8 January 2014

Eshah's Birthday

Aishah.

Nama dia paling aku suka dalam banyak adik beradik. Entah aku rasa pengaruh dengan sirah nabi mungkin. Sebab sedap (huaa, alasan x munasabah!). Semua nama adik beradik berkaitan nabi. Ibu nabi, isteri nabi, anak nabi. Lengkap. Dari ibu, isteri dan anak. 

Setiap kali makcik-makcik tanya nama apa, adik nama apa, aku dengan konfidennya akan sebut satu demi satu. Dan akhirnya mesti keluar ayat ni:

" Wahh, semua kaitan dengan nabi! "

Aku sempat senyum. Respon yang dapat diteka. Aku dari dulunya pelik. Kenapa abah pilih nama-nama demikian untuk kami semua. Aku tak pernah tanya abah, kenapa abah pilih nama kak ibu nabi, nama aishah isteri nabi, nama kak chik anak nabi dan nama adik isteri nabi. 

Cuma akhirnya aku rasa aku dapat duga. Supaya tercerminnya akhlak ibu, anak serta isteri nabi dari muka kami adik-beradik. Sifat ketabahan ibu nabi, sifat kasih sayang isteri nabi dan juga lemah lembut anak nabi. 

Untuk kali ke 18, selamat hari lahir buat Eshah. Semoga terlakar masa depan yang terbaik untuk dunia dan akhirah. Moga terpelihara iman dan hati, dan sentiasa dirahmati Allah. Yang paling penting, akhlak si aishah sentiasa dibina dalam jiwa dan dijaga. Dan masih tercermin  :)

Ikhlas dari akak mu yang cute. Eh? :P


19 December 2013

Kak Long's Wedding

Post pertama aku kira untuk bulan ni. Sibuk? Haah, sibuk dengan tv. Haha. :P

Badge for bride's family. Cute kan? B)

A special post for my oldest cousin, kak long. The first grandchildren of arwah Tok Hassan. Kiranya dia dah start for first step, siapa yang patut kahwin dulu. Haha. Sesuai la. Dia dah paling tua, 24 tak silap. Second is me and her brother, 22 y/o. And everybody start to shoot me :

"Lepas ni dia la. "

Oh my. Aku memang nak lari dari statement ni.*sigh*. Ya, kembali ke topik asal. Kendurinya dalam hari Ahad lepas, 15 Dec 2013. So the solemnization was before the date, 14 Dec. With fully white dress (standard la kan, akad nikah ni putih warnanya. Haha) , akhirnya terijab wal qabul juga dua-dua malam tu dengan sekali lafaz. 

The solemnization.
Tok Kadi, Pak Ngah and the groom on the scene :O

Upacara batal air sembahyang 
Tok kadi tak lupa juga mengingatkan kembali hukum hakam dalam hubungan suami isteri, supaya kedua-duanya faham. Penting untuk tahu bagaimana jatuhnyanya talak, dan tanggungjawab seorang suami/isteri. 

Esoknya, seperti biasa, aku memang akan blur sekejap tak tahu nak buat apa bila saudara nak kahwin ni. Dan akhirnya aku menyelinap ke dapur tolong orang masak lauk pengantin. HAHA. Gila. Tak pernah-pernahnya tolong orang masak waktu kenduri (kerna daku hanyalah perempuan  melayu separuh terakhir. Eheh) , hari tu bosan tahap gaban sampai masuk terjah dengan makcik-makcik, mak-mak sedara bagai. And I was decorating the dishes. Udang goreng kunyit, daging masak hitam, ayam golek, and ikan masak tiga rasa. Serius rasa nyesal tak ambil gambar, sebab semua dishes memang lawa lepas decorate. Aaahhh. (to make it clear, i guess i have talent in decorating. haha)

Berbanding dengan kenduri sebelah perempuan yang aku pernah pergi, aku rasa yang ni lebih simple. Tengok pelamin sudah. Letak kerusi, bunga sakura sikit, tadaa! siap. Tak yah nak habiskan duit untuk kahwin sangat. Simpan duit untuk beli perabot rumah yang canggih-canggih lagi best. Huahua. First lesson that I have learned on the day. Kahwin jangan belanja bukan-bukan, especially untuk benda remeh. Bazir. Huhu.

