5 June 2013

A new way of 22th

I just think that my 22th birthday is the most awesome, but I guess a little bit of dissapointed. Sometimes, we expect too many things, but it's returned with another way. Entah, aku rasa aku cuma mengharapkan suatu perkara yang mudah, tapi secara praktikal mungkin sukar. 

Dan aku juga tak menjangkakan perkara yang mustahil, but at last the impossible things are actually happened. Mungkin salah satu cara untuk menunjukkan kekuasaanNya. Aku merenunung dengan dalam, kerana tahun yang ke 22, aku rasa jalan kali ini adalah cara yang berbeza. 

Terima kasih atas doa dan ucapan. Ada yang membuatkan aku tersenyum, tidak kurang yang buat aku rasa sebak keharuan. I doesn't expect some of the people wish on birthday, since I hide my birthday. (Ya, ya, ya, at last the impossible things are happened.) Ikhlas aku kata, aku terharu untuk pihak yang aku rasa mungkin dia lupa, tapi dia juga tersenarai dalam menitipkan aku doa-doa. Moga doa yang baik itu kembali kepada kamu. :)

Osem, bukan kerana sambutan. Tapi melihat senyuman orang tersayang di sekeliling. Aku rasa hidup adalah satu anugerah dengan melihat mereka senyum. Sebenarnya Allah sendiri telah meberikan kita suatu kehidupan yang terbaik jika merenung dengan dalam. Apatah lagi, bila kita bersyukur, aku rasa "kehidupan bermakna" tu lebih terasa mendalam.

Kekecewaan itu mucul, mungkin kerana terlalu berharap kepada perkara yang tidak pasti. Atau sebenarnya kita memang tahu memang takkan terjadi. Ah, redha! Itu jawapan terbaik.

Setiap hari merupakan satu memoir baru, pengajaran baru, dan pengalaman baru. 

Syukur atas nafas untuk tahun ke 22,
Masih berpijak di bumi hakiki, 
Hidayah terus menapak di jiwa,
Moga Tuhan sentiasa memberkati.

A new page of 22th years. 


3 June 2013

An advice from abah

Tadi dalam kereta, abah cakap:
"orang yg cerdik ni, orang yang bodoh sahaja boleh bagi orang cerdik ni sedar yang dia bukan semuanya cerdik, orang yang bodoh plak, orang yang cerdik sahaja yang boleh bagi orang bodoh sedar yang dia ni bodoh sebenarnya .. "

Abah cakap belit, sampai mak, adik dengan aku ambil masa untuk pick up. Tapi somehow aku rasa deep. Deep menusuk kalbu. Kadang-kadang orang yang bodoh pun, tak belajar universiti boleh tipu orang. Boleh mempermainkan orang. Dan orang yang kena tipu pun bukan calang-calang. Berpelajaran.

I start thinking, that's why Allah created us with wisdom and stupidity in this world, so that we've learn to each others, and accept that we're not perfect, except Allah SWT the most wisdom. 

Thanks abah! From your daughter. :)

28 May 2013

Talkative #3

#1 Alhamdulillah, selesai pendaftran adik untuk asasi pertanian di upm. (Eventhough the management of registration quiet messy, redha je la. T.T).

#2 Assignment for c++ completed, I guessed the most tired assignment that I ever had. =.=" *pengajaran: sila pilih ahli kumpulan yang tahu memberi kerjasama, atau anda bakal "suffer" dengan ahli tak tahu apa itu maksud kerja berkumpulan. T.T

#3 One more week to finish the classes, one assignment and one test. One month for final exam, one day to finish VIVA. Everything is one MORE.

#4 The eyes easily getting 'burst'. Time over time, quite sensitive for something. Mungkin hormon memang begitu untuk peringkat awal dewasa?

#5 Bergurau senda dengan 'anda-anda' amat terasa osem. I just feel great having jokes with both of you, ci and mun. For mun, mohon jangan ambil hati, nanti hilang juga hati saya. Hiks :')

#6 Congrate to ainul and her spouse. Barallakallah, may Allah shower both of them with Rahmah. Recently, ramai pulak yang nak bina masjid. Huk3. Terasa diri ni sorang-sorang di alam kanak-kanak lagi. -.-"

#7 May Allah ease everything. Urusan aku, urusan dia, urusan mereka. Ameen ya Rabb. :)

24 May 2013

A Blessed Day

23 Mei 2013.

Buat insan yang tiada galang ganti, sentiasa disebut dalam bingkisan doa, kasih yang tiada berputus, sumber segala inspirasi. Moga Allah sentiasa merahmati, meredhai, setiap nafas yang dihembus, setiap saat jantung berdegup. Moga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Tidak mungkin terbalas segala jasa,
Doa hanya aku mampu minta pada si Dia,
Dengan penuh kehambaan dalam diri,
Moga Allah tempatkan engkau di syurga Firdausi, 

Selamat Hari Lahir ke 45 buat mak. 



18 May 2013

Life of Chemistry-fyp

Cuma nak ucapkan selamat tinggal fyp. Yeaaa! Terasa seksa jiwa raga, asyik masuk lab, menghadap jurnal tak berhenti, asyik menaip report dah macam gaya-gaya ala setiausaha syarikat dah. Huhu. Gambo yang sempat shoot sepanjang lab fyp hari tu. Lepas ni tak masuk dah. Simpan buat kenangan. ^^

Antara chemical yang ada dalam lab tu. Guna sahaja sesuka hati sebab prof bagi. Haha.
Another more chemical with rack. See, there is pH meter?
Sample of vitamin c, with different concentration.
 for the converting part. =.="
Here, father, mother, brother, sister. Haha. 
Chemical, specifically that I used in my project.
Machine untuk detect Vitamin C

*Thanks for everyone directly or indirectly giving support, and guidances. Alhamdulillah ya Allah for everything. :)

10 May 2013

Kelam

Seringkas kata
Aku terkedu
Bibir terketap kunci seribu perasaan
Allah, mudahnya?

