![]() |
| Link |
The Road Not Taken
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth
- Robert Frost
*****
Manusia ni terus terang boleh dikatakan kadang-kadang tu tamak.
Yalah, ada dua peluang, mesti cuba nak bolot dua-dua peluang, kan?
Walaupun seharusnya mereka itu membuat pilihan.
Atau mereka sebenarnya takut untuk membuat pilihan.
Because they have their own believe. That the chance is sometimes comes only once.
Ya, mereka percaya yang peluang itu hanya sekali. Tak sanggup untuk letak risiko.
Meletakkan harapan kepada peluang kedua.
"Kalau peluang kedua itu tak datang?" Monolog dalaman bermula.
Apabila terlepas peluang, they start to feel regret. On what they have decided.
Satu langkah yang mereka lupa.
Percaya kepada ketetapan Tuhan.
Mengapa Tuhan takdirkan akal mereka membuat pilihan jalan itu dan ini.
Mengapa?
" Allah SWT. berfirman: Jika kau tidak pernah merasakan kepedihan dan mengalami permasalahan, bagaimana kau tahu Aku Penyembuh? Jika kau tidak pernah berbuat kesalahan, bagaimana kau tahu Aku Pengampun? Jika kau tidak pernah terluka, bagaimana kau tahu aku Penghibur? Jika hidupmu sempurna, lalu mengapa kau perlukan Aku?” -Hadis Qudsi
Mengapa takut langkah kehadapan.
Kerana Allah itu sentiasa mengiringi hambaNya.
Langkah, dengan berani.
Yakin dengan istikharah padaNya.
Jalan dipilih insyaAllah tidak akan pernah sia-sia.
Manusia ini, mengejar.
Peluang dan cita-cita.
Mencuba dan merancang sesuatu.
Tapi mereka lupa yang mereka sepatutnya sedang "belajar" sesuatu.
*****
Random thought perhaps. Since too many people was asking about "choices". Me too, was asking to myself with same questions, what is my choice? What should i choose?
and the silent came forward first.












