29 November 2015

Bunga Matahari

Depan pejabat kolej ada satu taman mini (lebih kurang macam landskap berhias). Dan ada satu sudut, pihak pejabat tanam pokok bunga matahari yang kecil yang banyak kat tepi jalan tu. 

Jadi, setiap hari aku lalu di laluan yang sama, memang setiap hari aku tengok sudut tu dulu sebelum turun ke tangga nak lintas ke bangunan kimia. Setiap hari. Dengan kuningnya, pastu kembangnya, dengan sinar cahaya matahari, memang nampak sangat menyerlah. Bunga ni jugak buat aku rasa sangat calmful pagi-pagi, it's boosting mood, kalau rasa moody pagi-pagi tengok bunga ni sedikit sebanyak buat rasa cool down. (oh, takyah explain banyak, ampa patut tau macam mana passionate nya aku terhadap bunga dan pokok, hahaha)

Haa, macam ni!
So, one day. Aku dah decide. Aku nak petik satu simpan. Setiap hari lalu mesti cakap, "bila la boleh petik.". Setiap kali nak petik, waktu pagi ada cleaner tengah siram, cabut rumput area situ, macam tak berani nak petik. Bila petang, ada orang main bola keranjang dekat-dekat area situ, pun tak berani petik. 

Aku memang memendam rasa nak petik bunga tu lama sangat, rasa sampai berbulan-bulan. 

At last, aku dapat petik juga bunga tu. Masa tu aku balik lewat dari lab. Aku petik sekuntum, lepas tu letak atas meja. Tapi bunga ni kan tak tahan lama, esok tu terus kering. :( Tapi yang hairan kan, lepas petik tu, aku memang tak pandang sangat dah bunga-bunga kat sudut tu. Kalau tengok pun, tengok sekali lalu, lepas tu terus straight ke bangunan kimia. 

Kemudian aku realized something. Bila seorang lelaki kahwin dengan seorang perempuan, mungkin macam ni la kot feeling dia? So wujud ja la setia tu? 

Ponder. 

Btw, tengok la bunga ni jadi apa. Kerempeng terus. :(



25 November 2015

Selfish

Aku minta dia teman buat lab sampai lepas isya'. Malah dia siap tolong buatkan kerja-kerja lab masa aku solat asar. Shaking, filtering, immerse sample dalam solution. Ada dalam lepas azan maghrib dia dah ajak balik, tapi aku memang degil. Asyik bagi jawapan "alaa, kejap la, sikit lagi.". Sampai tak sedar dah ke isya. Dan kita balik dalam 9 lebih.

Esoknya masing-masing mengadu terjaga awal pagi. Dengan alasan yang sama. Aku mengadu perut sakit (sebab makan lewat malam before tidur, dan memang pantang la perut ni, kalau makan lewat mesti perut tak selesa esok).

"Orang pun terjaga awal sama. Pukul 5 pagi. Sakit perut."
"Eh sama la. Orang terjaga 5.45. Maybe sebab makan lewat sama."
"Haah laa. Kan semalam orang tak makan tengahari sama, pastu makan roti dengan telur Khitam bagi bla bla bla.."

Masa dia tengah bercakap, aku terdiam. Dia tak makan tengahari, tapi tak cakap langsung pun semalam. Dan masa dia sebut "tak makan tengahari" tu, aku sedar dia macam cuba nak sembunyi (sebab dia macam speed up, rasa macam dia terlepas cakap) terus cakap makan roti khitam bla bla semua.

Dan aku membiarkan dia lapar sampai isya, dan kawan redha teman sampai malam. Aku patut suruh dia balik dulu.

Maaf, Aku betul-betul tak tahu. :(

Serius rasa selfish setepek kena kat muka.


