15 February 2015

Gunung Jerai

1 Februari 2015

Lama dah pun, dah lebih dari 2 minggu dah. Tapi memandangkan ini pengalaman pertama mendaki gunung, terasa nak juga tulis. Macam tak percaya, sebab seorang insan yang lembik lagi tiada stamina ni bercita-cita sampai ke puncak gunung. Memang dramatik. 

Gunung Jerai, selalu dengar tapi tak pernah sekali pun pergi, dan akhirnya TER-decide untuk join the members untuk hiking. TER itu memang sengaja ditekankan, sebab memang tak sengaja tersetuju untuk ikut sekali. Ya, tanpa fikir panjang. Dengan tak ada persediaan, stamina kurang. Ibarat macam tengah tempah bencana. -.-"

Not going to story every details, but just want to share how does it felt bila berhiking. Note: with no preparation at all. 

Berketinggian 986m dari aras laut (tak sure berapa km untuk sampai ke puncak), aku dengan cici bertawakkal (dah kami dua ja la yang neves teruk sangat pun. HAHA). Untuk 1300 anak tangga pertama. Starting point yang menggila. Berapa kali ambil break sebab penat. Lebih kurang sejam jugak kalau salah baru lepas 1300 anak tangga tu. Bila dan lepas 1300 anak tangga tu, baru rasa better. Naik anak tangga ibarat macam kaki kena control, sebab kena langkah stick ikut saiz anak tangga. Aku sampai bernafas dengan kuat masa mula-mula naik anak tangga tu, sebab penat sangat. 

Break. Nampak tak kawan penat tu macam mana? Haha. 

Very enjoy. Serius. Untuk seorang yang sangat sukakan nature, aku rasa TER aku agak berbaloi. Sangat release tension, stress dan semua yang berkenaan bila tengok kehijauan hutan. Sesekali angin tiup kuat, nyamannnn! Rasa menyesal tak bawak buku nota untuk catat benda-benda penting, contoh: berapa kali berhenti, berapa jam sampai ke puncak dan turun, pukul berapa sampai puncak, dll. (sebab pernah decide, lepas ni kalau pergi travel/vacation/activity mana-mana nak bawak buku nota untuk travelog)  

Sepanjang perjalanan, memang dekat tangan sentiasa ada coklat. Sebab tak larat. So bila hiking sambil makan rasa macam better sikit. Tak rasa loya atau penat teruk. At last, dalam 4 jam sampai ke puncak Gunung Jerai. Berhenti tak yah cakap berapa kali, memang banyak. Dengan salah laluan lagi. Aduhai. Masa nak sampai ke puncak tu paling dramatik sekali. Sebelum sampai ke puncak, ada lagi beberapa anak tangga. Memang reyau dengan jerit macam gila sebab lagi sikit nak sampai. Dengan kaki dah penat dan masing-masing macam cuba paksa diri macam, "naikkkk, sikit lagi nak sampai!". Hahaha. Memang macam orang gila. Nasib baik tak jumpa orang lain time tu. 

By the way. Landskap puncak Gunung Jerai sangat cantik dan dah macam oversea sikit-sikit. Landskap yang lebih kepada kontemporari. Angin sejuk walaupun sampai di puncak pukul 1 tengahari, waktu memang matahari tengah rembang. Yang paling penting, air dia! Ya rabbi. Sejukkkk. Macam dah letak ais. Elok badan melekit-lekit, kena dengan air tu, ya tuhan, refresing!.

Horrayyyy! *Kalau tak jerebu, mesti nampak dah sawah padi kat belakang tu.
Landskap di puncak Gunung Jerai. 
Partner in crime. Eh?
Acah picnic. Lapik tudung bawal buat saprah baq hang! HAHAHA. 
On the way turun dari puncak gunung. 
A part of 1300 anak tangga. -_-" 
Daki dalam 4 jam, turun dalam 2 jam. Dalam pukul 5 ke 5.30 petang, dah sampai dekat kaki gunung. Terus semua pakat cari air terjun dulu. Kaki shaking memang teruk gila. Sampai tak boleh nak angkat kaki dah. Besides, sempat jugak record moment langkah terakhir dekat anak tangga last buat kenangan. :)

Tangga Kenari, kaki gunung. Tanda kejayaan. Hahahaha. 