Second lesson. Meraikan orang kahwin. Abah cukup pantang kalau nak ngelat pergi keduri. Dia cakap "pi nganga pun tak pa. janji bila orang minta tolong, kita dah siap sedia. Nanti kita kenduri, sapa nak tolong?". And i was agreed with his point. Memang lah, kerja kahwin bukan senang, kalau bukan sedara nak tolong, sapa lagi? 

Here, some pictures of the event. :)

Weedding of Atiqah and Anuar :)
 
Pak Ngah and Mak Ngah, Opah aka Pah, and Tok Lang.

Cousin lelaki. Yang baju kemeja hitam tu semua adik kak long. 

Barakallahumma both of you, and hope happy ever after :)















30 November 2013

Peluang di Jalanan

Link

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth
- Robert Frost


*****

Manusia ni terus terang boleh dikatakan kadang-kadang tu tamak. 
Yalah, ada dua peluang, mesti cuba nak bolot dua-dua peluang, kan?
Walaupun seharusnya mereka itu membuat pilihan. 
Atau mereka sebenarnya takut untuk membuat pilihan. 
Because they have their own believe. That the chance is sometimes comes only once. 
Ya, mereka percaya yang peluang itu hanya sekali. Tak sanggup untuk letak risiko.
Meletakkan harapan kepada peluang kedua.
"Kalau peluang kedua itu tak datang?" Monolog dalaman bermula.
Apabila terlepas peluang, they start to feel regret. On what they have decided.

Satu langkah yang mereka lupa.
Percaya kepada ketetapan Tuhan.
Mengapa Tuhan takdirkan akal mereka membuat pilihan jalan itu dan ini.
Mengapa?

" Allah SWT. berfirman: Jika kau tidak pernah merasakan kepedihan dan mengalami permasalahan, bagaimana kau tahu Aku Penyembuh? Jika kau tidak pernah berbuat kesalahan, bagaimana kau tahu Aku Pengampun? Jika kau tidak pernah terluka, bagaimana kau tahu aku Penghibur? Jika hidupmu sempurna, lalu mengapa kau perlukan Aku?” -Hadis Qudsi

Mengapa takut langkah kehadapan.
Kerana Allah itu sentiasa mengiringi hambaNya.
Langkah, dengan berani. 
Yakin dengan istikharah padaNya.
Jalan dipilih insyaAllah tidak akan pernah sia-sia.

Manusia ini, mengejar. 
Peluang dan cita-cita.
Mencuba dan merancang sesuatu.
Tapi mereka lupa yang mereka sepatutnya sedang "belajar" sesuatu.

*****

Random thought perhaps. Since too many people was asking about "choices". Me too, was asking to myself with same questions, what is my choice? What should i choose?

and the silent came forward first.

11 November 2013

Hujan

Link

Hujan. 

Ok. It is actually just randomly. Since jari ni terasa nak menaip dengan hujan renyai-renyai di luar rumah. And of course, me as pentegar bunyi hujan. Suka dengar bunyi hujan-hujan renyai. Walapun actually bunyi hujan tu tak la ada irama apa-apa pun. But, the feel of serenity and full of blessings that came out from the sound of the rain fall make me feel comfort. I can stop do anything and just staring out from the window, feel the splatter of water and  the cold wind blowing. 

" Dan Dia lah Tuhan yang menghantar angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami yang menurunkan dari langit; air yang bersih suci.. "
(25:48) 
Ayat ni terjumpa tadi masa maghrib, bila baca tafsir dari surah al-Furqan. Terasa indah, cukup bermakna. Kerana sememangnya hujan itu satu rahmah, bukan setakat menyuburkan bumi untuk rezeki untuk seumat manusia, tapi juga dalam hujan itu sendiri mempunyai perasaan yang menenangkan. Ya, kerana hujan itu dari Tuhan, tanda kasih sayangNya. 