**Lepas tu baru-baru ni baru tau kawan ada gastrik. Lagi rasa bertempek-tempek selfish kat muka. T.T

7 November 2015

Random #15

Pernah sekali (tipu, rasanya banyak kali) aku berfikir untuk balik ke masa lalu. Masa di mana saat-saat moment bahagia. Masa di mana aku banyak share banyak benda dengan cousin aku sampai pagi buta. Moment yang mana aku sebelum sibuk, aku sempat menghabiskan masa dengan kawan. Moment di mana aku tak pernah ada masalah sampai aku nak kena menangis tiap-tiap bulan (okay, macam teruk sangat bunyinya). Tapi itulah, aku memang rindu masa dulu. Dan aku nak balik kepada masa yang mana aku pernah salah, dan aku nak perbetulkan balik.

And frankly speaking, aku pernah berharap aku dilahirkan awal dari 1991. Supaya aku tak rasa jurang umur dengan kawan-kawan dekat UKM. Semua yang aku kawan mostly tua. Dari umur 28 hingga ke 45. Dan mostly semua dah kahwin pulak tu. Boleh bayang umur 45 pun ada kawan umur 24? Kalau yang umur dekat-dekat, berapa ramai saja yang kenal. And awkwardly, supaya orang yang aku crush dulu tak beza banyak umur. Sempat la rembat sebelum dia kahwin. Eh? Hahaha. Okay itu over. 

Aku berharap aku ada masa yang lebih 24 jam sehari, lebih dari 7 hari seminggu dan lebih 31 hari dalam sebulan. Supaya aku boleh attend konvo kawan, attend kawan yang nak kahwin. Bulan ni saja nak terlepas pergi konvo mun, fani, syud, soli, lepas tu maybe bakal terlepas nak pergi kenduri kahwin jiha, zaty, ezzah, dan beberapa lagi orang. Sedih rasa, tapi itu lah hakikat. Terpaksa korban masa untuk kerja lab yang tak habis-habis. Rasa lagi sedih sebab bukan bayangkan korban masa, tapi bayangkan korban "happiness" diri sendiri.

Berbalik pada topik lahir awal, lepas fikir panjang aku nak tarik balik "wish" tu. Aku rasa kalau aku lahir awal, aku tak akan ada bestfriends yang best gila, dan aku takkan ada cousin yang memang super cool gila. Tak boleh bayang kalau semua yang ada sekarag tak ada. Mungkin seorang aminah menjadi kurang rasional. Tapi itu antara nikmat yang Allah hadiah dan aku rasa sangat ternilai dan tak boleh ditukar ganti. 

Rindu untuk banyak perkara lalu. Hari ni 24 tahun, esok lusa pejam celik dah masuk 25 tahun. Dengar 25 tahun tu pun rasa macam dah tua. Usia makin matang, tapi aku tak pernah rasa bersedia untuk menjadi matang. 

Dan aku berharap masa bergerak dengan perlahan, untuk aku nikmati apa yang Allah izin untuk aku rasa. Untuk aku sempat mencuba segala benda yang aku nak cuba.

*****

Btw, since birthday Sarah semalam, dan aku tak boleh celebrate sekali dengan Cici, so aku terfikir satu perkara. Celebrate member tkg dengan secawan teh dengan black mug magic tu. Disebabkan aku baru fikir idea tu hari ni, jadi aku start hari ni. Happy birthday Sarah! Semoga sentiasa bahagia dengan kasih sayang Allah. *dengan secawan teh penuh dalam black mug, and muka hang dekat mug tu straight pandang aku, hahaha*. Sebab teringat Sarah pernah cakap, sayang nak guna mug tu, habis takkan nak simpan kan? So kita guna buat celebration, lebih kurang macam hari mengingati. So, next birthday, Jat. Bulan 2 nanti. Lol.


post-script: we don't have much time to spend. 

2 November 2015

Random #14

" "The Three As: Action, Attitude, and Atmosphere." We all want to take action. But our actions stem from a positive attitude. And a positive attitude is developed when we are in or choose to put ourselves in the right atmosphere. " - Ten Powerful Phrase for Positive People, Rich DeVos.
Ten Powerful Phrase for Positive People antara buku favourite. RM8 rasanya, beli masa BBW tahun lepas. Buku ni agak bagus macam mana nak comfort orang. Dengan word yang simple, but meaningful. Memang cuti ni macam kurang sikit bercakap, berchat dan sebagainya membuatkan aku lebih memilih buku di samping dengan mood agak flat. 

