang menjaga dhuha adalah supervisor semasa praktikal dahulu. Seorang prof madya. Dan kali ini aku terjumpa untuk sekali lagi. Dan itu sebenarnya cukup mengagumkan, kerana aku sendiri berjuang dengan payahnya untuk menjaga dhuha. Dan aku amat faham bagaimana sukarnya dengan waktu kerja, dan hendak menunaikan dhuha sekali.

Walaupun hanya sunat. Berkat dhuha itu ada rahsianya tersendiri. Bukan sekadar solat untuk dimurahkan rezeki, malahan ketenangan. Masa yang dahulunya terasa singkat, akan terasa lebih lama. Itu adalah keberkatan dhuha, dan aku sendiri pernah merasainya. Mencuba apabila secara tak sengaja aku tertonton satu video tazkirah, dalam bahasa indonesia, tentang kebaikan dhuha. Sangat telus, mudah difahami. Kemudian diikuti dengan satu artikel (aku sendiri lupa dari page mana), tentang dhuha. Dan kemudian jari terus tekan ke bahagian komen. Banyak yang berkomen tentang kebaikan dhuha, sehingga ada yang menceritakan pengalaman hidupnya berkaitan dhuha. Sangat mengagumkan.

Moga tuhan permudahkan. Dalam usaha kembali istiqamah menjaga dhuha.

Pada waktu tengahari, pada hari yang sama, tiba-tiba Nusrat nak ikut makan tengahari sekali. Sekaligus dia belanja makan tengahari. Sungguhlah, rezeki itu sesuatu yang tidak disangka-sangka. 

Senyum. Untuk makanan percuma. :)

3 March 2015

Coretan Kosong.

Sedikit coretan, buat yang bimbang, atau sekadar ingin tahu. 

Ya Allah, berikanlah kelembutan hati,
agar aku teleku, tunduk dan tersembam,
di telapak redha-Mu.

Antara ayat yang aku petik dari buku yang aku baca, Di Mana Dia Di Hatiku tulisan Ust. Pharol dan aku tuliskan di twitter dalam 4 5 hari sebelum aku membuat keputusan untuk ditutup buat sementara (atau mungkin untuk tempoh yang lama). Sengaja aku tulis ayat demikian, kerana kebelakangan ini hati terasa makin kosong dan ketenangan makin menghilang kian hari demi hari. Aku ketawa setiap hari, namun belum cukup menghilangkan hati yang gundah. Aku solat, tapi solat aku tidak membawa ketenangan bersama. Al-Quran dibaca setiap hari, tetapi roh al-Quran itu sendiri tidak meresap di jiwa. Kerisauan sentiasa bergelodak di jiwa. 

Entah bagaimana, aku terasa doa aku benar-benar terkabul, malah terkabul dengan begitu cepat sekali tanpa aku duga. Terduduk dan tunduk, sehingga air mata terlerai dengan sendirinya. Daun kering yang berguguran ketika berjalan pulang dari fakulti, dengan angin yang bertiup begitu kuat sekali seakan-akan mengikut irama hati. Kosong dan sepi, namun berkacauan. Semangat seakan-akan ikut pergi dengan tiupan angin. Tak disangka soalan yang ajukan sendiri menjadi detik untuk segala kebodohan ini. Research is not something easy, believe me. And those systems, terms and conditions for master student to graduate were really suck. Research should be something that you can do freely, not restricted by those due dates and timeline. Aku membincangkan isu ini dengan Nusrat secara panjang lebar. This was really painful than i thought. Membuat semester tambahan, menjadikan master sehingga 2 tahun setengah bukan benda yang cool. I need to consider about contract with jpa, scholarship with mara, and then all the payment that i need to pay for extra semester. This is not cool. Really not. Yuran pengajian bukan seringgit, tapi seribu.

