Sampai sahaja di CDR. tiba-tiba semua orang dalam pejabat tu macam kalut semacam. Aku memang malas nak ambil port. Dah nama pun pekerja sambilan sahaja. Fuhh. Sambil dengar-dengar, baru dapat catch up kenapa semua kalut sangat. Rupanya hari ni birthday dr. Nizam. Sungguh tak tahu. Huhu.
Memang bersalah, dan tersalah time la juga datang tadi. Sebab semua orang kat situ share duit, beli hadiah, kek. Lepas tu, dengan muka kering, ikan kering pun kalah, pulak boleh join sekaki. Adehh. Tapi nak buat macam mana. Dah semua jemput. Takkan nak menolak. @__@ (haaa, buat muka innocent!)
Bila semua dah berkumpul, 'majlis' pun bermula dengan bacaan doa. Ok, part ni yang paling semangat nak cerita. Sebab doa ni telah dibaca oleh salah seorang student Dr. ni, nama dia Mohammad Oday, dari Iran (kalau tak salah). Dr sengaja minta dia baca, sebab dia kan orang arab. Jadi, time dia baca doa tu, tiba-tiba rasa terharu. Macam faham pulak maksud doa tu. Padahal bukan faham sangat pun. Tapi setiap kali dia habis baca doa, dia mesti terjemah balik kepada kami semua apa yang dia minta dalam doa dia baca (sebab sebelum ni pernah tengok dia baca doa). Seriously, sangat suka dengan budaya orang arab ni, lagi-lagi bab berdoa. Sebab mereka tak kan lupakan orang-orang sekeliling mereka bila berdoa. Kita yang tak faham apa-apa pun jadi terharu bila mendengar.
Dr. Nizam. I'm one of your staffs, one of your students, wish you a Happy Birthday and may Allah always shower you with His bless. Hopefully Allah will make your work become easier, day by day, make you a stronger and wiser person, and hope you're always in His Rahmah. InsyaAllah. With care, your unofficial student.
![]() |
| Err, birthday Dr. yg ke berapa ntah? theee.... |

No comments:
Post a Comment