Tak tahulah kenapa semua benda nak rasa hambar ni. Tak ada turun naik. Mendatar, dan turun. 

Sepatutnya post kali ni tentang update bulan Oktober lepas, di mana masa telah dihabiskan berhiking di Bukit Broga, Proofread Module STEM di Melaka dan tolong uruskan kawan kahwin di Sungai Petani Kedah. Tapi, entah. Rasa excited nak menulis tu hilang. Mungkin terlalu fikir pasal research sampai penuh otak tak ada ruang untuk fikir benda lain. 

Sungguhpun bulan Oktober antara bulan yang penuh dan padat, kejap ke sini kemudian ke sana, tapi aku rasa bulan yang paling emosi. Rasanya macam tiap minggu saja menangisnya? Selang beberapa hari, ada saja dugaannya. Dan setiap yang jadi membuatkan aku sentiasa berfikir dengan tersirat, bahawa kenapa dugaan banyak sangat menghempap tanpa henti? Kalau dulu aku dengan keyakinan aku di atmosfera yang bahagia, dan bila saat Tuhan mula menguji, aku mula kembali kepada kegoyahan yang menyedarkan aku bahawa aku sedang berhalusinasi.

"Enjoy, while it's lasts." 

Aku pernah membuat keputusan hanya untuk menikmati apa yang Tuhan izin untuk aku rasa sebelum ia berakhir. Kebahagian, dan rasa cinta dan kasih sayang yang "pure and realistic". Kerana memikirkan bahawa "nothing lasts forever" merupakan satu fakta yang menyakitkan. Kadang-kadang aku bertanya diri sendiri, kenapa aku menahan diri sendiri untuk bahagia, jika sebenarnya Tuhan sudah letakkan diri di platform yang bahagia? Seperti ayat yang masyhur orang guna "terlalu memandang pada pintu yang sama, sehingga tak nampak pintu bahagia si sebelah".

Ya, mungkin orang risau pasal memori dan kenangan. Dan bagaimana kenangan dan memori bahagia boleh meruntun jiwa hari demi hari. Siksa terhadap rindu kenangan lama yang bahagia membuatkan orang tidak berani untuk mencipta bahagia. 

Aminah dan teorinya. Sampai sudah tak selesai.

#randomthoughtofmidnight. 


3 October 2015

Tired.

Kak fatin sebagai lab partner baru. Dengan keadaan mengandung 6 bulan, dia masih buat labwork. Sekali sekala nampak dia kepenatan dan mengah. Afiq sampai berapa kali pesan tengokkan kak fatin, risau dengan keadaan yang mengandung sambil buat labwork. Belum masuk kena handle chemicals yang sah-sah bahaya untuk kandungan.

Jadi, hari ini afiq tak datang, jadi aku ambil alih bantu kak fatin. Tuangkan chemical, pasangkan filter. Kadang aku tengok kak fatin khusyuk dengan handphone sambil tunggu sample. Curi-curi tengok. Oh, kak baca quran. Rasa macam, okay nak try. Sambil tunggu sample baca quran. Tunggu sample filter bukan sekejap. Sebab rasa mood macam tak berapa okay 2 3 hari ni. 

*****

Tired 

One of words that commonly said. Sehari kalau tak dengar tu, rasanya bukan masuk lab. Ataupun mungkin salah masuk lab. Setiap hari, Nusrat akan sebut frasa yang sama,

"I'm tired. "
"I'm so tired."

Dua ayat yang sama sentiasa terngiang, sampai dah terikut-ikut. Setiap kali penat sikit, pandang Nusrat dan terus keluar ayat yang sama. Memang penat, kejap-kejap lari ke bilik GC, lab ALIR, lab depan, lab aras 1. Seharian berkejaran. Instrument bukan semua ada dalam lab yang sama. 