Now, out from topic. Currently memang tak buat banyak sangat perkara yang berfaedah. Selain dari membuat pokok bunga dari bahan-bahan terpakai (dari pokok pinang and crepe paper. so siapa yang folow IG tahu la macamana rupanya. muahaha), bake cotton japanese cheesecake and make trifle, and belajar jahit cadar dengan bantal, finished reading 2nd novel by evelyn rose, and also terengganu travel, rasanya tak buat apa-apa dah, melainkan makan dan tengok tv. Oh, lupa. online sekali. >.<

Agak kurang aktif untuk media sosial, terutamanya twitter. Seminggu satu tweet. Facebook sebulan dua baru muncul satu status. Terasa macam makin lama makin semua benda tu tak perlu. Entah la, mungkin gen tua dah start muncul. Ergh. And a thousand of sorry for my schoolmate yang dalam whatsapp tu, memang tak pernah nak reply or join, tapi tiap-tiap hari mesti baca whatsapp anda. *senyum*

Ok, another more. Happy belated birthday for my friends which currently finishing her degree in Kelantan. May your dream come true and have illustration live. Semoga Allah sentiasa merahmati. Minta maaf, no cards, or even gifts. Tapi insyaAllah doa sentiasa kekal di bibir tulus dari hati. :)

Ya.. Hujan pun dah start slow. Ada tanda nak berhenti. Moga jiwa-jiwa sentiasa dalam kasih Allah. :)


Langit Biru






5 November 2013

Special Edition - Hijrah

Always be kind, for everyone is fighting a hard battle - Plato
Linked

Me: Lepas ni nak buat ....bla....bla..
Adik: Hang ni banyak plan, tapi last-last tak buat jugak.
Me: *terkesima*

*****

Bismilah. First and for most. Salam Maal Hijrah 1435 H. As usual, and follow the mainstream of people thoughts, i'm preparing a list of missions, wishlists and also targets to be achieved on new year. And this was the most unforgettable target for every new year: "being better than last year". The mission that most keep repeating, but absolutely the hardest target to be achieved. 

Change to a new phase, is not talking about to be better for a day, a week even a month. It's about to be istiqamah, which is keep maintain on what we have changed and this is the hardest part. To changed ourselves to better ummah. I simply can said that i can make a step of changes, but to keep hold on it, that was really take a time. Since it was not our actual habit. 

So, what is plan B? List down on what we have wished, make a checklist, mark on achieved list. Give some "award" or appreciation on what we have did. The most important step, supplicate often and tawakal to Allah. Always seek His guidance and forgiveness, and pray to Him to make our heart istiqamah on what good changes that we have did. A change is still a change, eventhough it is a small change. Don't rush for changes, but take a time for every single change. Make it as routine, to make it "comfortable" with our mind and soul. Besides, make it clear that we are changing because of Allah, not for the others. 

*****

About the dialogue. It's really blow me down. So, here another missions, to be 'efficient' on what i have planned. Huk3. Thanks adik. May Allah bless on what we have did, and lets start with our new plan. :)

Oh Allah, if you see me getting farther away from You, 
return me to You in a beautiful way!







24 October 2013

Terengganu Travel

Bismillah.

Alhamdulillah. Akhirnya terjejak jua kaki ke tanah singgahan si penyu alam belantara. Tak pernah terfikir bahawa begini langkahnya kaki menjejak. Tapi syukur tidak berputus. Atas pengalaman yang berharga, dan boleh juga dikira lain dari yang lainnya.

Bermula dari idea si sepupu yang luar dari kotak, berkalut kemas barang dan akhirnya mengikut dia ke UMT. Uhuk3. Cara aku berkemas baju segala tak ubah macam lipas putus kaki sebelah. Oh, ini memang gila. Buat macam dari penang ke terengganu tu macam dari penang ke rumah tokwan. Budget dekat.

Mata terpana buat pertama kalinya melihat laut sebegitu biru bila tiba di Terengganu. Lidah pula laju dengan subhanaAllah. Biru. Jauh beza dengan pulau pinang yang sememangnya hijau-hijau biru. Lain. Sempat juga aku berpusing-pusing sekitar UMT dan UNISZA yang sememangnya saling dekat. UMT walaupun kecil, tapi bagi aku agak cantik, di tambah dengan bayu angin laut yang berdekatan membuatkan suasana di sana agak nyaman.