Aku tak sedar sebenarnya kelalaian menghampiri pintu kecelakaan. Bukan secara tidak sengaja, tetapi kelalaian aku sendiri sejak dari langkah pertama perjuangan meneruskan pengajian itu sendiri. Terlalu leka, masa silih berganti, sehingga tidak sedar terlepas perkara-perkara penting. Perkara-perkara, yang bermaksud bukan satu, tapi banyak yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Sekalipun air mata mengalir seharian, mahupun hingga seminggu, masa yang lalu tak akan kembali. 

Tak. Aku tidak memilih untuk menyalahkan fakulti, mahupun pusat pengajian, mahupun orang yang berkaitan untuk isu berbangkit ini. Semua salah aku. Ya, aku sendiri memilih untuk leka, dan aku harus membayar untuk setiap kelekaan. Bidang penyelidikan bukan perkara yang boleh dijangka, dan kadang-kadang bergantung pada tuah. Mungkin tuah aku masih belum tiba, menyebabkan aku sentiasa tersangkut untuk banyak perkara. Mungkin juga ini sebenarnya ketentuan terbaik dalam mendekatkan diri pada tuhan, dengan penuh kerendahan diri bahawa diri ini lemah, dan apa-apa pun kembali padaNya. Seperti Nusrat pesankan, "zikr, it makes you calm and release tenses. My husband always told me that.". Ya tuhan, aku sebak ketika itu yang diucapkan Nusrat, dengan jerihnya aku menghalang air mata dari turun, sampai mata kemerahan, muka aku kepanasan. Nusrat, she helps me a lot. She keep on advising, giving support, and push me to eat. Walaupun aku sendiri memang dah tak mampu untuk telan apa-apa pun. 

Perkara yang paling melemahkan, mak. Bagaimana nak diceritakan kesemuaanya, pada orang yang sedang berharap penuh pada diri aku sendiri? Allah. Lagi aku tidak terdaya. 

Moga langkah terakhir yang dipilih ini merupakan langkah yang tepat, berserta tuah beriringan. Sebagai langkah terakhir untuk menyelamatkan semua keadaan. Doakan, bahawa seorang Siti Aminah ini mampu untuk menghabiskan master beliau dalam 2 semester terakhir ini, tanpa sebarang semester tambahan. Sebarang kata-kata semangat amat dialu-alukan, dan akan aku baca, dengan harap itu merupakan doa-doa ikhlas dari teman. 

Maaf untuk pertanyaan yang tak berbalas. Dan terima kasih yang penuh tulus kerana masih mengambil berat seorang kawan, yang mempunyai masalah mengawal emosinya. Sungguh kalau semuanya ada sini, akulah manusia yang berlari dengan lajunya, berteriakan, menangis dan berpelukan. Betapa tuhan tahu aku sangat perlukan semua di sisi. Striving and struggling alone is the most painful. Aku yang lemah memohon titipan doa. Doakan yang terbaik. 

Aku cuma ingin duduk di ruangan solat umum di Masjid Putrajaya, terus memandang Tasik Putrajaya yang luas, seakan-akan lautan yang tiada penghujung. Cantik.



15 February 2015

Gunung Jerai

1 Februari 2015

Lama dah pun, dah lebih dari 2 minggu dah. Tapi memandangkan ini pengalaman pertama mendaki gunung, terasa nak juga tulis. Macam tak percaya, sebab seorang insan yang lembik lagi tiada stamina ni bercita-cita sampai ke puncak gunung. Memang dramatik. 

Gunung Jerai, selalu dengar tapi tak pernah sekali pun pergi, dan akhirnya TER-decide untuk join the members untuk hiking. TER itu memang sengaja ditekankan, sebab memang tak sengaja tersetuju untuk ikut sekali. Ya, tanpa fikir panjang. Dengan tak ada persediaan, stamina kurang. Ibarat macam tengah tempah bencana. -.-"

Not going to story every details, but just want to share how does it felt bila berhiking. Note: with no preparation at all. 