Jadi, alkisahnya hari ini. Aku mengeluh dengan ayat yang sama pada Nusrat. Dengan emosi yang agak kurang baik, ibarat macam tempah pakej sindrom kemurungan. Kebetulan pada masa yang sama, Nusrat kelihatan agak bosan dengan chromatogram yang asyik salah keluar dari GC-MS. Rasanya dah hampir 2 bulan menghadap masalah yang sama. 

"I'm so tired. "
"Me too. I already wrote down what i've read for GC-MS, and now i forgot where i put. I already put such a hardwork on reading, i've read a lot of papers, now i messed up everything. "
"Maybe we should have some rest. "
"Yes, you're right. We should have some rest rather to other things madly. "

Dan akhirnya keduanya berhenti. Semua kerja-kerja lab ditinggalkan, memandangkan sudah tiba waktu rehat dan makan tengahari. Mengambil dompet dan kunci lab, aku dan Nusrat terus menuju ke pintu. Sambil aku kuncikan pintu lab, tiba-tiba Nusrat terus bersuara,

"I think we should have some rest, we just keep on working. Maybe we can read quran for a while after this just to relax our mind rather than push ourselves on such hardwork."

Mata mula berkaca bila keluar perkataan quran. Memang ada niat nak baca quran sejak pagi tadi sebab nampak kak fatin. Nusrat dapat mengagak emosi aku yang kurang baik sejak pagi tadi. Rasa bersalah sejak pagi tadi disebabkan menjawab persoalan Nusrat dengan acuh tak acuh. 

"Surah Al-Kahfi! Today is Friday right? It's Sunnah,"

Aku terus memotong. Lagi didiam, lagi banyak ayat yang Nusrat bakal keluar.

"al-Kahf? Yes, yes. You're right."

Lega. Sekurang-kurangnya tak keluar lagi ayat-ayat yang menyentuh jiwa. Tapi, elok 2 3 langkah dari makmal, Nusrat terus sambung,

"Actually we are mentally tired, not physically tired."

Allah, menitik terus. Tepat masuk panah ke dalam. Penat fizikal, boleh hilang. Tidur, minum dan makan yang secukupnya. Tapi kalau penat secara mental? Nak letak apa? Penat, setiap hari menghadap gagal dan kecewa. Penat untuk yakinkan diri sendiri, penat dengan keresahan tak berhenti, penat dengan emosi sendiri. 

"I'm tired because because i have to do labworks, then when i go back i've to take care 2 of my daughters, clean house, cook, then i have to think about my research."

Nusrat terus dengan luahan tanpa henti. Dengan aku mata masih berkaca-kaca. Terus mendengar, dan aku secara spontan terus memeluk bahu Nusrat sambil jalan, "we can do this. hopefully we can go through this." dengan suara agak bergetar, berulang kali sebut ayat yang sama, sambil menepuk bahu Nusrat berkali-kali.

"Yes with Allah's will we can go through this."

Nusrat terus sambung. Aku hanya senyum, sambil melepaskan hela nafas. Situasi yang paling teruk aku rasa. Aku sendiri rasa nak rebah, tapi gigih nak menguatkan orang. Pathetic.

Habis makan tengahari dan solat zohor, aku terus capai tab di atas meja. Membaca al-kahfi tanpa hirau orang sekeliling. Sekali sekala berhenti tengokkan sample. Dan aku tak sedar aku boleh habiskan keseluruhan surah. Kemudian sambung dengan terjemahan surah Yusuf. Itu pun habis aku baca. Mungkin sebab surah yusuf memang secara keseluruhan mengenai sirah nabi Yusuf, jadi aku boleh baca sampai habis. 

Thanks Nusrat and kak Fatin. 
*****

Nothing lasts forever, aminah. Bear in mind constantly. Allah bagi pinjam, dan bila-bila Allah boleh ambil balik. 