Tempat lain yang sempat kaki singgah seperti Masjid Kristal, Muzium Terengganu, Pasar Payang, MBKT. Suka suasana di sekitar muzium dan juga masjid yang cantik dan aman. Memang Cik Dan benar-benar memainkan peranannya. Semerata alam aku ambil momen fotograf yang bersesuaian untuk dijadikan kenangan.

Sekitar Masjid Kristal.

Cousin and me
Masjid Kristal. Awan tu agak spoil sikit. -.-'

Dalam muzium. 
Terengganu sememangnya cantik, terutama sekali dari segi landskap lamannya. Kebayakan tempat ada landskap masing-masing, dan terselit juga sedikit ciri-ciri melayu yang unik. Bangunan-bangunan, tiang-tiang di jalanraya tidak tekecuali dari mempunyai bentuk dan ciri yang ala-ala ukiran kayu. Walaupun agak primitif, tapi bagi aku cukup cantik dan menunujukkan bahawa hidup melayu itu berseni. (Err, kenapa aku cerita macam buat dokumentari?) -.-"

Menghabiskan detik terakhir di terengganu dengan menyambut hari lahir housemate sepupu yang ke-20 di tepi pantai. Tika itu baru aku sedar, aku berkenalan dengan dengan "adik-adik". Tapi sikap selamba sporting membolehkan selesa itu dicapai. Kek coklat moist diiringi sotong goreng tepung dan keropok lekor Teluk Ketapang. Osem bersama angin bayu laut. 

Them.

Secara konklusinya, kagum dengan ciptaan Allah swt. Dunia Allah ni terlalu luas. Aku baru melangkah, tapi ciptaanNya sudah cukup membuatkan aku terkesima. Belum aku berlari keliling dunia. Allah Maha Besar. Mission accomplished. Apresiasi buat sepupu yang sedang sibuk kini dengan test yang bakal tiba, dan housemate dia yang sentiasa ceria. Moga Allah merahmati kalian. :)

Langit Biru




1 October 2013

random #6

air mata lagi laju ke depan dari kata-kata.
aku tanpa sepatah kata-kata
mungkin ada sudahnya.
berehatlah duhai hati
kerna rasa sedih itu memenatkan jiwa.

i just think that my feeling being tortured, day by day, week by week.
and i really hope it's not month by month, even year by year.
since pretending to be ok is not ok.
hurt much.

keep silent, i just worry i'm using wrong word again.


27 September 2013

Konvokesyen

Mungkin sudah lama berlalu. Namun rasa itu belum hilang. Kegembiraan, keterujaan. Masa terlalu pantas merentasi ke hadapan. Tapi aku belum puas untuk semuanya.

Alhamdulillah, gembira,
#1 Melihat keluarga datang untuk konvo. Melihat mak dengan abah tersenyum. Ya Allah, terima kasih atas peluang. 
#2 Fresh flowers from my lovely sisters. Roses. Terima kasih eshah, timah, tijah <3
#3 Matriculation members and friends. And for kemai, fatihah, thanks for the present. :)
#4 Ucapan tahniah dan doa. Terima kasih, aku memang perlukan doa untuk setiap langkah. 

Cuma, 
#1 Tak sempat bergambar dengan semua coursemate. Masing-masing sibuk, dengan ramai orang. 
#2 Photoshoot sekitar USM. Memang tak akan sempat. Habis pun petang.  

Secara seriusnya, ingin aku kongsi gembira dengan semua. Terima kasih yang turut gembira, sebab itu membuatkan aku bahagia melihat orang sekeliling turut gembira. Apatah lagi dengan doanya. Hanya Allah mampu membalas. 

PreConvo, Padang USM

21 September 2013. 
Akhirnya Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kimia Analisis) selesai. Mohon doanya untuk di kemudian langkah. :)

Spread the love, share the happiness.   
May Allah bless everything.   

p/s; Just a note. Please stay away from me. I want to move on. 

17 September 2013

A feeling for a few days more

Just a few days for a big day. Most of them are really excited, trying their jubah, snaps some pictures for "pre" but not for me at all. It just like a feeling of terrified (err, quite over perhaps) but it is true. I just cant think rationally, worry for something unwanted happen, even though actually there is nothing to be worry.