Berketinggian 986m dari aras laut (tak sure berapa km untuk sampai ke puncak), aku dengan cici bertawakkal (dah kami dua ja la yang neves teruk sangat pun. HAHA). Untuk 1300 anak tangga pertama. Starting point yang menggila. Berapa kali ambil break sebab penat. Lebih kurang sejam jugak kalau salah baru lepas 1300 anak tangga tu. Bila dan lepas 1300 anak tangga tu, baru rasa better. Naik anak tangga ibarat macam kaki kena control, sebab kena langkah stick ikut saiz anak tangga. Aku sampai bernafas dengan kuat masa mula-mula naik anak tangga tu, sebab penat sangat. 

Break. Nampak tak kawan penat tu macam mana? Haha. 

Very enjoy. Serius. Untuk seorang yang sangat sukakan nature, aku rasa TER aku agak berbaloi. Sangat release tension, stress dan semua yang berkenaan bila tengok kehijauan hutan. Sesekali angin tiup kuat, nyamannnn! Rasa menyesal tak bawak buku nota untuk catat benda-benda penting, contoh: berapa kali berhenti, berapa jam sampai ke puncak dan turun, pukul berapa sampai puncak, dll. (sebab pernah decide, lepas ni kalau pergi travel/vacation/activity mana-mana nak bawak buku nota untuk travelog)  

Sepanjang perjalanan, memang dekat tangan sentiasa ada coklat. Sebab tak larat. So bila hiking sambil makan rasa macam better sikit. Tak rasa loya atau penat teruk. At last, dalam 4 jam sampai ke puncak Gunung Jerai. Berhenti tak yah cakap berapa kali, memang banyak. Dengan salah laluan lagi. Aduhai. Masa nak sampai ke puncak tu paling dramatik sekali. Sebelum sampai ke puncak, ada lagi beberapa anak tangga. Memang reyau dengan jerit macam gila sebab lagi sikit nak sampai. Dengan kaki dah penat dan masing-masing macam cuba paksa diri macam, "naikkkk, sikit lagi nak sampai!". Hahaha. Memang macam orang gila. Nasib baik tak jumpa orang lain time tu. 

By the way. Landskap puncak Gunung Jerai sangat cantik dan dah macam oversea sikit-sikit. Landskap yang lebih kepada kontemporari. Angin sejuk walaupun sampai di puncak pukul 1 tengahari, waktu memang matahari tengah rembang. Yang paling penting, air dia! Ya rabbi. Sejukkkk. Macam dah letak ais. Elok badan melekit-lekit, kena dengan air tu, ya tuhan, refresing!.

Horrayyyy! *Kalau tak jerebu, mesti nampak dah sawah padi kat belakang tu.
Landskap di puncak Gunung Jerai. 
Partner in crime. Eh?
Acah picnic. Lapik tudung bawal buat saprah baq hang! HAHAHA. 
On the way turun dari puncak gunung. 
A part of 1300 anak tangga. -_-" 
Daki dalam 4 jam, turun dalam 2 jam. Dalam pukul 5 ke 5.30 petang, dah sampai dekat kaki gunung. Terus semua pakat cari air terjun dulu. Kaki shaking memang teruk gila. Sampai tak boleh nak angkat kaki dah. Besides, sempat jugak record moment langkah terakhir dekat anak tangga last buat kenangan. :)

Tangga Kenari, kaki gunung. Tanda kejayaan. Hahahaha. 

Balik dari hiking, memang senyum sorang-sorang. Allah, sebab tak sangka boleh sampai puncak :')
Dan balik tu, semua asyik membahan masing-masing dekat twitter sebab kaki sakit teruk, kalah peguin jalan. Hahaha. 

So, rejoice! Terima kasih untuk:
Pakcik dan akak polis: Bagi kebenaran naik gunung jerai. Tak sangka la pulak kan sampai kena report dan tulis surat before naik.
Jat: Tolong bawakan beg cici, then pisang dan jugak roti cheese yang comel sangat sampai menggugat keperempuanan aku. Haha.
Kerol: Tolong bawakan beg, kamera. Tak lupa juga air herbalife dan kitkat. Dan become a photographer. Photographer utama semput sampai tak larat nak shoot gambar. Thee. *tunjuk gigi*
Cici: Untuk drive dari balik pulau, ke gunung jerai then balik ke penang balik. Untuk roti telur yang sedap, beserta tudung bawal acah saprah. Dan terima kasih untuk nebes bersama. :')

Lastly. terima kasih, untuk kenangan yang osem. :')

*Tengok balik video langkah terakhir dekat anak tangga last dekat kaki gunung. Somehow, inspiring, dan rindu. :)









5 January 2015

Random #10

Moga ada ganti
Untuk setiap gurauan dan ketawa
Untuk rindu
Yang sudah tidak lagi berpihak.


