14 October 2012

Harapan

Menggantung dengan ikatan kukuh
yakin yang ia  tidak akan jatuh
tapi hati juga sebenarnya dalam keraguan
sungguh akal sentiasa tertanya-tanya
jawapan juga yang sentiasa dinanti-nanti
suatu yang berbaloi atau tidak?

Mahu sahaja ditanya awan di langit,
mahupun bintang di angkasa
apakah jawapannya?
penantian yang benar menduga keimanan
yang menilai kesabaran tersisip di hati

Masih teguh berdiri di sini
dalam keadaan tertanya-tanya
mengharap jawapan Sang Pencipta segala.

Maka, berharap. Dalam titipan doa.



No comments:

Post a Comment