Mula terfikir tentang ujian yang baru lepas, membuatkan kepala kembali pusing. Again! Aku tak mampu menjawab sehabis baik yang mungkin. Sejak dari ujian yang lepas, asyik frust dengan prestasi sendiri. Memang diakui, subjek sem ni lebih tough, tapi aku tak pernah sampai aku rasa result aku menurun dengan rancak. Habis-habis pun turun sikit.
Starting our conversation, deep from heart to heart, kami mula membincangkan pucuk pangkalnya. Sama-sama seakan blur, pelik dengan result yg makin menjunam. Seakan-akan mengadakan satu muhasabah minda, masing-masing cuba cari punca.
" Aku rasa aku makin kurang buat amal ibadat.."
" Aku dah jarang turun surau.."
" Aku dah selalu tinggal ibadat sunat yang aku selalu buat masa sem lepas.."dan banyak lagi yang aku dah tak ingat sebenarnya. Acapkali satu persatu punca terkeluar, aku masih dalam alam ingatan kembali, mengingatkan perkara lalu. Mana silap aku? Aku ligat berfikir, tetapi kawan aku dah mula melontar punca satu demi satu. All of her causes were not fixed with mine. Satu pun aku tak rasa alasan dia boleh dijadikan alasan untuk aku.
I was finding the right reason. Setiap kali aku cuba mengeluarkan alasan, semua akan dibidas balik oleh mulut sendiri dengan ayat " aku rasa bukanlah.." , " eh, tak kot.." , " macam bukan je.." dan semua perkataan yang membawa maksud "bukan" yang asyik disebut. Sampai roti pisang dicubit habis sepinggan, teh o ais dihirup dah tinggal suku, pun masih tak dapat jawapan.
Cuma satu alasan yang aku rasa logik, dan lebih musabab dari alasan kawan aku adalah niat aku sendiri. Niat? Bertanya kembali di dalam hati, apa tujuan aku belajar kimia ni. Kenapa aku gigih masuk universiti. Kenapa? Nak pass exam, nak tolong family and others reasons that gives benefits to myself only? Dimana aku letak tujuan belajar hanya keranaNya?
Ahhh. pening aku tambah. Macamana aku nak perbetul niat?
Aku tak tau la kalau puncanya memang aku tak boleh cope dengan standard usm yang tinggi-susah-over ni. Seriously, you only can feel this situation as your result was down slowy, with full of creepy, eventhough you have study as hard as you can. Kalau result asyik gempak sepanjang masa, memang payah nak terdetik tentang ni. Mungkin Allah sedang membuka mata hati yang tertutup akibat tidur lama.
Ya, jawapannya silalah bangun dari tidur yang panjang!
*Offtopic: tak dinafikan, banyak main jugak salah satu punca utama. Huk3. Test psikologi kesihatan, pukul 3.00 petang. Mohon yang terbaik dariNya.