8 September 2015

Gaya-gaya klasikal.

Aku paling suka pagi tadi. Pagi-pagi ala klasikal. 

Rancangnya nak ke pejabat MARA hari ni dengan kak Amal. Jadi, aku pergi ke lab agak awal hari ni, dengan kelam kabut run uv-vis analysis, kononnya nak siapkan sebelum pukul 10, dan terus gerak ke sana. Tapi memandangkan kak Amal tak berapa sihat, jadi plan cancel dan aku terus kemas-kemas glassware yang tak tersusun atas meja.

"Do you ate breakfast today?"

Khitam mula tanya. Dia datang lagi awal, 8.30 pagi, semata-mata nak perform extraction of pesticide dari tanah guna soxhlet techniques. Soxhlet technique memang ambil masa yang lama. 

"Yes, I already ate bread for breakfast before came here."

Aku menjawab dengan laju, sambil kalut meletakkan sample dalam raga, dengan perkakas yang lain untuk uv-vis analysis. Uv-vis machine pun ada dekat makmal ALIR, memang kena bawa semua benda dengan cukup sebelum nak analysis. 

"Do you will go ALIR for a long time?"
"No, only about 15 minutes, i just want to run 4 samples"
"Okay, i will make a breakfast for you, we will eat together."

Dush. Padahal aku baru makan dua keping roti bakar kot. Dengan secawan kopi lagi. The heavy one. Coffee with creamer. Memang still kenyang. Tapi aku masih siapkan analisis tu secepat mungkin. Aku tau Khitam mesti belum makan lagi sebab dia datang awal hari ni. Tak nak dia tunggu aku lama-lama.

Why this morning really classic? 
Simple. Khitam made me a cup of Iraqi tea, Mahmood's tea, whereas she chose a cup of green tea for herself. Then, she brought a wholemeal bread (roti arab) and put a slice of Sudan cheese, triangle shape like a cut of mini cake. She played a classical song by a Lubnanian women on her laptop. In the meanwhile, there was raining outside, just like drizzling.

"Is it a classical song?"
"Yes, by Lubnanian, and I like to play this song especially in the morning"

Dia jawab sambil gelak, maybe sebab aku sebut "classical song". Aku pun tak tanya banyak dan hanya gelak sekali. Terus tukar topik lain. Sambil menghirup teh yang tengah panas, sambil menikmati kesejukan hujan renyai-renyai di luar, dan Khitam terus bercerita dengan cerita dia. Sesekali aku tergelak sebab Khitam buat lawak dan orang tua kalau buat lawak memang comel. Pemandangan hujan dari tingkat 3 membuatkan hujan yang turun merintik dari awan dapat di lihat jelas. Syukur jugak cleaner hari tu cuci tingkap dengan sebersih-bersihnya. 

Hujan gerimis membuat aku rasa sangat klasik.
"Is it raining outside?"
"Yes. It's raining."
"I like this weather."
"Me too!"

Aku teruja bila Khitam cakap dia suka hujan gerimis macam tu. Sebab aku memang suka hujan. Sejuk. Sesuai sekali untuk legakan hati yang tengah bengkak dan berasap. 

*****

Tenang dan sejuk. Aku sangat suka pagi tadi. Dan aku harap ketenangan yang sama setiap hari. :)




6 September 2015

Penutup bicara 2014

It's really surprising. Buka posts list, nampak ada dua tiga post yang tak terpost. Kenapa tak post, aku lupa. So this is one of the draft. Lama sangat ni. Lol. Post untuk 1st January 2015. Macam menarik pulak, macam dah baca diari sendiri. So, selamat membaca walau postnya sudah basi berkulat.

*****

I don't really like to share anything from my facebook, or even twitter on this. But, something yang mengajar kita sesuatu, i guessed i should write down here. As a motivational support, perhaps.