Balik dari hiking, memang senyum sorang-sorang. Allah, sebab tak sangka boleh sampai puncak :')
Dan balik tu, semua asyik membahan masing-masing dekat twitter sebab kaki sakit teruk, kalah peguin jalan. Hahaha. 

So, rejoice! Terima kasih untuk:
Pakcik dan akak polis: Bagi kebenaran naik gunung jerai. Tak sangka la pulak kan sampai kena report dan tulis surat before naik.
Jat: Tolong bawakan beg cici, then pisang dan jugak roti cheese yang comel sangat sampai menggugat keperempuanan aku. Haha.
Kerol: Tolong bawakan beg, kamera. Tak lupa juga air herbalife dan kitkat. Dan become a photographer. Photographer utama semput sampai tak larat nak shoot gambar. Thee. *tunjuk gigi*
Cici: Untuk drive dari balik pulau, ke gunung jerai then balik ke penang balik. Untuk roti telur yang sedap, beserta tudung bawal acah saprah. Dan terima kasih untuk nebes bersama. :')

Lastly. terima kasih, untuk kenangan yang osem. :')

*Tengok balik video langkah terakhir dekat anak tangga last dekat kaki gunung. Somehow, inspiring, dan rindu. :)









5 January 2015

Random #10

Moga ada ganti
Untuk setiap gurauan dan ketawa
Untuk rindu
Yang sudah tidak lagi berpihak.


Masih, dalam doa-doa.



24 December 2014

Kelat-kelat Manis Teh Iraqi

Setelah hampir berbulan-bulan seperti seorang pelajar yang tiada perancangan, akhirnya kehidupan sekarang lebih teratur, walaupun tidak dinafikan masa lebih pantas berlalu dek kesibukan segala reaction dan synthesis yang perlu diselesaikan. Menghabiskan sepenuh masa dari pagi hingga ke petang di lab membuatkan tenaga digunakan secara maksima dan penat lebih mudah menjengah.

Selama sebulan jugalah aku mula kenal seorang demi seorang lab partner, mungkin boleh dikira sebagai sebagai "rakan sekerja", yang terdiri dan dari pelbagai warganegara. Nusrat, dari pakistan, Zainab, Fuoad, Khitam dari Iraq dan hanya Afiq dari Malaysia. Jika dibandingkan, majoriti adalah warganegara asing dan hanya aku dan Afiq rakyat Malaysia. Dan agak menggerunkan sebenarnya, dalam ramai-ramai pelajar hanya aku terdiri dari pelajar Master, dan yang lainnya adalah terdiri dari pelajar PhD. Dengan kesemua lab partner yang terdiri dari pelajar PhD membuatkan diri kadang-kadang terasa amat kerdil membandingkan diri yang tak seberapa dengan mereka yang jauh lebih tinggi, apatah lagi melihat segala projek research mereka. Belum dibandingkan dari aspek usia, status perkahwinan, bilangan anak, yang sudah pasti membuatkan aku lebih jauh kebelakang. 

Dengan lama tak bergaul, tiba-tiba masuk ke lab dan berkenalan dengan warga asing semestinya buat aku kekok pada mulanya. Aku tak pernah memulakan sesuatu bicara, melainkan mereka yang mulakan dahulu. Sudah terbiasa membuat lab bersendirian semasa zaman degree dahulu menambahkan lagi kekok apabila terpaksa berkerja dan berkongsi lab dengan orang lain, apatah lagi berkongsi dengan pelajar PhD dan warga asing yang memang tak pernah terfikir sekali pun oleh akal. 

Iraqi tea, teh iraqi yang menjadi perantaraan aku kira. Teh yang selalu dipelawa oleh Khitam setiap kali sebelum berborak. Khitam mempunyai anak 3 orang, dan yang sulung sedang mengambil degree di Baghdad, Iraq. Jadi bayangkan sendiri berapa umur si Khitam, dengan ada anak yang turut sama sedang belajar. Umur Khitam yang agak jauh menyebabkan aku lebih memilih untuk mengunci mulut, kerana tiada idea dan topik yang sesuai untuk diajak bersembang. Dengan mukanya yang agak serius, dan kadang-kadang kelihatan seperti stress, membuatkan aku sentiasa melupakan niat untuk bertegur sapa. 