Masih, dalam doa-doa.



24 December 2014

Kelat-kelat Manis Teh Iraqi

Setelah hampir berbulan-bulan seperti seorang pelajar yang tiada perancangan, akhirnya kehidupan sekarang lebih teratur, walaupun tidak dinafikan masa lebih pantas berlalu dek kesibukan segala reaction dan synthesis yang perlu diselesaikan. Menghabiskan sepenuh masa dari pagi hingga ke petang di lab membuatkan tenaga digunakan secara maksima dan penat lebih mudah menjengah.

Selama sebulan jugalah aku mula kenal seorang demi seorang lab partner, mungkin boleh dikira sebagai sebagai "rakan sekerja", yang terdiri dan dari pelbagai warganegara. Nusrat, dari pakistan, Zainab, Fuoad, Khitam dari Iraq dan hanya Afiq dari Malaysia. Jika dibandingkan, majoriti adalah warganegara asing dan hanya aku dan Afiq rakyat Malaysia. Dan agak menggerunkan sebenarnya, dalam ramai-ramai pelajar hanya aku terdiri dari pelajar Master, dan yang lainnya adalah terdiri dari pelajar PhD. Dengan kesemua lab partner yang terdiri dari pelajar PhD membuatkan diri kadang-kadang terasa amat kerdil membandingkan diri yang tak seberapa dengan mereka yang jauh lebih tinggi, apatah lagi melihat segala projek research mereka. Belum dibandingkan dari aspek usia, status perkahwinan, bilangan anak, yang sudah pasti membuatkan aku lebih jauh kebelakang. 

Dengan lama tak bergaul, tiba-tiba masuk ke lab dan berkenalan dengan warga asing semestinya buat aku kekok pada mulanya. Aku tak pernah memulakan sesuatu bicara, melainkan mereka yang mulakan dahulu. Sudah terbiasa membuat lab bersendirian semasa zaman degree dahulu menambahkan lagi kekok apabila terpaksa berkerja dan berkongsi lab dengan orang lain, apatah lagi berkongsi dengan pelajar PhD dan warga asing yang memang tak pernah terfikir sekali pun oleh akal. 

Iraqi tea, teh iraqi yang menjadi perantaraan aku kira. Teh yang selalu dipelawa oleh Khitam setiap kali sebelum berborak. Khitam mempunyai anak 3 orang, dan yang sulung sedang mengambil degree di Baghdad, Iraq. Jadi bayangkan sendiri berapa umur si Khitam, dengan ada anak yang turut sama sedang belajar. Umur Khitam yang agak jauh menyebabkan aku lebih memilih untuk mengunci mulut, kerana tiada idea dan topik yang sesuai untuk diajak bersembang. Dengan mukanya yang agak serius, dan kadang-kadang kelihatan seperti stress, membuatkan aku sentiasa melupakan niat untuk bertegur sapa. 

Ihsan google. Teh iraqi akan dihidang dalam cawan yang kecil. Tak tahu kenapa, budaya mungkin. Khitam pun buat benda yang sama, hidangkan teh dalam cawan kecil.
Salah satu "trick" yang aku perasan, Khitam akan ajak sesiapa dalam lab untuk minum teh. Kalau semua ada, semuanya dia akan jemput. Dan kemudiannya semua akan sama-sama berborak menceritakan tentang keluarga, negara masing-masing disamping menceritakan apa yang menarik bagi mereka di Malaysia. Untuk pelawaan kali pertama, aku mencuba teh iraq yang sudah disediakan oleh Khitam awal-awal dari rumah lagi. Hanya dibawa terus dengan termos, dan tuang dan ditambah gula jika hendak minum. Rasanya agak kelat, tapi sedikit pedas (kalau tak salah). Agak jauh beza dari teh Malaysia, namun rasanya tidak pelik dan masih boleh diterima oleh tekak. 

