8 March 2016

Cara kita memandang bahagia

Alkisahnya terjadi dalam minggu lepas (ya, ya, minggu yang memang down tahap sentuh tanah). Dan aku cuma rasa satu, sunyi. Dengan kawan yang pergi sampling, dan aku sentiasa "nerve-wrecking" setiap kali analisis data, buat aku rasa tak tenang. Sangat tak tenang.

Ada sekali tu, selepas lunch, aku minta Nusrat naik ke lab dulu, sebab ingat nak beli jus oren "mesin gedegang" dekat School Physics. I was so weak at that time, even dah makan lunch. Maybe sebab emotion problem, so sangat la physically affected too. Just terasa nak beli jus sebab Nusrat selalu pesan, "have some juice when you feel weak". So beli ja la. 

On the way nak balik lab lepas beli, ada seorang perempuan sapa masa dalam lif. Dia tua sedikit, umur macam penghujung 30an atau awal 40an, tak sure la lecturer ke student. Dia mula menyapa, "under doktor mana?" 

Jadi, kami terus bersembang dan akhirnya lif berhenti tingkat dua. Jadi dia keluar dulu, memandangkan lab aku di tingkat tiga. Sebelum dia melangkah keluar, sempat lagi dia pegang lengan aku dengan penuh lembut,

"Saya pergi dulu ya." 

Time tu, Allahurabbi, terkesima. She smiled to me in very pure smile, and her smile is just like an infectious smile, made me to smile back in sincere way too. Guess what? Rasa tegang terus hilang sekelip mata. Sampai ke lab senyum sorang-sorang umpama orang jatuh cinta. Aku terasa kagum, sangatlah rendah dirinya dia, yang tua dari aku (and aku sangat sure dia bukan student master, lagaknya lebih kepada seorang lecturer atau paling kurang student phd). Kalau aku memang macam tak dah nak tegur stranger mana-mana yang lagi muda, lepas tu nak buat mesra sampai macam tu sekali. Tapi sentuhan dia sangat "mak-mak-feeling". 

Dalam minggu yang sama, hari sabtu. Hari sabtu, memang ramai yang faham hari sabtu hari-surirumah bagi aku. Labmate, close member memang faham sangat dah tabiat ni. Hari sabtulah hari nak kemas bilik, cuci baju, sapu lantai, semua hari sabtu

Disebabkan sabtu hujan, aku sangat malas pada masa yang sama, jadinya aku hanya mula basuh baju lewat petang (jangan tiru anak dara pemalas seperti ini). Masa tengah masukkan baju dalam mesin, tiba-tiba ada student perempuan tegur.

"Assalamualaikum, saya nak minta tolong boleh? Saya nak balik blok, tapi ada 2 3 ekor anjing halang laluan depan pintu masuk blok. Saya nak balik bilik, tak solat asar lagi. Nak tumpang solat asar dekat bilik boleh? "

Masa tu dah 6.30 petang. Memang anjing ni tunggu maghrib nanti la baru nak pergi. Jadi aku pun bawa dia ke bilik, kemudian sediakan telekung dan tunjukkan arah kiblat. Selesai solat, sempat lagi aku bersembang-sembang dengan dia sampai ke maghrib. Memang hari tu rasa "kosong" sangat, jadi bila budak perempuan ni muncul tiba-tiba, lepas tu boleh sembang dengan ramah tanya pasal master, jadi terasa sangat terisi. 

Kemudian aku sedar sesuatu. Bahawa kebahagian itu jangan bergantung penuh kepada seseorang, atau dengan bahasa yang lebih mudah, jangan tunggu seseorang untuk membahagiakan kita, tapi biar kehidupan itu sendiri menjadi laluan untuk bahagia. Dan letaklah pengharapan bahagia itu pada tuhan, dan dengan cara-cara yang tidak disangka-sangka Allah akan berikan kita bahagia. Sebagaimana dalam minggu lepas, entah stranger mana-mana yang muncul tanpa jangkaan, dan memberikan satu perasaan yang tenang dan selesa. Dan aku sangat sedar, betapa aku letakkan harapan pada manusia untuk bahagia, tapi sebenarnya bahagia boleh hadir dalam pelbagai cara, dan bergantung kepada diri kita sendiri, dengan bagaimana cara kita memandang kepada kehidupan.

*****

Actually this is last year draft, tak ingat dalam bulan 11 atau 12. I guessed i have this kind of new habit, draft everything in post, then peram lama-lama sampai rasa nak cek balik segala list draft, sambung edit then baru post. Entah, ibaratnya macam "makin diperam cerita, makin rasa seronok nak baca balik."

Btw, finally i just knew that the lady who talked with me and held my hand is actually a lecturer, Dr. Khairiah, or most of people called her Dr. K. She is the one who in charge for postgrad student program/courses (master and PhD, both). Sangat humble, jumpa dia sekali lagi masa settle down kes Khitam baru-baru ni. 

One more. Teringat satu lagi, dari ceramah dengar dalam facebook. Bahawasanya kita akan bahagia dalam hidup dengan dua perkara, iaitu dengan cara kita redha terhadap sesuatu, dan dengan kita bersyukur terhadap sesuatu. 


No comments:

Post a Comment