Ihsan google. Teh iraqi akan dihidang dalam cawan yang kecil. Tak tahu kenapa, budaya mungkin. Khitam pun buat benda yang sama, hidangkan teh dalam cawan kecil.
Salah satu "trick" yang aku perasan, Khitam akan ajak sesiapa dalam lab untuk minum teh. Kalau semua ada, semuanya dia akan jemput. Dan kemudiannya semua akan sama-sama berborak menceritakan tentang keluarga, negara masing-masing disamping menceritakan apa yang menarik bagi mereka di Malaysia. Untuk pelawaan kali pertama, aku mencuba teh iraq yang sudah disediakan oleh Khitam awal-awal dari rumah lagi. Hanya dibawa terus dengan termos, dan tuang dan ditambah gula jika hendak minum. Rasanya agak kelat, tapi sedikit pedas (kalau tak salah). Agak jauh beza dari teh Malaysia, namun rasanya tidak pelik dan masih boleh diterima oleh tekak. 

Hanya dengan pelawaan teh iraq, tiba-tiba terdapat banyak topik untuk berbicara. Bertanya itu dan ini. Tentang projek PhD dan Master masing-masing. Membandingkan budaya negara mereka dan Malaysia. Semua rancak bersembang. Ibarat seperti teh. Pada mulanya masing-masing "kelat" di lab, dan akhirnya menjadi ramah mesra. Bergelak ketawa sampai bising satu lab. Manis bagai sudah ditambah gula. Kemudiannya aku mula berfikir. Mungkin ada teori, atau falsafah tertentu bahawa secawan teh boleh mengerat hubungan? Teringat ayat yang selalu Khitam guna, "My mother said, if you like sweet then you are beautiful". Aku hanya ketawa dengan teori Khitam.

Satu perasaan yang kagum sebenarnya, melihat mereka masing-masing berusaha dalam menghabiskan PhD terutamanya yang sudah berkeluarga, disamping berkongsi pengalaman dan budaya negara masing-masing. 

Dan hari ini. Masih mendapat pelawaan yang sama. Menghirup teh iraqi yang panas dalam cawan kecil. Dengan kepingan biskut gula. :)


20 December 2014

Random #9

Kadang-kadang kita terlalu memandang benda yang kita sedihkan terlalu lama. Sampai kita terlupa perkara lain yang bahagia sudah tersedia di depan mata. Tapi kita memilih untuk tidak memandang. Kita terlalu berharap pada perkara yang kita sedihkan.

*****

Persoalannya wahai diri. Mengapa masih berduka pada satu, walau beribu bahagia menunggu?

Sebab ianya soal hati.


Ya tuhan. Penuhkan rasa syukur dalam hati. 
Untuk bahagia-bahagiaMu yang bertebaran.



4 December 2014

How we ended up our November (2nd part)

The most challenging day

Bila satu badan dah lenguh-lenguh dan sakit, nak kena hunting cari barang untuk hadiah konvo. Bukan hadiah-ready-item, tapi nak kena cari bahan untuk buat kad, bunga konvo. Dan bukan untuk seorang pulak tu, sampai untuk 3 orang pulak tu.

Dengan sakit-sakit, jalan pun slow, pusing satu Mines cari apa yang patut. Meredah hujan bawa balik cardboard, segala wrapping paper. Bayangkan time beli pun dah cukup suffered. Dan akhirnya selesai beli walaupun tak pasti jadi atau tak kad dan bunga konvo yang bakal dibuat ni.

Start pukul 10 lebih, aku dan ci mulakan misi. Target nak buat 2 explosion box card, dengan satu bunga konvo. Oh, tambah satu lagi bunga konvo untuk saat-saat akhir.

Alkisahnya.

Semak kan? Haa. Cutting and wrapping process. Bunga untuk mao, 2 kotak untuk sarah dan jat. 