Hanya dengan pelawaan teh iraq, tiba-tiba terdapat banyak topik untuk berbicara. Bertanya itu dan ini. Tentang projek PhD dan Master masing-masing. Membandingkan budaya negara mereka dan Malaysia. Semua rancak bersembang. Ibarat seperti teh. Pada mulanya masing-masing "kelat" di lab, dan akhirnya menjadi ramah mesra. Bergelak ketawa sampai bising satu lab. Manis bagai sudah ditambah gula. Kemudiannya aku mula berfikir. Mungkin ada teori, atau falsafah tertentu bahawa secawan teh boleh mengerat hubungan? Teringat ayat yang selalu Khitam guna, "My mother said, if you like sweet then you are beautiful". Aku hanya ketawa dengan teori Khitam.

Satu perasaan yang kagum sebenarnya, melihat mereka masing-masing berusaha dalam menghabiskan PhD terutamanya yang sudah berkeluarga, disamping berkongsi pengalaman dan budaya negara masing-masing. 

Dan hari ini. Masih mendapat pelawaan yang sama. Menghirup teh iraqi yang panas dalam cawan kecil. Dengan kepingan biskut gula. :)


20 December 2014

Random #9

Kadang-kadang kita terlalu memandang benda yang kita sedihkan terlalu lama. Sampai kita terlupa perkara lain yang bahagia sudah tersedia di depan mata. Tapi kita memilih untuk tidak memandang. Kita terlalu berharap pada perkara yang kita sedihkan.

*****

Persoalannya wahai diri. Mengapa masih berduka pada satu, walau beribu bahagia menunggu?

Sebab ianya soal hati.


Ya tuhan. Penuhkan rasa syukur dalam hati. 
Untuk bahagia-bahagiaMu yang bertebaran.



4 December 2014

How we ended up our November (2nd part)

The most challenging day

Bila satu badan dah lenguh-lenguh dan sakit, nak kena hunting cari barang untuk hadiah konvo. Bukan hadiah-ready-item, tapi nak kena cari bahan untuk buat kad, bunga konvo. Dan bukan untuk seorang pulak tu, sampai untuk 3 orang pulak tu.

Dengan sakit-sakit, jalan pun slow, pusing satu Mines cari apa yang patut. Meredah hujan bawa balik cardboard, segala wrapping paper. Bayangkan time beli pun dah cukup suffered. Dan akhirnya selesai beli walaupun tak pasti jadi atau tak kad dan bunga konvo yang bakal dibuat ni.

Start pukul 10 lebih, aku dan ci mulakan misi. Target nak buat 2 explosion box card, dengan satu bunga konvo. Oh, tambah satu lagi bunga konvo untuk saat-saat akhir.

Alkisahnya.

Semak kan? Haa. Cutting and wrapping process. Bunga untuk mao, 2 kotak untuk sarah dan jat. 

Tak nak go on in detail proses buat explosion box card tu. Cuma, the moment buat kad dan bunga konvo tu memang sangat terasa menduga emosi. Could you imagine, kawan baru kenal tak sampai berapa bulan, but we are truly put our effort on these? Dengan sangat renyah nak mati, dengan kena berjaga sampai LANSUNG tak tidur. Memandangkan kami dua memang sangat tak ada skill seni, proses tu jadi lagi lembab, slow, dan buruk. Sampai ci start on crying because depressed. Apa yang diimaginasi tak menjadi. Imagine dapat buat yang lawa, tapi hasil macam mendukacitakan, Aku dah sampai baling bantal untuk lepaskan geram. Sumpah renyah gila! Sampai terkeluar ayat "penatnya jadi sweet ni! "

4 am. We still on wrapping. Aku dah macam nak give up. Rasa tak jadi bagi dan macam nak beli bunga time konvo nanti. Tak sanggup nak bawak bunga konvo tu. Rasa inferior. Dengan explosion box yang tak decorate lagi. Down. 