So, today. 365 of 365 days for 2014. Dan hari ni terlalu banyak cerita manis ibarat gula dan madu keluar di susur masa twitter. Maybe as sweet ending for 2014. So, sebagai member, ahli kepada geng-geng gila, of course i'm the one who very very happy sampai masyaAllah, i couldn't stop smiling reading all of those tweets manis-manis yang keluar, sharing what happened on their last day for 2014. Sampai rasanya kalau orang tengok kita ni, orang boleh gak kot nak kata gila.

So, bila aku nyatakan aku bahagia, bila semua orang asyik dengan manisnya. there is one of friend said "tengah tunggu cerita sweet min pulak". At first when i read that, it is just like papp! i totally forgot about myself. Terkesima. I never think about me. Never. It just macam, "sedihnya hang min, orang lain semua ada moment sweet, hang sorang ja takdak".

Then, i laughed to myself. Dengan juraian air mata. Yes, memang macam gila petang tu. Dia macam tengah gelakkan diri sendiri. But I think back, deeply. Mak abah, adik 3 orang, and surely, kawan-kawan yang ada kat tepi. What else you want min? That should be the sweetest thing ever that you could have, bila semua sebenarnya ada kat tepi.

Sweetest thing comes from the way of we were thinking. So, alhamdulillah. For the best family that i had, friends that really understanding and caring. So dengan itu juraian air mata makin laju turun. Betapa aku menghargai apa yang Tuhan beri, tanpa syarat.

*****

Pascatulisan:
Macam tak sangka pulak cerita peram sampai 9 bulan. Lol. Time ni jat buat sweet apa ntah kat sarah, at the same time bio tengah sweet dengan cici kot, and mun pun time tu tengah ada moment sweet dengan student UK kat sana. Rasanya pasai ais salji timpa jatuh ke dia ka eh? Tak sure. Tapi memang gila time tu penuh pasai sweet ja. Lol. And the one who said, tengah tunggu cerita sweet min is actually jat. The end.


Ambil berat atau berat sebelah.

Can i write another one post? Hahaha. Gila. Maaf emosinya swing dari semalam, tahan macam orang gila, dan hari ni accidentally dia pecah bederai, sebab tak jaga betoi-betoi. *Tears burst*

So, basically aku nak tulis benda ni sangat lama. Tapi tak sempat, sebab sibuk memanjang. Post ini bakal jadi caca merba. Rojak pun akan lagi sedap dari post ni. Mohon ampun sekali lagi.

Ambil berat. Ambil berat untuk perkara yang remeh. Contoh;

"jangan tinggal makan." -because they knew that i the one who always skip my lunch/dinner.
"dah sampai belum?" -because they knew that i was in the trip
"is everything was okay?" -because they knew i actually was not okay

the one always silently scrolling my blog, stalking my facebook like what my cousin did, just for sake to know how am i right now.
the one who rushing make me a cup of tea when i suddenly got flu in lab, just like khitam did to me.
the one who always asking am i okay or not, just like sarah n cici did.
the one who never tired on giving me such good vibes, just like nusrat and afiq did. 
the one who keep on doa for me, macam abah dan mak. 

Persoalannya. Adakah orang sekeliling aku yang sweet-caring sangat macamni menjadi punca sampai diri mula nak demand macam-macam? Aku cakap aku tak nak yang totally perfect, tapi gaya aku dah mula tunjuk untuk demanding. Dan tak pasti sebenarnya demand untuk benda-benda yang macamni boleh sebab memang satu hak, atau memang tak boleh dan terima orang itu seadanya? Atau dengan bahasa yang lebih ringkas, adakah benda ini terlalu mengada?

Kalau orang lain kata, "belajar la untuk terima kekurangan orang lain", please, seribu kali bagi ayat ni pun aku takkan boleh hadam dengan situasi ni. Sebab aku rasa benda ni atas dasar practice make perfect. Bukan develop sendiri atau semulajadi ada. Lagipun, aku ada kepercayaan "once you love someone, you will always care about him/her, regardless on what will happened". So aku consider, sayang tu takdak la kot, kalau ambil berat pun macam satu benda yang sukar?

Ataupun benda ni sebenarnya karma, maybe hang sendiri pun ada ja tak ambil berat pasal orang lain, so bila orang yang hang nak dia care pasai hang, tiba-tiba dia langsung tak boleh nak ambil berat? Haa, time tu baru rasa langit tinggi, bumi rendah. 

Nota tambahan. Aku rasa aku di kategori nombor dua. 

Terus terang, aku merasakan hidup ini indah, bahagia bila bayangkan orang yang sweet ambil berat. Sama ada tersurat atau tersirat, boleh kata setiap hari aku akan hadam. Setiap hari. Khitam sweet dengan gaya keibuaanya, nusrat dengan afiq pulak dah macam kakak dan abang, setiap hari buat rasa nak gelak, beside dengan sifat motivate masing-masing. Belum masuk lagi kawan yang luar dari lingkungan lab partner. Aku membuka mata, dengan pandangan hati bahawa apa jua Allah letakkan disebalah, merupakan satu anugerah yang tak ternilai, sampai aku rasa, Allah, kalau benda ni deviate dengan keadaan sekarang, aku akan bahagia atau tak? 

Disebabkan semua baik-baik belaka, sampai aku willing nak tolong, sekalipun masa mintak tolong tu aku maybe busy, or aku myb takdak la boleh tolong sangat, tapi aku tolong jugak, sebab aku rasa aku macam dah tengah berhutang dengan ke-sweet-an semua orang. Entah, sebab aku rasa aku macam tak sweet enough, kalau banding dengan yang lain-lain. 

Sorry for being unfair, and demanding. I'm not good at all too. Kalau jarak tu lebih baik, aku pilih jarak. Sebab selalu dekat tapi tak rasa dekat ni lebih memedihkan hati. Tak kira la dekat secara life, atau dekat secara maya (whatsapp and twitter), kalau rasa macam jauh jugak, kira tak ada makna. Maybe lepas ni kena sambung baca buku motivasi. Itu pun kalau masa bagi chance.

Ya Allah, jadikan aku manusia yang tahu menghargai. 


Random #13

Kalau masalah semalam aku ni pun hang tak mampu nak dengar sampai habis, macam mana hang nak dengar masalah aku hari ni?

I'm not looking a perfect one. I can stand, listen a whole day your problems, from day till night. But please. I'm telling just one of mine. Can you give me some time to listen it?

When too much give, but less take. Rasa pedih macam tak dihargai.

Bila hang rasa biasa dengan masalah aku. Bila hang pandang enteng semua masalah. Bila hang asyik fokus dengan cerita hang. Bila hang tak berminat langsung dengan cerita aku.

Kita dunia lain.

When you're always in your circle. I'm done. Totally done.
Last but not least. Sorry for blue-tick. 

13 July 2015

Diari Ramadan 1436

Genap 26 hari ber-ramadan di UKM. Buat kali ke keduanya aku menyambut Ramadan di UKM. Pelajar kebanyakkannya sudah pulang ke kampung masing-masing sejak awal Ramadan lalu bersempena dengan cuti sem. Walaupun UKM sepi tanpa pelajar, aku masih dengan rutin yang sama. Pergi lab di waktu pagi, dan pulang pada waktu petang. Tapi memandangkan sekarang adalah bulan puasa, aku lebih memilih untuk balik awal untuk persiapan berbuka dan terawih. 

Awal Ramadan di UKM pada mulanya agak meriah. Kebetulan pelajar degree masih dalam musim exam dan masih lagi yang tinggal di UKM. Suasana Ramadan di sini hidup. Makanan percuma di mana-mana. Masjid, Pusanika, di kolej-kolej dan lain2. Seperti tahun-tahun sebelumnya, masjid UKM akan mengadakan makan percuma untuk berbuka, dan makan secara berjemaah dengan dulang. Aku sempat juga berbuka di masjid untuk beberapa hari dengan Fiza di masjid, tapi memandangkan Fiza sibuk dengan exam dan aku sibuk dengan lab membuatkan kami hanya berbuka di masjid hanya pada hujung minggu pertama.

Terawih
Terawih juga diadakan di kolej dan dikendalikan oleh pelajar degree sehingga hari terakhir pelajar degree di kolej sebelum masing-masing pulang ke kampung sempena cuti sem. Pertama kali aku berterawih di kolej, memandangkan Ramadan lepas tiada terawih diadakan di kolej atas sebab Ramadan jatuh pada waktu cuti sem. Kebanyakan semua kawan sibuk dengan hal thesis dan exam, akhirnya aku dengan sendirinya turun ke foyer seorang diri, (sambil memandang bintang-bintang dan bulan di langit) untuk menunaikan terawih secara jemaah. Dan bila cuti sem bermula, aku hanya terawih sendirian di bilik, nak ke masjid pun seorang diri bahaya. 

Iftar/berbuka puasa
Berbuka puasa seorang diri dalam bilik memang kadang-kala mengundang sendu. Memikirkan apa yang mak masak di rumah, semua adik beradik yang sudah pulang ke rumah buat aku terasa sangat nak balik rumah. Syukur kafe UO masih buka, dan aku hanya beli nasi dengan apa-apa lauk, ataupun masakan panas lepas pulang dari lab. Tipulah tak jemu kalau setiap hari berbuka dengan nasi. Pernah sekali aku teringin nak makan kek coklat kukus, dan akhirnya aku buat sendiri di bilik dan bagi pada jiran-jiran. Sampai kawan aku hairan boleh pula buat kek dalam bilik. Nasib baik dia cakap sedap. Lol. 

Sahur
Sahurlah yang paling syahdu sekali. Sudah la makan seorang, makanan pun ringkas. Roti, air vico. Setiap hari menu yang sama. Dan disebabkan aku perlukan banyak tenaga untuk kerja-kerja di lab, aku makan juga kurma beberapa biji. Alhamdulillah, memang bagi tenaga. Kadang-kadang pernah juga bersahur hanya dengan kurma (sebab roti dan habis). Tapi kurma ada keajaiban dia sendiri, Makan 5 atau 7 biji kurma insyaAllah boleh buat tahan lapar sampai ke petang, dan aku tak cepat rasa lembik atau letih kalau sahur dengan kurma. 

Lab
Disebabkan prof dah reject overall first batch result experiment hari tu, makanya aku terpaksa ulang balik dan ditambah dengan beberapa experiment menjadikan aku lagi banyak kerja. Tuhan sahaja yang tahu bertapa penatnya setiap hari buat benda yang sama sampai rasa bosan. Pernah sekali aku sangat penat, sampai nak cakap pun tak mampu. Bila lab partner tanya "macamana result?" aku terus bagi jawapan "abang afiq, penat. Tak larat cakap ". Spontan terus bagi jawapan tu. Nusrat sampai cakap "i wondering how you do your labworks during Ramadan. You're fasting.". Memang penat, sehingga aku rasa hampir setiap hari aku akan tertidur sekejap selepas asar. Tapi alhamdulillah, masih mampu, berterawih untuk malamnya. Aku berpegang pada satu, Ramadan bulan keberkatan, dan ada berkat dia tersendiri. Yakin, and keep go on with labworks. Alhamdulillah, sempat la jugak habis batch pertama. Sedu sedan la juga nak habiskan semua. Lab juga sangat sunyi pada bulan Ramadan, Nusrat yang memang sangat-sangat jarang datang ke lab, dan Khitam juga, sibuk menghabiskan masa dengan anak perempuan dia yang baru sampai dari Iraq. Aku, Afiq dan Zainab antara manusia yang kerap ke lab. Yang lain sunyi sepi tanpa cerita.

Ramadan yang makin ke penghujung.
Moga Ramadan membawa seribu makna berserta magfirah, dan mendekatkan diri kita padaNya. Amin ya Rabb.

Tak sabar balik rumah.

Dari pusat pengajian sains kimia, ukm.