20 March 2015

Mawar merah Putrajaya.

"Setiap kali pintu diketuk, aku berharap dua orang manusia yang sama muncul. Dalam keadaan yang sama. "
Hampir 3 minggu. Dan aku baru mula menulis kembali. Lama. Sepatutnya ceritera yang penuh kenangan dan emosi sebegini ditulis secepat mungkin. Selagi emosi masih ada. Tapi atas kesibukan menulis manuskrip kolokium dan lab, disamping dengan masalah baru yang muncul setiap hari, akhirnya ceritera terpaksa ditangguh. Sepatutnya terdiri dari 3 bahagian cerita, dan aku cuma memilih satu bahagian. 2 bahagian aku pilih untuk simpan, atas faktor tertentu. 

Lebih untuk apresiasi. Akhirnya hari ini, dengan sedikit sisa-sisa masa yang ada.  :)

*****
7 Mac 2014

Sebelum tidur, aku sempat lagi berkira-kira untuk bangun awal esoknya, untuk menyiapkan sampel terakhir pada minggu ini, walaupun esok adalah hari Sabtu. Aku dengan gigih merancang supaya aku tidak terlalu lama di lab untuk esoknya. Sebelum tidur sesekali sempat membelek timeline twitter, namun tiada sebarang yang pelik atau meragukan. 

Pukul 5 pagi. Pintu tiba-tiba diketuk. Dalam keadaan mamun, aku beranggapan mungkin Fiza nak minta tolong sesuatu.  

"Alah, esok pagi jumpa tanya dia kenapa datang pagi-pagi semalam."

Aku memilih untuk mengabaikan tetamu yang datang. Namun ketukan pintu tidak berhenti. Siap dengan nama dipanggil. Akhirnya, 

"Kejap, kejap."

Aku terus bangun dari katil. Lampu meja belajar ditekan dan cermin mata dicapai. Dalam hati sambil mengetus, "kenapalah Fizah ni datang pagi-pagi macamni. " 

Pintu dikuak. Ya tuhan. Terpacak dua manusia. Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru peluk mereka. Dengan keterharuan. Ya Allah, segigih ini mereka. Dari Pulau Pinang terus ke Bangi. 

"Nah weh, kami bawak bunga ros untuk hang."

Bunga ros merah 19 kuntum dihulur. Allahurabi. Aku terharu dan terus terharu. 

*****
Pascaskrip. 

Keterharuan. Sampai terasa, ini mimpi atau memang realiti? Sekali pun aku tak pernah fikir sejauh ini. Dalam keadaan hati yang keciwa ditambah dengan pelbagai masalah yang tanpa henti, tiba-tiba muncul kawan yang benar-benar kita harapkan ada disisi dan memberi sokongan. Aku rasa, Allah, aturanMu cukup indah dan Engkau benar-benar memberi apa yang aku perlu. 

Sehingga banyak kali aku terfikir, ya Tuhan, jika mereka mengalami masalah seperti aku, sejauh mana aku mampu untuk berkorban untuk berikan kembali semangat yang hilang? 

Seumur hidup tak pernah diberikan bunga ros merah sejambak sebegitu. Terlalu manis, sehingga aku sendiri tak mampu tampung. 

Sekali pun bunga mawar layu kekeringan, wallahi aku takkan lupa saat-saat manis ketika mawar itu mekar. Bagaimana saat pertama bunga mawar itu aku pegang. Dengan penuh kesyukuran, sesungguhnya aku memang mempunyai sesuatu yang berharga disisi. Iaitu kawan ketika susah dan senang. Yang sememangnya tak akan aku temui di mana-mana walau sejauh mana aku mencari.

Ya Allah, Andai suatu hari nanti mereka ditimpa sesuatu, jadikanlah aku orang yang pertama berlari ke hadapan untuk menghulurkan apa yang aku mampu. Kerna aku berhutang, berhutang kasih sayang dan aku kira sampai bila-bila pun belum tentu aku mampu lunaskan. 

Satu coretan, untuk pengertian, bahawa lillahi, betapa aku sangat sayang dan hargai setiap kenagan kita bersama. 

Nazirah Abd Rahim
Sarah Hazwani Adnan

Dan terima kasih untuk momen bahagia di Putrajaya:

Aizat Idris 
Azrul Syahmi
Mohd Maulidin Hisyam
Khairol Azahar

Dan untuk yang mendoakan, memberikan kata semangat tanpa putus, hanya Allah mampu balas, dan moga sentiasa dalam rahmatNya. 
Keluarga yang tersayang,
Sepupu yang memahami,
Lab partner yang sentiasa memberi nasihat,
Kawan-kawan sekolah dan coursemate

Allah, aku benar-benar dalam rahmatMu!

Dalam kenangan.
12 am, Putrajaya.

3 comments:

  1. =) dan aku perlukan masa nak baca sampai habis.
    terlalu banyak kenangan.
    sentiasa dalam doa.
    sentiasa
    =)

    ReplyDelete
  2. Aku pun, dalam doa. Sentiasa :)

    ReplyDelete
  3. terima sebab selitkan perkataan sepupumu dalam catatan kali ini.Walaupun tiada nama terselit,namun aku tahu itu adalah aku =)

    ReplyDelete