Bunga yang terhasil dari raungan cici. Hahaha. 
7.30 am. Done 2 boxes (without any deco) and bunga konvo.
Tapi lupa pulak ambil gambar bunga tu sebab penat sangat. -.-"
Sampai azan subuh. Last-last give up. Bagi dengan seadanya. Walaupun buruk. Dengan rasa inferior. Bawa la bunga tu ke sana sini. Naik ktm dua-dua terus lena. Sebab tak tidur sepanjang malam. Aku siap pasang alarm. Takut terlepas dari kl sentral. Selepas tu, dari kl sentral bergerak ke Padang Jawa. Tunggu teksi lagi. Dua-dua orang dah macam nak reyau. Sebab rasa macam usaha tak berbaloi. Macam tak ada makna pun ada. Sebab kami terlampau bersusah payah. 

Dipendekkan cerita. Memang bunga tu sampai pada orang yang sepatutnya. Termasuk 2 explosion box card tu. And yes, alhamdulillah. Hanya tuhan yang tahu betapa rasa dihargai balik bila masing-masing menghargai "effort" yang kami curah tak terperi tu. Aiseh. Haha. Rasa macam nak reyau pun ada. Padahal orang yang dapat patut reyau. Ni yang bagi pun nak reyau sama. Cara jat ucap terima kasih pun sangat bersungguh bila dapat box tu. Huwaa. Aku rasa macam, "cukuplah, janji ampa hargai usaha yang kami buat". Sebab aku terasa macam dah ter-pay off.  :')

Aku tak minta pun nanti time konvo nanti masing-masing akan buat benda yang sama balik. Dan aku rasa ci pun mungkin akan fikir benda yang sama. Because we are willing to do. Tiada paksaan. Dan aku berfikir sangat lama, kenapa aku sangat berusaha buat semua benda-benda tu. Mungkin sebab dah sayang kawan. Rasa macam nak menghargai kawan. Entah la. Usaha yang sangat luar biasa. Sebab aku tak pernah stay up sampai tak tidur bila buat sesuatu. Ci mungkin pernah kot. Tapi kalau aku, memang tak pernah.

By the way, Happy Graduation Day and congratulations buat insan-insan yang bertuah terpilih untuk di-sweet-kan, Jat, Sarah dan Mao. May have a successful life for future and hereafter. :)

Sesungguhnya aku sayang ampa. Oh tuhan. :')


Done,
Me.

How we ended up our November (1st part)

Tak pernah-pernahnya post entry ada part-part, tapi kali ni terpaksa jugak. Sebab terlalu panjang nak dijadikan satu entry. Hua3.

28 November 2014

Gara-gara terpengaruh dengan tv, memandang skating tu macam something yang cool, so aku dengan zero skill acah-acah nak cuba, kononnya ice ni ibarat meluncur di lantai tesco menggunakan selipar yang haus. Begitulah. 

IOI mall city. Memang besar, dan bila masuk dalam terasa macam masuk Queensbay. Design tak banyak beza pun. Kebanyakan kedai still penuh dengan fresh flowers, sebagai tanda perasmian kedai baru. And the awesome thing, the parking is free! Haha. Tapi maybe sebab baru dibuka, so sistem pembayaran parking semua still on process. And dalam tu ada macam-macam tempat game rupanya. Selain Icescape, ada District 21. Lebih kurang macam tempat game lasak-lasak, like wall climbing, apa ntah lagi contoh yang orang tu bagi aku dah tak ingat. Memang boleh dikatakan bukan semata-mata untuk shopping. 

Aku, ci, bio, dan paksu bio. Dengan excitednya nak try meluncur atas ais tu. Konon macam, "alah, senang ja!". RM28 per entrance (not including glove, socks) and no limited time. So hang boleh main sampai pengsan kat situ. Haha. Selesai bayar tiket masuk, ukur panjang kaki, ambil kasut dan gloves, and done. 