Aku sedar, kamu sedar
Tapi kepuraan terwujud di tengahnya
Allah, sungguh aku ingin lupa
Ibarat pemadam memadam tulisan
Aku minta coretan jiwa itu menghilang

Coretan paling kelam dalam hidup
Satu paradikma perasaan

Aku terkial masih terasa kesannya,
Adakah kamu juga rasa?
Mudah, aku fikir tidak.


6 May 2013

Mendung Kelabu

"Aku mencongak ke dada langit,
lama, dengan berkira-kira,
bila agaknya nafas ini hanya udara pembebasan,
tanpa dusta dan fitnah? ”


Langit biru, Mei 2013


27 April 2013

Random #3

I just was stuck, blurred, like no vision and ambition, when thinking about future. I such like no idea on how our future could be, and how I could survive with the challenging life, day by day. As every second new challenge coming, life is changing from one phase to another phase, ruin the mind and make me to concentrate on how I would like to be.

Sometimes I feel worry I couldn't survive and need to depend on the others. Afraid, to start a new conversation with new people, to adapt with a new environment and to become independent person in reality. All this can be conclude in one phrase. Lack of confidence.

Heart, this is where I should begin. In build up the confidence. T.T

Don't pray to Allah for an easy life, as life never become easier, but pray to Allah for a strong heart, to endure all those kind of challenges. -Ustaz Pahrol.

May Allah ease all of my way.


p/s: I'm am practicing to become independent, as what you have said before. Even you're said indirectly. I always wish that you're coming again, with your motivated words. T.T


Done

25 April 2013

Random #2

"Cinta panahan mata jatuh ke hati ikhlas kerana Ilahi ibarat cabutan bertuah aku rasa. Kita tahu, bahawa kita mungkin boleh dapat cabutan bertuah itu, tapi kita juga tahu bahawa nama kita bukan dalam golongan bertuah itu"

Some of mind rant before sleep. Enough after meet Anwar Hadi and Imam Muda Fakhrul for a few hours. :)

11 April 2013

At the ambitious moment

Post pertama untuk bulan April.

Alhamdulillah, separuh dari kerja-kerja yang bertimbum dapat diselesaikan, walaupun tak semua dapat dihabiskan dengan sempurna. Menghadapi test c++ programming yang mengelirukan, menyiapkan assignment c++ dengan penuh kekusutan dan "keserabaian" dan tak lupa juga menyelesaikan lab forensik yang degil asyik tidak menjadi, dan berjumpa dengan prof final year project untuk kemasan projek.
Selesai. Untuk bahagian pertama sebelum cuti pertengahan semestar.

Cuma, aku tertarik untuk hari ini. Kata-kata lab assistant forensic lab tadi sangat menusuk kalbu. Membuka mata minda aku dengan lebih luas dan terbentang. Betapa aku sedar bahawa aku sangat di dalam kurungan pengetahuan sempit aku sendiri.

Dia yang bermotivasi. Tak lokek menceritakan pengalaman sebagai pelajar  PhD. Menyampaikan setiap hujah dengan penuh semangat. Aku terkesima dengan setiap lontarannya. Hebat! Malah dia boleh teka bahawa aku sebenarnya memang "kurang berani" untuk menyambung pengajian selepas degree nanti.

Aku kurang yakin dengan perancangan aku sendiri. Dengan bahasa yang lebih mudah, sebenarnya memang kurang berani. Terasa bahawa jalan selepas ini lebih mencabar dari biasa. Terlalu risau kepada perkara yang belum datang.

Sangat tertarik dengan isi-isi luahan dia. Cuba untuk melihat kepada perkara luar, belajar untuk berdikari dengan usaha sendiri dan jangan terlalu bergantung atau berharap. Terasa tamparan "sedar" hinggap di muka. Dan yang paling penting, jangan takut untuk cuba dan tanya, dan jangan ego. Terlalu banyak pensyarah sekarang ini yang lebih kepada "mulut" berbanding "akal". Bercakap lagaknya hebat, tetapi isinya kosong. Lebih baik diam kalau tahu, dari bersuara kononnya mengetahui.

Aku setuju setiap kali dia bercakap. Terngiang nasihat prof, "kamu masih muda, jangan sia-sia waktu belajar ". Kalau orang biasa cakap, aku rasa biasa. Tapi bila prof bercakap, dengan uban di kepala, berdiri lama pun tak mampu, aku rasa ayat dia menusuk ke dalam. Umurnya yang meningkat tua mencetus kepada kesedaran. Entah kenapa la semangat aku terhadap belajar ni baru muncul bila dah nak habis belajar. Baru aku rasa belajar tu suatu benda yang menarik. Terasa osem bila kita mampu bercakap dengan ilmu yang kita ada. Dan terasa teruk apabila kita tak mampu hujah dengan apa yang kita belajar selama kita di universiti. Apa guna ijazah kita?

Ulasannya membuatkan aku menyimpulkan sesuatu. "Get a life, go to travel, get anything as your experience at least once. ". Tak begitu? Sekurang-kurangnya sekali dalam hidup, benda itu, perkara ini, hal itu kita pernah merasa. :)

Just need a little strength to move on, a comfort word to be in motivate. May Allah ease anything good for life and deen. 

Selesai, 
Langit Biru.