Tak nak go on in detail proses buat explosion box card tu. Cuma, the moment buat kad dan bunga konvo tu memang sangat terasa menduga emosi. Could you imagine, kawan baru kenal tak sampai berapa bulan, but we are truly put our effort on these? Dengan sangat renyah nak mati, dengan kena berjaga sampai LANSUNG tak tidur. Memandangkan kami dua memang sangat tak ada skill seni, proses tu jadi lagi lembab, slow, dan buruk. Sampai ci start on crying because depressed. Apa yang diimaginasi tak menjadi. Imagine dapat buat yang lawa, tapi hasil macam mendukacitakan, Aku dah sampai baling bantal untuk lepaskan geram. Sumpah renyah gila! Sampai terkeluar ayat "penatnya jadi sweet ni! "

4 am. We still on wrapping. Aku dah macam nak give up. Rasa tak jadi bagi dan macam nak beli bunga time konvo nanti. Tak sanggup nak bawak bunga konvo tu. Rasa inferior. Dengan explosion box yang tak decorate lagi. Down. 

Bunga yang terhasil dari raungan cici. Hahaha. 
7.30 am. Done 2 boxes (without any deco) and bunga konvo.
Tapi lupa pulak ambil gambar bunga tu sebab penat sangat. -.-"
Sampai azan subuh. Last-last give up. Bagi dengan seadanya. Walaupun buruk. Dengan rasa inferior. Bawa la bunga tu ke sana sini. Naik ktm dua-dua terus lena. Sebab tak tidur sepanjang malam. Aku siap pasang alarm. Takut terlepas dari kl sentral. Selepas tu, dari kl sentral bergerak ke Padang Jawa. Tunggu teksi lagi. Dua-dua orang dah macam nak reyau. Sebab rasa macam usaha tak berbaloi. Macam tak ada makna pun ada. Sebab kami terlampau bersusah payah. 

Dipendekkan cerita. Memang bunga tu sampai pada orang yang sepatutnya. Termasuk 2 explosion box card tu. And yes, alhamdulillah. Hanya tuhan yang tahu betapa rasa dihargai balik bila masing-masing menghargai "effort" yang kami curah tak terperi tu. Aiseh. Haha. Rasa macam nak reyau pun ada. Padahal orang yang dapat patut reyau. Ni yang bagi pun nak reyau sama. Cara jat ucap terima kasih pun sangat bersungguh bila dapat box tu. Huwaa. Aku rasa macam, "cukuplah, janji ampa hargai usaha yang kami buat". Sebab aku terasa macam dah ter-pay off.  :')

Aku tak minta pun nanti time konvo nanti masing-masing akan buat benda yang sama balik. Dan aku rasa ci pun mungkin akan fikir benda yang sama. Because we are willing to do. Tiada paksaan. Dan aku berfikir sangat lama, kenapa aku sangat berusaha buat semua benda-benda tu. Mungkin sebab dah sayang kawan. Rasa macam nak menghargai kawan. Entah la. Usaha yang sangat luar biasa. Sebab aku tak pernah stay up sampai tak tidur bila buat sesuatu. Ci mungkin pernah kot. Tapi kalau aku, memang tak pernah.

By the way, Happy Graduation Day and congratulations buat insan-insan yang bertuah terpilih untuk di-sweet-kan, Jat, Sarah dan Mao. May have a successful life for future and hereafter. :)

Sesungguhnya aku sayang ampa. Oh tuhan. :')


Done,
Me.

How we ended up our November (1st part)

Tak pernah-pernahnya post entry ada part-part, tapi kali ni terpaksa jugak. Sebab terlalu panjang nak dijadikan satu entry. Hua3.

28 November 2014

Gara-gara terpengaruh dengan tv, memandang skating tu macam something yang cool, so aku dengan zero skill acah-acah nak cuba, kononnya ice ni ibarat meluncur di lantai tesco menggunakan selipar yang haus. Begitulah. 

IOI mall city. Memang besar, dan bila masuk dalam terasa macam masuk Queensbay. Design tak banyak beza pun. Kebanyakan kedai still penuh dengan fresh flowers, sebagai tanda perasmian kedai baru. And the awesome thing, the parking is free! Haha. Tapi maybe sebab baru dibuka, so sistem pembayaran parking semua still on process. And dalam tu ada macam-macam tempat game rupanya. Selain Icescape, ada District 21. Lebih kurang macam tempat game lasak-lasak, like wall climbing, apa ntah lagi contoh yang orang tu bagi aku dah tak ingat. Memang boleh dikatakan bukan semata-mata untuk shopping. 