Okay, start pakai kasut skate tu dah start rasa macam tak berapa selesa. Maybe ketat sangat, macam menekan bahagian atas kaki. Kasut skate kan tak ada tapak, (cuma ada besi panjang sebagai tapak) jadi jalan atas lantai pun dah macam peguin. Apatah lagi, kalau jalan atas ice. First time pijak ice tu, ya rabbi. My legs were shaking! I couldn't stand properly. Terus pegang dinding. Bio dengan ci pun. Sama-sama unstable. Gelak ngekek kuat gila dalam ice court tu. Menjerit tak payah cakap, sampai kering anak tekak dengan jerit tak habis. Asyik nak menjerit, sebab terasa nak jatuh.

Manusia pertama yang jatuh, bio! Hahaha. Konon masing-masing nak buat rekod taknak jatuh. Puihh. Pakat jatuh semua, siap banyak kali pulak tu. Okay, jatuh atas ice sangat sakit. Dan bayangkan kami semua jatuh sangat banyak kali. Especially ci, sampai lebam kedua-dua belah tangan sebab jatuh. And sekali bila jatuh, memang sangat susah nak bangun. sebab licin dan tak boleh cangkung sebab kasut skate yang keras tu buat kaki payah untuk bengkong, apatah lagi cangkung. Kami semua pusing la satu court tu macam peguin. Oh, kecuali paksu bio! Dia agak expert banding kami 3 orang yang noob ni. So, dia yang ajar and guide sampai habis main. 

Rasa macam nak rakam time tu, sebab masing-masing comel ala kanak-kanak baru belajar berjalan. And bio is the cutest one. HAHAHA. Time bestnya bila time nak gelakkan orang yang jatuh. Nak bergambar pun susah, sebab pakai glove, so tak boleh sentuh screen hp. Tak detect. So gambar macam tak banyak sangat. Lagi satu, terasa tercabar bila budak umur baru 5 6 tahun skate depan kami dengan laju dan selambanya, padahal kami still terkial-kial nak meluncur. Rasa terhenaa sangat. -.-"

We keep on playing, dari pukul 6 sampai 7.30. Sampai terlupa lapar, sebab asyik main. Dah la memang tengahari tak makan. Lepas tu boleh pulak main skate dalam keadaan perut berbunyi. Tapi memang bila dan ada atas court tu, lupa habis bab lapar. Haa, satu lagi. Walaupun court tu berais, tak semestinya kita akan sejuk bila meluncur atas ais tu. Berpeluh lagi ada la. Fuh.

Selesai main, kaki rasa ringan sangat, terasa macam nak meluncur sekali bila berjalan. Rasa macam tak pakai kasut, even dah pakai sneakers pun. Selepas tu, baru kalut cari makan selepas selesai solat maghrib. Perut lapar yang amat sampai rasa nak order semua.

Team penguin. Lol.
Sebab 1st time pakai, so kena ambil gambar!
The Noobs. Geng Asyik Jatuh.
(Tq paksu bio tolong ambilkan gambar.)


Watak utama: Ci, Bio dan paksu Bio.

p/s: Efek selepas main: Kaki lenguh (normal la kan, kalau dah pusing dekat sejam setengah), tangan pun lenguh, sebab tangan asyik terkapal-kapal masa main. Tapak tangan lebam sebab jatuh. dan kaki lebam sebab kasut tu dah tekan kulit. Elok la pkai stoking panjang kalau nak selamat. Dan sakit pinggan sebab jatuh atas ais.

Balik kolej terus pengsan.

Ya, memang tak puas hati sama actually. Sebab expect akan expert la skate lepas main sekali. Main dekat sejam setengah, boleh la skate sikit-sikit. Nampak gayanya kena main lagi la nanti nak bagi expert. Hua.

So. Done for wishlist. Terima kasih bio, cici dan paksu bio.  (: