Setelah berhari memerap di dalam bilik bagaikan jeruk menunggu waktu untuk dimakan, akhirnya keluar juga dari bilik. Membebaskan diri dari articles yang berselerak yang juga menunggu giliran untuk dibaca. Ahhh, biaq pi kat hang la articles! Aku kena keluar bilik jugak. Kajian mengatakan bahawa untuk mengelakkan diri dari terkena osteoporosis bukan sekadar ambil kasium, tetapi kena juga berjalan sekurang-kurangnya 15 minit sehari dibawah matahari.
Berjumpa dengan prof di pagi hari, menyerahkan quotation chemical yang juga bernasib sama. (Nasib lah kau quotation, terpaksa menjadi jeruk seperti aku.) Kemudian singgah sebentar di perpustakaan, meminjam buku-buku lusuh. Walaupun hakikatnya belum tentu sempat baca kesemua buku itu. Tapi semangat nak pinjam itu sentiasa ada.
Apabila selesai segala urusan pagi hari, ada akak ajak join buka puasa bersama. Iftar jamaie. Dia siap dah daftar nama aku (sebab under program). Mula-mula dalam hati "Demm. Takleh lari. Kena! " Tapi ikut juga last-last. Sebabnya dah lama tak keluar dari bilik.
Pada mulanya aku seperti kurang tertarik dengan iftar jamaie. "Alah, aku penah pi program macam ni." Tapi ada satu aktiviti. Semua dapat sehelai kertas. Masa tu dah macam malas dah. Ni sah nak kena tulis-tulis ni. Telahan tepat. Memang kena menulis."Tuliskan satu bicara hati buat akhawat (saudara) lain, jika anda diberi peluang untuk mengatakan sesuatu buat akhawat tersebut."
Aaahh, sudah. Benda apa yang nak ditulis?
Dan akhirnya terpetik dari kata-kata yang memang dipegang dari dulu, dan ditulis dalam kertas tu. Dituliskan nama, universiti (sebab ada macam-macam universiti) dengan no hp. Tapi aku tulis email. Haha. Tak suka orang tak kenal nak contact dekat hp. Agak kecewa juga, kenapa kena tulis details? Lebih prefer secara anonymously. Kemudian kertas tu dilipat bentuk kapal terbang. Bilamana disuruh terbangkan beramai-ramai, aku terbangkan, sejauh mungkin.
Dan akhirnya kapal terbang kertas itu terbang.
Dengan nota-notanya.
Dan sampai kepada aku satu kapal terbang. Beserta notanya. Dengan perasaan yang membuak, terus dibuka lipatan kapal terbang kertas itu. Tanpa mengenali siapa, walaupun namanya tertulis. Amat pendek sekali bicara dia:
"Bring me together to Allah's jannah. :) "
Perasaan ketika membaca nota itu agak terkesima+kecewa sedikit. Sebab mengharapkan sesuatu yang boleh memberi
impact pada hati walaupun ayat dia sependek mana sekali pun. Namun tulisannya agak ringkas sekali. Berbanding dengan kawan yang lain. Panjang berjela, macam surat wasiat pun ada.
Lalu terkeluar luahan pada seorang akak ni."Alaah, akak. Dapat ayat pendek je. Tak best lah."
Masa tu akak tu pun tak puas hati juga, sebab ayat yang dia dapat pun biasa walaupun panjang berjela. Selamba sahaja akak tu membalas keluhan kami sama tu: "Apa yang Allah takdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Macam kapal terbang kertas ni. Kita rasa biasa, macam tak ada makna, tapi sebenarnya Allah tahu ini yang terbaik untuk kita. "
Allah, terdiam lepas mendengar kata-kata tu. Terkenang terus ayat al-Baqarah 216.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Permainan itu tak berakhir di situ sebenarnya. Apabila daripada details yang tertulis pada kertas tu, semua disuruh contact dan berkenal-kenalan. Aku sebenarnya tertunggu-tunggu email dari manusia yang terima kapal terbang aku dan teringin nak tahu siapa.
Permainan berakhir, berbuka puasa dengan kurma dari palestin dan makan berdulang. Oh, tak sangka sangatlah besar kurma dari palestin! Dan sedap.
*****
Dan aku, masih tertanya-tanya, siapa yang dapat kapal terbang kertas itu. Dengan nota-nota yang deep bertangkap pilu. Puih.
 |
| Kapal terbang kertas |