Aku, ci, bio, dan paksu bio. Dengan excitednya nak try meluncur atas ais tu. Konon macam, "alah, senang ja!". RM28 per entrance (not including glove, socks) and no limited time. So hang boleh main sampai pengsan kat situ. Haha. Selesai bayar tiket masuk, ukur panjang kaki, ambil kasut dan gloves, and done. 

Okay, start pakai kasut skate tu dah start rasa macam tak berapa selesa. Maybe ketat sangat, macam menekan bahagian atas kaki. Kasut skate kan tak ada tapak, (cuma ada besi panjang sebagai tapak) jadi jalan atas lantai pun dah macam peguin. Apatah lagi, kalau jalan atas ice. First time pijak ice tu, ya rabbi. My legs were shaking! I couldn't stand properly. Terus pegang dinding. Bio dengan ci pun. Sama-sama unstable. Gelak ngekek kuat gila dalam ice court tu. Menjerit tak payah cakap, sampai kering anak tekak dengan jerit tak habis. Asyik nak menjerit, sebab terasa nak jatuh.

Manusia pertama yang jatuh, bio! Hahaha. Konon masing-masing nak buat rekod taknak jatuh. Puihh. Pakat jatuh semua, siap banyak kali pulak tu. Okay, jatuh atas ice sangat sakit. Dan bayangkan kami semua jatuh sangat banyak kali. Especially ci, sampai lebam kedua-dua belah tangan sebab jatuh. And sekali bila jatuh, memang sangat susah nak bangun. sebab licin dan tak boleh cangkung sebab kasut skate yang keras tu buat kaki payah untuk bengkong, apatah lagi cangkung. Kami semua pusing la satu court tu macam peguin. Oh, kecuali paksu bio! Dia agak expert banding kami 3 orang yang noob ni. So, dia yang ajar and guide sampai habis main. 

Rasa macam nak rakam time tu, sebab masing-masing comel ala kanak-kanak baru belajar berjalan. And bio is the cutest one. HAHAHA. Time bestnya bila time nak gelakkan orang yang jatuh. Nak bergambar pun susah, sebab pakai glove, so tak boleh sentuh screen hp. Tak detect. So gambar macam tak banyak sangat. Lagi satu, terasa tercabar bila budak umur baru 5 6 tahun skate depan kami dengan laju dan selambanya, padahal kami still terkial-kial nak meluncur. Rasa terhenaa sangat. -.-"

We keep on playing, dari pukul 6 sampai 7.30. Sampai terlupa lapar, sebab asyik main. Dah la memang tengahari tak makan. Lepas tu boleh pulak main skate dalam keadaan perut berbunyi. Tapi memang bila dan ada atas court tu, lupa habis bab lapar. Haa, satu lagi. Walaupun court tu berais, tak semestinya kita akan sejuk bila meluncur atas ais tu. Berpeluh lagi ada la. Fuh.

Selesai main, kaki rasa ringan sangat, terasa macam nak meluncur sekali bila berjalan. Rasa macam tak pakai kasut, even dah pakai sneakers pun. Selepas tu, baru kalut cari makan selepas selesai solat maghrib. Perut lapar yang amat sampai rasa nak order semua.

Team penguin. Lol.
Sebab 1st time pakai, so kena ambil gambar!
The Noobs. Geng Asyik Jatuh.
(Tq paksu bio tolong ambilkan gambar.)


Watak utama: Ci, Bio dan paksu Bio.

p/s: Efek selepas main: Kaki lenguh (normal la kan, kalau dah pusing dekat sejam setengah), tangan pun lenguh, sebab tangan asyik terkapal-kapal masa main. Tapak tangan lebam sebab jatuh. dan kaki lebam sebab kasut tu dah tekan kulit. Elok la pkai stoking panjang kalau nak selamat. Dan sakit pinggan sebab jatuh atas ais.

Balik kolej terus pengsan.

Ya, memang tak puas hati sama actually. Sebab expect akan expert la skate lepas main sekali. Main dekat sejam setengah, boleh la skate sikit-sikit. Nampak gayanya kena main lagi la nanti nak bagi expert. Hua.

So. Done for wishlist. Terima kasih bio, cici dan paksu bio.  (:



18 November 2014

Random #8

Last updated, bulan September lepas. Apa yg sibuk sangat sampai bulan November baru bukak balik blog ni? -terlebih spend masa dengan twitter. Maybe. *crying*

Sebab rindu. Rindu for the past. The reason why i am blogging back. Almost 2 months tak updated, it just like waaaa, cepatnya masa! Through thick and thin, a lot of things happened.  I am thinking how regretted am i not updated all the memories here, since i am the kind of person who love to read back the previous posts for a throwback.

As a summary. Starting from raya haji on october, spent time with rumah terbukak bio sempena raya haji at parit buntaq (belasah ja, walaupun tak ada orang buat pun), mess up with class and assignment walaupun hakikatnya aku budak research, be a phototographer for julia and her gang for their convocation day, and now in counting days bila nak balik penang. T.T

And alhamdulillah, the chemicals which i've been waiting for a long time is already delivered and insyaAllah maybe the project can be start within the end of this november, In case kalau glassware tak sangkut pulak. Somehow i'm thinking how could i be such a patient on waiting those chemicals for a long time, while the others had starting their projects, published paper and attended conferences. Only Allah know how terrible and loser i felt when thinking my progression is too slowwwww.

Masuk semester kedua, there is no fun anymore. Kalau sem satu boleh merayau-rayau, sem dua ni macam tak sempat merayau mana pun. Commitment with class, buat aku rasa macam tak boleh nak gerak mana. Aaaaa. Okay, terimalah hakikat yang anda itu masih pelajar.

Masih mengapai impian, dengan sisa-sisa nafas. Pray me for the best, may Allah bless. ^^


Insan yang menunggu dengan doa.
Me. 

24 September 2014

KLIA

21 September 2014, Ahad

Aku, ci, dan mao masih mencari. Sudah pukul 6.30 pm. Mun bertolak pukul 7.00pm . Aku dan ci dah mula gelisah. "Mana dia ni? Tak jumpa punn! " 

Masa tu dah mula keluar macam-macam. Nak letak hashtag benci klia, boikot klia. Ya rabbi. Klia sangat besar! Aku sendri pun pertama kali sampai klia. Ci dan mao pun sama. Pusing-pusing tak jumpa. Mun dah berapa kali call. "Hampa kat mana? Dekat dengan cimb bank ni! Kedai body shop bla..bla..sat aku cari.."

Jam 6.55 pm. Mun call sekali lagi tanya kami semua ada dekat mana. Dan satu ayat dia yang buat aku gelabah terus "Weh cepat, aku dah nak masuk boarding dah..."

Satu perasaan yang sukar dijelaskan masa tu. Berlari-lari mencari di klia, sedangkan kawan dah nak boarding. Masa itu perasaan gelisah, nak menangis, tak tentu arah semua mula muncul. Mula gelabah tak kira tempat. Ci sampai dah menjerit-jerit "wehh tunggu sat.. tunggu sat!" .Bayangan "tak sempat" mula keluar. Mao? Em, masa tu aku lupa dia tengah buat apa. Haha. Ni panik punya pasal.

Aku mula cam mun bila dia galas beg belakang. Dan bila dah nampak mun, aku dan ci terus jerit, berlari-lari berpelukan seolah-olah macam lama tak jumpa. Memang gila. Sampai orang sekeliling pandang. Segan, tapi perasaan nak berlari dan berpelukan itu tak mampu ditahan. Memang rasa syukur yang amat sebab dapat jumpa. 

Memang terasa sangat sekejap. Berjumpa dalam masa hanya lima minit. Kalut minta mao ambilkan gambar, sampai riuh dekat situ. Selesai bergambar bersama, aku dan ci bersalaman dengan mun buat kali terakhir sebelum bertolak. Air mata masih boleh bertahan dari keluar waktu itu. Bilamana aku melihat mun mula bersalaman dengan semua ahli keluarga dia, mata mula berkaca. Aku mula membayangkan kalau aku di tempat mun. Meninggalkan mak dan abah untuk tempoh yang lama. Memikirkan bagaimana hendak menghadap perasaan rindukan keluarga yang bakal menjelma. Sungguh aku rasa aku tak mampu. 

