Bismillah.
Alhamdulillah. Akhirnya terjejak jua kaki ke tanah singgahan si penyu alam belantara. Tak pernah terfikir bahawa begini langkahnya kaki menjejak. Tapi syukur tidak berputus. Atas pengalaman yang berharga, dan boleh juga dikira lain dari yang lainnya.
Bermula dari idea si sepupu yang luar dari kotak, berkalut kemas barang dan akhirnya mengikut dia ke UMT. Uhuk3. Cara aku berkemas baju segala tak ubah macam lipas putus kaki sebelah. Oh, ini memang gila. Buat macam dari penang ke terengganu tu macam dari penang ke rumah tokwan. Budget dekat.
Mata terpana buat pertama kalinya melihat laut sebegitu biru bila tiba di Terengganu. Lidah pula laju dengan subhanaAllah. Biru. Jauh beza dengan pulau pinang yang sememangnya hijau-hijau biru. Lain. Sempat juga aku berpusing-pusing sekitar UMT dan UNISZA yang sememangnya saling dekat. UMT walaupun kecil, tapi bagi aku agak cantik, di tambah dengan bayu angin laut yang berdekatan membuatkan suasana di sana agak nyaman.
Tempat lain yang sempat kaki singgah seperti Masjid Kristal, Muzium Terengganu, Pasar Payang, MBKT. Suka suasana di sekitar muzium dan juga masjid yang cantik dan aman. Memang Cik Dan benar-benar memainkan peranannya. Semerata alam aku ambil momen fotograf yang bersesuaian untuk dijadikan kenangan.
![]() |
| Sekitar Masjid Kristal. |
![]() |
| Cousin and me |
![]() |
| Masjid Kristal. Awan tu agak spoil sikit. -.-' |
![]() |
| Dalam muzium. |
Terengganu sememangnya cantik, terutama sekali dari segi landskap lamannya. Kebayakan tempat ada landskap masing-masing, dan terselit juga sedikit ciri-ciri melayu yang unik. Bangunan-bangunan, tiang-tiang di jalanraya tidak tekecuali dari mempunyai bentuk dan ciri yang ala-ala ukiran kayu. Walaupun agak primitif, tapi bagi aku cukup cantik dan menunujukkan bahawa hidup melayu itu berseni. (Err, kenapa aku cerita macam buat dokumentari?) -.-"
Menghabiskan detik terakhir di terengganu dengan menyambut hari lahir housemate sepupu yang ke-20 di tepi pantai. Tika itu baru aku sedar, aku berkenalan dengan dengan "adik-adik". Tapi sikap selamba sporting membolehkan selesa itu dicapai. Kek coklat moist diiringi sotong goreng tepung dan keropok lekor Teluk Ketapang. Osem bersama angin bayu laut.
![]() |
| Them. |
Secara konklusinya, kagum dengan ciptaan Allah swt. Dunia Allah ni terlalu luas. Aku baru melangkah, tapi ciptaanNya sudah cukup membuatkan aku terkesima. Belum aku berlari keliling dunia. Allah Maha Besar. Mission accomplished. Apresiasi buat sepupu yang sedang sibuk kini dengan test yang bakal tiba, dan housemate dia yang sentiasa ceria. Moga Allah merahmati kalian. :)
Langit Biru





haha akhirnya hikayat terengganu pn terhasil..thaks mention aku dalm blog ni.uhuk3 t'haru beb..pasni bwak aku melncong plak..nek flight..ngeh3
ReplyDeleteehh. dia dh ada google+. oke, ak ja yg xdak. haha. kna tggu kita kaya dlu bru leh jlan2. haha.
ReplyDelete*klau ak kayaaaa~~ lalala