4 October 2011
19 September 2011
Betul ke wahai wanita?
siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?
siapa kata jadi perempuan tu senang?
11 September 2011
sharing is caring
Alhamdulillah..akhirnya dapat juga online,setelah berminggu x dapat online.huhu..
Hari nie nk share 1 doa yang pernah dikongsikan oleh salah seorang sahabat. Bagi saya, doa ini agak baik untuk jodoh, dan mempunyai maksud yang mendalam. InsyaAllah,moga-moga kita sentiasa di bawah naungan-Nya.
20 August 2011
Duhai hati yang kecewa.
" Hati itu ibarat besi, apabila kemik walaupun diketuk,mustahil untuk kembali ke bentuk asal "Ini adalah salah satu ayat yang pernah dikongsikan oleh salah seorang rakan saya di dalam facebook pada masa dahulu. Perkataan yang mudah, namun satu makna yang cukup mendalam.
19 August 2011
Bersediakah anda?
Baru-baru nie, sangaja rajin-rajin selongkar laptop,kemas-kemas apa yang patut (macam rumah la pulak kan). Semak sangat,banyak folder-folder yang disimpan,tapi tak berguna pun. Lepas tu,tiba-tiba jumpa la satu file nie,text document. Pasal kematian, tanda-tanda ajal seseorang itu telah tiba. Hanya berkongsi,semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan mengingati kematian.InsyaAllah.
17 August 2011
Saya sesuai jadi baik ke jahat?
Pernah sekali (err,actually bukan skali la,hahaha..), pergi jalan-jalan. Tapi bukan jalan-jalan kat luar, 'jalan-jalan' dalam facebook je.hehee. Lepas tu,bila jalan-jalan dalam facebook tu jumpa hamba Allah nie, dia post something, a question, kat wall 1 group agama nie. Dia tanya macam nie:
14 July 2011
Aku tinggalkan dia kerana Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar
"i've leave him for the sake of Allah"
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti
Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]
Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya
Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]
Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]
Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]
8 July 2011
Istikharah Hati Ini
Istikharah Hati Ini
ya Allah
terangilah qalbu ini
berikan aku nur syuhadaMu
genggamlah imanku
jauhkan aku dari kepesongan syaitan arrajim
ya Rahim
tanamkan imanku dengan sifat pengasih
sekasih sifatMu
sesungguhnya di hati ini hanya Kau yang mengerti
betapa keringnya iman ini,kurang dengan titisan embum kasih rahmatMu
resah gundah, keluh kesah, sampai bilakah?
panggillah jiwa hambaMu ini,serulah secebis al-yaqinn yang terselit ini
menuju kebahagiaan abadi dan hakiki
kearah siratal mustaqim.
Ya Rahman,
hadirnya tanpa kusedari
hati ini direntap seteguh-teguhnya
hingga terleka,terpalingnya rasa cinta ini kepadaMu seketika
dugaan apakah ini?
mengapakah
aku yang diplihMu dengan dugaan ini?
sejauh mana iman harus diuji?
bukakan mata hati ini ya Allah
seluas-luasnya
agar aku mengerti apakah hikmah yang terselindung
apakah rahsia yang tersembunyi
agar dapat dihilangkan rasa sangsi dan ragu ini
agar dapat mengecapi manisnya rasa cinta kepadaMu
Ya Rabbil ‘Izzati
temukan aku dengan mahligai cintaMu
rindukan aku dengan makrifatMu
ubatilah jiwaku yang sudah lama menyepi
menanti sinar bahagia tanpa henti
bahagia untuk menemani hidupku
salahkah diri ini,mendambakan sebegini?
aku beristikharah atas hidupku dan cintaku
aku pohonkan kesetiaan,kejujuran
pendorong kebahagian dalam menuju cintaMu
jadikan pilihan ini merupakan sebaik-baik pilihan
tanpa dipengaruhi halusinansi bisikan syaitan
tanpa dicampuri rona nafsu
ya Allah
ikhlaskan hati dalam pilihan ini
jadikan pilihan yang memberi seribu hikmah
yang menjanjikan kebahagiaan
mendekatkan rasa cinta padaMu
menjadikan diri ini wanit solehah
perhiasan duniawi,permata penyejuk hati
dekatkan hatiku ya Allah dengan setiap ketentuan
yang tercatat di luh mahfuzMu
untukMu aku tempuhi segalanya
26 April 2011
pelindungkah?
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?
Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.
Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.
"Merosakkan?"
Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?
Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?
Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...
Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?
Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?
Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?
Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)
Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.
Glosari
1. Ar-rijal: Lelaki, pemuda.
21 April 2011
sharing is caring #2
Allahumma sa'khirli zaujan solihan yakhtibuni wayatazauwajubi, wayakunu sahibanli fiddunya waljannah.
للهم سعخر لي زوجا صالحا يخطبني ويتزوج بي ويكن سحبالي فى الدنيا والجنة
MAKSUD DOA:
Ya Allah, permudahkanlah bagiku suami yang soleh yang akan mengkhitbah & mengahwiniku dan jadikanlah dia teman/sahabatku di dunia & di syurga"..Allahu'alam..^_^
للهم سعخر لي زوجا صالحا يخطبني ويتزوج بي ويكن سحبالي فى الدنيا والجنة
MAKSUD DOA:
Ya Allah, permudahkanlah bagiku suami yang soleh yang akan mengkhitbah & mengahwiniku dan jadikanlah dia teman/sahabatku di dunia & di syurga"..Allahu'alam..^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)