Selfie buat kali terakhir. Muka nampak tenang. Tapi hanya tuhan yang tahu betapa kalutnya masa tu.
-_-"
Betenggekkan di anjung tinjau. Nak tengok flight terbang. Time ni dah rasa sayu. Sebab aku membayangkan betapa jauhnya mun pergi. 
Terima kasih untuk cici yang sanggup turun dari pahang, Dan untuk tiap-tiap momen yang tercipta. Always a good travelling partner. :) Ohh. lupa. Terima kasih juga untuk mao. Dah kira macam bawa jalan-jalan rasanya. Pusing kl, gerak ke klia, hantar balik ke ukm. Siap buatkan perasaan kl ini penang. Lol

Buat mun. Moga baik-baik sahaja di sana. Kita jumpa setahun lagi. :)

Wishing you all the best. :)

A moment to remember. Always and forever. Moga tuhan jagakan kita. Walau jauh di mata.  

ME.

19 September 2014

Random #7

Aku tak tahu apa maksud ketentuanMu.


Aku bertawakal kepadaMu.

25 August 2014

A jumble gamble

Ya rabbi. Lamanya tak update. Last update june oih! Asyik sibuk dari before raya sampai ke lepas raya. Tak habis-habis berlari ke sana sini. Ada juga perasaan tak produktif sebab tak mencapai target bulan ni - writing 6000 words for thesis (early chapter). Memang tak la nak tercapai! Asyik terkejaq-terkejaq. Haha. Managed to achieve only about 3000++ words. Just a half.

Ogos. Bulan yang paling dapat kenalan baru. Bulan yang paling rush. Bulan yang buat aku terasa rindu Penang - family & friends (eh, bukan tiap-tiap hari kah rindu? Haha).

To be short and simple, aku banyak habiskan masa kat library (kononnya untuk dapat konsentrasi), joined jualan amal untuk Gaza (anjuran Rose2rose - Aqsa Sharif), teman mun buat visa (including pergi pejabat MARA 2 kali, LHDN, pejabat pos, bla bla bla..... dan jumpa kaum kerabat dia yang ramai) and lastly join program STEM under UKM. Oooh. Sungguh kaki rasa macam nak tercabut setiap kali sampai bilik. Sebab boleh kata sangat directly keluar. Lagi-lagi part teman mun tu. Fuh. Itu memang penat gila. Tapi entah kenapa seronok semacam taktau walaupun penat. Haha. 

K. Amal & K. Fizah. Jualan amal untuk Gaza. At bangi gateway. Ada macam-macam. Bags, mafla, badges, preloved items, even bendera palestine pun jual sekali. 
With mun n nad (kawan mun)
KLCC di kala malam. Tengok real life lagi cantik. First time sampai KLCC malam.
STEM team. 
Ohh. Lupa, one more thing. Program STEM tu paling akward. Because people keep calling me "min". Weh, tau dak akward yang amat! Selalu kawan sekolah ja panggil. Habeh2 pun kawan tuiter. Ini semua salah mun! Dia bagi nama min dekat ain. Pastu ain bagi tau semua member STEM nama aku min. Peliknyaaaaaaa perkenalkan diri nama min. Perkenalkan tu satu hal. Tetiba panggil aku min. Habis semua perempuan, lelaki panggil min. Aaaaaah! 

Aku selalu berharap dapat travel lagi. Even tak dak duit. K. Ini sedih. Hahaha. But the best part is when you choose the right partner for your travel. Ah. Tetiba rindu gamble dengan ci dulu. Haha. Style boleh gegila sanggup bangun awal pagi semata nak tengok belon. I just think that was awesome! And cute. Hahaha. (Nampak tak rindu tu? Haha)

And lastly, bye~ Tak sabar balik penang. By train tu. Haha. Sengaja ambil train. Sebab nak ambil feel classic and relaxing. Wishing to see sunset from window of the train. 

Done for August. Pray for September (:
May Allah bless. 

ME. 

Life is something great. You meet people, you learn something, you appreciate everything. Being a part of reminiscence of someone, create the happiness, even the sadness. (Btw, picture taken from window of nad's car. Otw to klcc)