The feeling of excited just disappeared day by day and the unconscious mind start to think randomly about a possibility of bad things will happen. Huh. It just very disturbing me, make me feel little bit uncomfortable.

I love when some friends start wishing congratulations, but I also hope their prayer for my big day to be smooth as possible. I love to share my happiness with others, share how I do feel, and snap a photograph of my best moments with them. It also lovely and supportive if they give me some support for the future.

It quite disappointed when most of friend (especially friends that I think that I VERY close with him/her) asking me, "what is your plan next?" , "are you going to find jobs" or even "what you want to do next?", but only few of them will said " I hope you are going to a better future" or just a simple thing like " I will always pray for your best". It is ok, since may be I also seldom in saying like that for my friend? huhu. Never mind.

I didn't need a bouquet of flowers, even any special present for my big day, just a prayer of hope that everything will going fine and a path to the future will going easy. From you-know-who-you-are, especially.

Too emotional I though. But for my friends. Thank you so much for all the wishes, especially for those who feel happy for me. :D

Now, striving for future, may Allah bless. :)



5 September 2013

Random #5

Pernah terfikir macamana perasaan bila habis belajar?

FUHH. Megeluh besar camtu. Macam dah tamat misery life. Seronok tak payah cakap la. Tak payah buka buku, sentuh pun tak nak kalau boleh. Kalau boleh jeling dari jauh buku tu. Tiap-tiap hari nga alif nga alif, tengok tv non-stop, tv addiction yang terlampau. Kalau yang kes suka online, tiap-tiap jam nak mengadap laptop. Sampai tak boleh berpisah, laptop tu pun sampai tak larat tengok muka. 

You know what? All of those things are only temporary. Seriously, start masuk bulan ketiga keempat, perasaan jadi gelisah tak tentu hala. Tidur tak boleh lena. Bila bangun pagi tak dak semangat. Duduk sorang kejap-kejap rasa down. Asyik rasa bosan. Duit banyak keluar, masuk tak jugak. 

Sebab alam baru. Dunia berdiri atas kaki sendiri. Dunia yang seratus peratus atas kemampuan dan tanggungjawab. Kebanyakkannya peluang kerja makin sukar dan terlalu banyak persaingan. Bukan senang dapat kerja lepas habis belajar. Bila nak kerja part-time, yang tak selaras dengan level, jadi down semacam. Semua member start pergi interview merata ceruk alam, kita masih tempat yang sama. Pernah terfikir macamana nak hadap kalau kawan lain tanya "ko kerja apa sekarang?", so kita jawab "part time?". Aku pernah tanya kawan seorang ni, dan dari jawapan dia actually aku tau dia ada rasa down sikit sebab kerja part time. Aku tak pernah fikir side ni sampai aku tengok kawan-kawan aku sendiri. 

Dari apa yang aku tengok, memang semua risau selagi tak dapat kerja. Ada yang sampai kena motivate diri dia tiap-tiap hari. Duduk kat rumah lama-lama sampai hilang keyakinan. Asyik tengok phone kot ada call dari mana-mana company. Lagi-lagi, bila tengok makin hari makin ramai kawan yang dapat kerja, kita yang tak dapat-dapat lagi, kenapa? Tak payah kata tengok kawan dapat kerja, dengar kawan dapat interview pun rasa dah risau semacam. Rasa satu perasaan down yang memang tak boleh digambarkan. Memang, itu rezeki dia, Allah yang beri rezeki. Tapi tak dinafikan perasaan sedih tu tetap ada. 

Even aku sendiri nak sambung belajar pun belum ada confident sepenuhnya. Apatah lagi yang nak kerja? Bila tengok kawan sendiri rasa takut pun ada. So pada sesiapa yang fikir kata habis belajar tu suatu yang menyeronokkan, aku sarankan pikiaq dua tiga kali. Get ready dengan apa-apa plan. At least kita ada confident untuk masa depan. 

Habis belajar bukan maksudnya tak payah belajar. Sampai bila-bila pun kita kena belajar. Kan? InsyaAllah, positive selalu. Yakin. :)
" Work hard in silent, let success make the noise"